Menu Istimewa Jerantut : Gulai Asam Rong

27 comments
Assalamualaikum.....

Ok...seperti yang kita janjikan, kita nak bercerita tentang menu istimewa di bandar Jerantut ni, Menunya ialah gulai asam rong.

Kita pernah menonton rancangan masakan yang menyiarkan tentang gulai asam rong ni, tapi memang tak pernah berpeluang untuk mencubanya, Hasil pencarian di Google pun, tak berapa banyak maklumat yang ada.

Khabarnya asam rong ini ialah berasal usul dari biji buah getah dari pokok getah yang menjana pendapatan negara tu. Mak kita pun memang ada tanam pokok getah sikit2 dulu dan kita sendiri membesar dengan pokok getah. Bermain dengan pokok getah dan sebagainya....

Tapi sumpah kita tak pernah tahu yang biji getah nie boleh di makan. Kami selalunya buat main jer biji getah ni. Gosokkan laju2 dan kuat pada simen kat rumah, lepas tu lekapkan kat peha. Mak oii...boleh merah kulit menahan panas. Ini biasanya sebagai denda dalam permainan untuk sesiapa yang kalah dalam congkak misalnya.

Untuk asam rong ni pula, khabarnya biji2 getah yang gugur itu akan dipecahkan kulit luarnya. Di dalamnya ada biji lain yang putih bersih dan seperti baldu kulitnya. Biji yang putih ini akan ditumbuk dan diperam bersama bahan2 yang tersendiri selama beberapa bulan kalau kita tak silap. Ala, macam kita makan budu, tempoyak, cencalok dan ikan pekasam la agaknya methodnya.

So, bila dimasak, sesenduk dari peraman biji getah ini akan dimasukkan kedalam masakan. Ok...mari kongsi pengalaman kita.


Setelah kita google, maka kita berjaya jumpa kedai yang dimaksudkan oleh blogger-blogger lain. Kedai Kak Noor namanya. Biasanya, untuk gulai asam rong ni, seusai dimasak dengan ikan kenerak. Ikan sungai Pahang lah kiranya. Tapi, tiada rezeki kami, kami dapat ikan lain. Tapi eh, sedap pulak ikan ni. Kita tak dapat 'tangkap' dengan jelas nama ikan ni seperti mana yang disebut oleh tuan kedai...tapi rasanya seperti ikan krai juga. Cuma duri2nya tidak sehalus dan tidak sebanyak ikan krai. Memang sedap.

Kita ambil hanya sekeping ikan saja dan kongsi makan bersama Adam. Tapi sekeping ikan ni sangat besar. Itu saiz pinggan makan nasi standard di kedai2 yer. Bukan piring lauk tu tau, Jadi, bolehlah bayangkan kebesaran saiz ikan tersebut.

Gulai ikan ni di masak dengan beberapa jenis sayuran kampung. Antara jenis sayuran yang kita jumpa ialah pucuk ubi, pucuk paku, daun kesum dan juga terung telunjuk.

Gulai ini tidak menggunakan santan. Ianya hanya direbus bersama2 dengan cili padi dan kunyit yang ditumbuk halus, asam rong tadi dan juga ikan dan sayur-sayuran itu. Jadi, semestinya anda akan rasa pedas dan masam2. Rasa masam itu semestinya datang dari jeruk rong tadi. Tapi sesuatu yang menangkap perhatian kita, disamping rasa pedas dan masam2, ianya juga rasa berlemak. Kombinasi pedas, masam dan lemak...sememangnya sesuatu yang sangat menarik. Pada kita, memang sedap. Oh, kepedasan gulai2 orang Jerantut, jangan di ambil mudah yer. Tercabar kegagahan menahan pedas anak jati Negeri Sembilan ni...hahahaha.

Yang lebih istimewa, rasa isi ikan tu juga sangat cantik berpadu dengan keenakan kuahnya. Ok, kita buktikan yer...

Disebabkan ikan tu besar, kita dengan Adam memang tak terhabis. Kami hanya makan suku saja...hahahaha. Jadi, bungkus bawa balik resort dan juga bungkus nasi putih. Konon nanti hubby boleh rasa sikit, lagipun kami malas nak keluar mana2 lagi nanti.

Petang tu selepas Maghrib, kami makan lagi anak beranak dengan gulai tu. Hubby makan sikit sebab dia pun ada dinner kena attend. Adam pula, ikut hubby ke dinner itu juga kerana kami sekeluarga dijemput hadir oleh MDnya, tapi kita tak pergi. Jadi kita juga la yang makan bersungguh2 ikan tu. Memang terbaik. Nasi sejuk, lauk sejuk, tapi hanya makan isi ikan ini sahaja dengan nasi putih, sudah cukup memuaskan selera. Kenyang hingga pagi. Ajaibnya, ikan tu tetap tak habis. Esok pagi, sambung makan dengan nasi lemak pula. Satu lagi keajaiban, rasanya tetap sama dan mantap. Tak basi langsung, tak berubah apa pun langsung. Mungkin sebab letaknya dalam air cond bilik dan juga kerana tidak bersantan. Tapi kita juga yakin ianya adalah keistimewaan jeruk asam rong itu sendiri. Jadi terbukti kan? Sedap hingga esok pagi.

Ok, mari bercerita tentang kedai pula. Kedai ni memang penuh dengan lauk pauk selera kampung. Sangat menyelerakan. Senang cerita, menunya menyeluruh. Setiap orang berbeza citarasa, tapi anda pasti akan berjumpa dengan menu kegemaran selera anda disini.


Antara deretan lauk pauknya, termasuklah ikan patin masak tempoyak.

Antara deretan ulam-ulamannya...

Portion nasi kita. Ulam, sedikit perut tembusu untuk merasa saja dan gulai asam rong.

Adam ambil lauk sotong.... Jadi dia pun makan gulai asam rong tu sedikit jer... Not to his liking actually sebab masam2 ni dia kurang gemar, kecuali asam pedas.

Seketul ikan tadi, berharga 20.00++. Keseluruhan bil kami sekali dengan air (sorang 2 gelas tau, sebab pedas menyengat) ialah RM40.00. Ini termasuklah nasi yang dibungkus untuk dibawa balik.
Pada kita, harganya memang sangat-sangat berbaloi. Tambahan pula, menu ini boleh dikatakan menu eksotik. Bukan senang anda nak jumpa di mana2.



Kedai ni sebenarnya terletak di food court baharu yang bersetentang dengan pasar Jerantut. Oh, kalau datang hari Ahad, ada pasar tani di sini.

Jadi, kalau kebetulan anda berada di Jerantut, cubalah menu ini. Dengar khabarnya, di Raub juga ada menu ini, yer?

Walaubagaimanapun, sokonglah produk tempatan.

.

27 thoughts..

Anum berkata...

sedap ek x pernah try

Irfa berkata...

gulai asam rom feveret kami kalau balik kg. sbb tok nenek asal dr pahang.

sy suka gulai asam rom siput sedut + pucuk labu. perghhhhhhhhhhhhhh lyn

Izwa Kamaruddin berkata...

tak pandai la makan benda tu..

Unknown berkata...

akak punya penceritaan kan.. boleh meleleh2 air liur membacanya.. kalau ibu mengandung baca.. boleh meleleh air mata kalau tak dapat makan.. hahaha..

saya suka sangat masakan ikan yang masam, pedas, lemak2 ni.. bila lah nak boleh merasa.. suami saya tak boleh makan ikan sangat.. saya ngan anak2 je yg makan.. saya dah terbayang2 rasanya ni kak.. aduuuhhh..

Dr K berkata...

Ilmu baru ni kak...Saya sendiri tak tahu isi dalam biji getah tu, boleh dimakan...Dan mmg betul, masa kecik2 suka main gesek2 biji getah tu, lepas tu pekena kat kulit kawan..hahahaha..

RM40 itu kira ok la utk makanan yg aka sefamili ambil tu

Ujie Othman berkata...

tak penah tau/dgr pun menu gini. menarik utk try kalau ada g sana ni.

tak sangka lak isi biji getah tu boleh makan ya. masa kecik kita buat main je.

:: CIKVIVA :: berkata...

sedap ni..balik kg baru masak gulai ni...

aizamia3 berkata...

nampak sedap.. sebab terbayangkan kemasamannya.. ;)
tapi jauhlah kak.. belum ada sebab nak ke sana..

Kakzakie Purvit berkata...

Walaupun kakak org kampung dan kebun bapak kakak ada kebuh getah yg kini telah disewakan pada org tapi kakak tak pernah tahu tentang isi bijinya yg boleh dijadikan hidangan... peram dia pun mesti nak kena cara dan tahu Ziela... salah hemat boleh mabuk dibuatnya hihi...

Ini mesti dah expert itu yg hidangan gulai ikannya jadi sedap.

aby berkata...

salam ziela ..
aby pernah juga mkn gulai asam rong di
jerantut tu. pernah berkampong disana lebih 3 bulan, merasa la feberet dishes belah sana ..
klu berkesempatan ke situ lg .. any terjah kedai yg ziela ckp tu

Aziela berkata...

@Nurzakiah Hanum Nnt Anum try yer...bawa Cik Abang awak tu

Aziela berkata...

@Irfa Sedap yer Irfa? Akak ada juga pernah baca pasal menu tu...

Aziela berkata...

@idzwa kamaruddin Takper....manalah tahu tetiba mengidam...boleh try...hihii

Aziela berkata...

@Rai OurKizuna Aiyooo Rai...samalah macam akak bila terbayang takoyaki frozen awak tu...huhuhu. Rai, habis masa study dulu, hubby awak makan apa?

Aziela berkata...

@Daddy Ziyyad Dik, kita yang sama2 laki bini orang selatan ni memang tak tau kan.... Hehehehe. 40. 00 tu memang berbaloi. Kalau ikan pelik2 sikit di tempat lain, dah melayang dompet akak dik...

Aziela berkata...

@Ujie Itulah kan.... Akak pun pelik2 jer masa tengok kat tv tu.

Aziela berkata...

@:: Cik Viva :: Waa....adik beradik suka yer. Family special dish kiranya ni CV yer...

Aziela berkata...

@aizamia3 Ai, agak2 nak ajak hubby awak honeymoon jauh sikit...boleh jer...hehehehe

Aziela berkata...

@Kakzakie Betul tu kak...nak peram kena tahu cara. Mereka biasanya basuh bersih2 dan jemur sampai seminggu bawah matahari...kemudian, baru di peram.

Aziela berkata...

@aby Salam kang aby.... Kakang lagilah jenuh merantau. Kang aby pun adventurous juga part makanan ni...jadi saya rasa kakakng lagi master...hehehe.

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Ziela kalu cete pasal makan memang terbaekkkk!!

akk bab2 ikan ni tak banyak jenis yang kenal dan penah makan. Sejak dah kahwin ni lagilah.. sbb husbnd jenis yg memilih ikan nak makan dan dia tak akan pergi ke kedai2 makan eksotik ni. Di JB pulak susah nak jumpa ikan2 species air tawar dan sungai ni. Kalau ada, mungkin bleh jugak pergi sendiri, hihi.

Sukma berkata...

first time dengar menu nie.....

kakrose berkata...

sedap ke..tak pernah makan..

ellynadyra berkata...

First time tau dan baca pasal ni
Tp menu2 camni biasanya sedap kalau dpt tukang masak yg betul

Dr Singa berkata...

tempe bijik getah kita pernah dengar..
yang ni tak pernah kita dengar..

kita pun selalu gosok2 dan pekat bijik getah macam tu dulu!

Yana Yani berkata...

gulai asam rong! my favorite!
mak saya orang kuala lipis, kerap juga makan
cuma saya hanya tahu makan
bagaimana cara masak, saya kurang pasti =)

NzA berkata...

ikan sg pahang mmg femes emeslah...terbaik