Mimpi Yang Menyusahkan Hati....

22 comments
Assalamualaikum.....

Dalam kesibukan itu dan ini, sejak 2-3 minggu kebelakangan ni juga kita sering diganggu mimpi yang pelik2. Banyak juga la....

Paling terbaru, 2 hari lepas. Kita bermimpi hubby memilih untuk berkahwin dengan girlfriendnya. Dan yang lagi menyedihkan, si girlfriend tu punyalah langsi sound kita yang dia nak jugak kawen dengan hubby kita tu. Bila kita sedar, hubby kejutkan kita dari tidur dan kita sedang menangis teresak2. Dah jadi kerja pulak, satu malam hubby memujuk kita. Tak ada apa2 katanya...

Banyak lagi mimpi2 yang memberikan kita kerunsingan selain daripada itu.

Namun, tidaklah kita taksub. Cuma berhati2.

Berserah pada Allah. Lebihkan lagi bacaan Al-Qur'an. Mungkin kebelakangan ini, dek kerana kesibukan, amalan harian sedikit berkurangan. Maka mungkin kerana itulah kita dipanggil kembali kot....

Kalau ada ujian, itu tandanya Allah sayangkan hamba2nya... Maka, bersyukurlah kerana diberikan ujian. Bersyukurlah kerana mendapat perhatian Allah.

Dalam pada memujuk hati, jauh di sudut hati, resah tetap bertamu.


Ada sesiapa yang ada petua untuk menghilangkan resah dan gelisah? Atau, ada sesiapa yang tahu maksud mimpi tu atau pernah bermimpi yang sama?




.

22 thoughts..

Farah Waheda Wahid berkata...

erksss, langsi langsi nak kena penampor aper? kalau nak memintak pun biarlah beradab ye tak... ermm, tak ada apalah tu kak, sekadar mainan tidur jer tu... istighfar banyak2 kak.... In Shaa Allah tak ada apa2 tu...

Ujie Othman berkata...

Saya penah mimpi yg lebih kurang gitu, bila suami kejut terus saya tolak dia. Rupanya..mimpi je.

Kalau nak petua dari segi perubatan islam, boleh try guna daun bidara. Ia utk gangguan jin dan utk yg resah gelisah tanpa sebab. Ni catatan saya..http://ujieothman.blogspot.com/2014/01/daun-bidara-untuk-rawatan-gangguan-jin.html

Kakzakie Purvit berkata...

Ziela kena cari buku tafsiran mimpi karya Ustaz Ismail Kamus. Namun bagaimanapun bagaimanakah keadaan kita sebelum tidur, bagaimana iman kita semua kena ambil kira.

So sebagai hambaNya kita berserah dan berdoa/tawakkal pada Allah moga yg baik-baik saja menjadi milik kita. Dijauhi segala yg tak baik..

Rozita Ceritaita berkata...

kak.. saya pun pernah mimpi macam tu dulu.. memang nangis macam akak jugak la...ada saya cerita kat blog...yg tu asben sendiri yg ckp dia nak nikah hari apa.. huhu.. tapi mungkin sebab fikiran kita serabut masa tu dan fikir bukan2 kot kak..

t.a.t.a berkata...

Kak, orang kata mimpi ni adalah selemah-lemah petunjuk. Betul kata kakzakie. Keadaan kita sebelum tidur, iman semua kena ambil pusing juga. Sebab mimpi ni sebenarnya mainan syaitan.

aizamia3 berkata...

kalau dengan ciklan, lagi disakatnye ye ada kak.. huhuhu..

Unknown berkata...

Assalamualaikum Aziela,
Tak pandai nak nasihat..
Cuma dulu penah ada kawan ni nasihat.. its all in your head.
Bila otak & badan kita penat.. macam2 benda blh jadi.. mujur saja bukan "benda" tu yg ehem ehemmmm..

Al-Manar berkata...

Aziela,
You were in a ream -
Somewhere over the RAINBOW
"....
Oh someday I'll wish upon a star
Wake up where the clouds are far behind
Where trouble melts like lemon drops
High above the chimney tops
That's where you'll find me
.........."

Prepare a good meal for him and write about it - with a picture of him enjoying it. That, plus your skill in HR, will bring back your beautiful rainbow, insya Allah

NzA berkata...

mimpi mainan tidur tapi jika mimpi tu sedih ianya memberi kesan pd kitakan aziela...bykkn beristifar n mengaji...InsyaAllah jiwa akn tenang....

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata...

Bab kawen tu Mmg stress khen even Mimpi jer pong
X sanggup oooo
Mimpi mainan tidoq org kata
Tp if asyik Mimpi yg sama tu risau gak la
In shaa Allah x de apa2 kaka😊

ellynadyra berkata...

mainan tidur aje
mungkin mcm2 dlm kepala tu yang mimpi bukan2
amik masa rehat kak
take care

Aziela berkata...

@Farah Waheda Wahid Insya Allah...thanx Farah

Aziela berkata...

@Ujie Daun bidara yer. Bukan senang nak cari dah zaman sekarang tu. Tapi Insya Allah...hendak seribu daya kan.

Aziela berkata...

@Kakzakie Yer kak, mohon, doa, bertawakal dan yakinlah dengan Allah.

Aziela berkata...

@Rozita Takder apa2 yer Ita?

Aziela berkata...

@t.a.t.a Akak pun dok tengah yakinkan diri untuk itu jer...

Aziela berkata...

@aizamia3 Heheheheh....sedih la gitu kan...hahahahha

Aziela berkata...

@Shamsiah Abdul Rahman Iyerlah kak kan. Saya pun memang penat sangat lately nie...

Aziela berkata...

@Al-Manar Amiin. Thank you Pak Cik. I hope I have been doing the best for him and still I am learning on stretching far my KPI in the future.

Aziela berkata...

@NzA Terima kasih kak. Iyerlah, disebabkan sibuk, saya kurang mengaji sekarang. Saya tergeleincir sedikit. Insya Allah buat yang lebih baik lepas nie.

Aziela berkata...

@☆♥L@dy @yU♥☆ TQ Ayu.... risau juga kan...

Aziela berkata...

@elly nadyra Nak rehat, tapi holiday pun akak juga yang stress. Kena lari jauh2 sorang2 la kot...