Journey to Sik : Sarapan Gulai Kawah Batang Pisang di Tapah

15 comments
Assalamualaikum.....

Weekend 2 minggu lepas, kami realisasikan perancangan kami untuk ke Kedah. Jumaat tu, saya mengambil cuti untuk menghadiri mesyuarat Muafakat di sekolah Adam. Kemudian, petangnya sejurus selepas hubby habis kerja, kami terus menuju ke Kedah. Pasrah dengan keadaan badan yang terlalu penat. Kami berserah pada Allah, mana yang sesuai, kami berhenti tidur. Kalau larat, teruskan saja perjalanan.

Kami sebenarnya menuju ke Sik. Saya ingin menziarahi ayah dan mak angkat yang sudi menerima saya dalam program Baktisiswa di situ lebih dari 20 tahun yang lepas. Seminggu menjadi anak mereka dan sepanjang pengajian adalah 3 kali ulang menziarah mereka. Tapi lepas graduate, lepas kerja, lepas berkahwin dan ada anak...langsungggg tak pernah. Terlalu banyak halangan. Yang paling utama, bila masa itu ada, kewangan tak mengizinkan, atau terhalang dengan kesihatan.

Namun, setiap tahun dalam bulan puasa, saya pasti akan menelefon mereka bertanya khabar. Entah berapa kali hilang nombor telefon dan alamat, tetapi ada saja rezeki saya untuk mendapatkannya kembali.

Anyway, malam tu, hubby tak boleh tahan mengantuk. Saya lagilah lunyai rasanya. Adam dah lama hanyut. Saya pujuk hubby keluar di Slim River. Carilah mana2 hotel bajet kalau ada. Tapi tak ada. Felda Residence lagilah penuh sampai ke Selasa, katanya. Maklumlah, cuti sekolah baru bermula, kan.

Teruskan perjalanan ikut jalan dalam. Kami tiba di Tapah. Tiba2 Nampak hotel bajet yang baru dibuka di kawasan rumah kedai yang baru. Cuba tanya kekosongan. Ngam2 tinggal satu saja bilik kosong. Oklah...belasah saja. Hotel ni, dekat lot kedai yang ada Watson. Satu saja Watson di Tapah tu. Simpang masuknya seberang balai polis Tapah.

Esok pagi, kami teruskan perjalanan. Kalau ada warung atau gerai yang menarik, kami berhenti lah. Menuju ke arah jalan nak masuk Plus highway, di sebelah kanan, Nampak deretan gerai yang meriah. Asap berkepul2 naik ke langit. Eh, dah tertarik dah ni. Lepas parking....lihatlah......


Berrrr....bagai jenis lauk pauk

Ketam, ikan, daging, ayam..semua ada...

Eksotik okeh. Asam rebus batang keladi. Orang veteran suka ni...

Nangka muda masak lemak..

Telur ikan.....

Patin Tempoyak. Dah kate ade di Peghok...

Ulam segar bugar

King of the menu...gulai kawah yang sedang mendidih..

Gulai daging kawah dengan batang pisang. Batang...bukan umbut yer..

Saya tak pernah rasa. Ini first time saya rasa. Sedapppp. Tapi mungkin ada yang lebih sedap. Daging kenyal, tapi tak keras dan liat. Batang pisang tu surprisingly sangat lembut, juicy dan cheesy. Kenapa saya kata cheesy? Sila rasa sendiri...hehehehe


Ini lauk hubby. Tak ada nasi. Sayur dan ayam bakar yang baru diangkat dari bara api. Haruss....sos pun sedap sangat.

Ayam tu hubby punya tadi. Saya punya pinggan, sayur, sambal dan telur ikan. Telur ikan toman dik oiiii. Cari di pasor pun x jumpe .. Telur tu kami makan bertiga. Adam tak berapa boleh terima, tapi mak apaknya bukan main finger licking good dik. Halusss..moist..lembuttt sangat. Lain dari telur tenggiri

Last but not least....siput sedut gulai dengan pucuk paku... Perghhhh...semua menggoda jiwa...





Lepas ni buat trip Cik Kiah untuk makan kat Tapah ni yer.. Itupun kalau dah tergoda la...

Inilah kedainya..


Ok, nanti saya share lagi yer...


.



15 thoughts..

Fazleyatul Aini berkata...

tak pernah try batang pisang ni. kat utara memang femes kan. kalau kenduri kawen selalu ada ni

JunAina berkata...

Gulai kawah batang pisang memang batang pisang la tu tapi bahagian tengah je yg diambil...sedap tu. Terkenal di negeri Kedah gulai tu.

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Pergghhhh memang menyelerakan tengok lauk pauk tu Aziela..
memang penuhlah perut pagi tu ye..

Akak pun pernah makan Gulai batang pisang ni..
Itu pun kakak akak kahwin dgn orang Kedah..
memang sedap wlpn baru pertama kali makan masa tu :)

Izwa Kamaruddin berkata...

amboiii baca sambil telan-telan aiur liur nie...huwaaa..

Suria Amanda berkata...

huwaaaaaa...menjejes air liur tengok....

Kakcik Seroja berkata...

AllahhuAkbar! tengok gambar pun kakcik teruja sangat. Nak cari juga restoran ini nanti. Sayur-sayuran itu sangat menggoda...

Kakzakie Purvit berkata...

Huhi! sedap semuanya Ziela.
Kakak teringin nak rasa gulai batang pisang
Dah tua-tua gini pun tak pernah jumpa tau.

makchaq berkata...

Nampak sedapnya...

Balik kampung tak pernah pulak singgah sini... selalu ikut highway singgah R&R ja..

Nak kena ajak pakchaq singgah ni...

Kamsiah yusoff berkata...

gulai batang pisang ni kalau kat kedah/Perlis..antara menu wajib yg ada time kenduri..bulan puasa pun ada dijual kat bazar..

Lee berkata...

Hi Aziela, wow! You were in Sik? Your this posting brought back memories to me of my old days. Love your food pics here. I tengok pun sedap, can practically get the beautiful scent of the foods. I love that siput sedut.. and pucuk paku. Wow! Wish I can have some now! But not too keen on that batang pisang.

Used to stop there very often for lunch back in the early '70s, '80s. Used to frequent a Malay restaurant there too, or if early I polish off 2 packets of their nasi lemak, 2 hard boiled eggs.

From there I would often cross over to Golok, Thailand look around, get some stuff home. Another town there was Betong...But I guess these places now changed a lot.
Nanti la satu hari saya balek kampong, I'll make one trip around to these places I once frequented.

You have a nice day, simpan satu lagu dalam hati.
Lee.

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

telan2 ailio tengok teloq ikan.. nak tunggu sambungan.. nak tengok mak & pak angkat Ziela

luddin berkata...

Legend...asam rebus batang keladi!!

Fida Z Ein berkata...

Assalamualaikum...Singgah sebentar...

Dah lama tak makan masakan Perak....boleh tahan makanan yang ada terutama telur ikan tu...

zoul dahan™ berkata...

Saya akan cari tempat ini.
Pasti.

aizamia3 berkata...

Tak pernah tahu batang pisang tu jadikan lauk, ni kali pertama saya tengok kat entry akak ni.
Siput sedut dengan batang keladi tu sedapnya tengok kak.. ;)