Untung beli Minyak Kenderaan Siang Hari

12 comments
Assalamualaikum.....

Dalam pada kegawatan isu harga minyak yang semakin meningkat ini, kita semua cuba berbagai2 cara untuk mengurangkan kos minyak.

Saya ingin kongsi satu maklumat yang saya baru tahu. Untuk pengetahuan, saya kan baru saja berpindah ke syarikat baru. Kami adalah kontraktor untuk industri oil n gas. Antara tugas kami ialah memadtikan bahawa isi padu minyak di dalam tangki di dalam tanah ini masih sama seperti asalnya. Bila telah disahkan, maka stesyen minyak ini akan dapat sijil pengesahan yang diluluskan oleh Sirim.



Gambar di atas ni ialah gambaran ringkas keratan rentas sebuah stesyen minyak. Ini adalah yang mempunyai satu tangki. Kebanyakan stesyen minyak sekarang mempunyai beberapa buah tangki yang ditanam di dalam tanah stesyen itu sendiri.

Maka team kami apabila di request akan menjalankan tugasnya, maka berkurunglah mereka di bawah tanah untuk mengambil ukuran dan sebagainya.

Dan daripada merekalah saya tahu yang sebenarnya isipadu gas dan minyak mampat di siang hari. Bila atas tanah panas, bawah tanah sejuk. Bila malam, bawah tanah pula panas. Sebab tu mereka buat kerja siang..sebab sejuk.

So...cuba isi minyak siang pula lepas ni.







.

12 thoughts..

aby berkata...

salam ramadan aziela ..
baru sempat menjengah ramadan ni .
harap sihat dan dapat beramal dibulan yg mulia ni
dan selamat menjalankan ibadat puasa ..
apapun satu info yg baik ..
apatah lg berjalan raya nanti ..
pasti banyak mengisi minyak

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

wahhhh.. akak nak kongsi tips ni di fb ya Ziela

aizamia3 berkata...

t.kasih kak atas info ni. Rupanya suhu atas tanah tak sama dgn dlm tanah.

Unknown berkata...

langsung lain dari tips yg diorang share selama ni kan.. mostly kami isi minyak siang.. malam biasanya nak pecut balik rumah terus.. tak larat nak menyinggah.. hehehe

azieazah berkata...

Oh ya ka... seeloknya waktu tengahari la ya?

Kakzakie Purvit berkata...

Kakak ni Ziela isi minyak boleh katakan biasanya pagi Isnin. Hari dan waktu lain jarang melainkan terdesak.

adianiez AIDA berkata...

aida memang isi siang...
malam da malas nak kuar umah la...

kakrose berkata...

selama ini kita sangka isi minyak sebelah malam lagi bagus..

Cho Zila berkata...

penah dengar lama dulu.. katanya lagi elok waktu pagi..

salam ramadan yang masih bersisa dan selamat hari raya..
cepatjerkan dah nak syawal..

ellynadyra berkata...

eh kak
derang masuk dlm tangki tu ke?

Rozita Ceritaita berkata...

wah..tak rugi singgah hari ni... terima kasih kak...

Fiza Hasan berkata...

hari tu ada dengar paling elok waktu pagi..apa2 pun thanks kasi info..sgt berguna..