Lunch Delivery ke Pejabat

12 comments
Assalamualaikum.....

Tempat kerja saya ni, lokasinya agak tersorok sedikit di pedalaman. Agak jauh dari Bandar Port Dickson. Kami di Lukut, yang mana ramai penduduk berbangsa Cina di sini. Jadi, tempat makannya pun, untuk merekalah yang banyaknya.

Setiap kali lunch, sama ada bawa bekal, atau kelam kabutlah memandu mencari tempat makan. Waktu lunch hanyalah 1 jam saja. Nak bawa bekal hari2, di sini tak ada microwave, tak ada peti ais. Nak simpan di pantry sajer pun, air cond bukan sentiasa on. Tapi, kalau ada stok, saya bawa juga bekal.

Tapi baru2 ni, rakan sepejabat sampaikan yang ada peniaga di PD ni buat bisnes delivery. Setiap set makanan, harganya 5.00 sahaja. Mari tengok menunya...


Ikan kembung sambal dengan kobis masak lemak dan sambal belacan.

Paprik ayam, telur dadar, air sebungkus dan buah.

Kembung sambal lagi dengan kobis masak lemak dan buah tembikai.
 
 
 
 
Setiap hari menunya hanya 2 jenis. Sama ada ayam, atau ikan. Masak kicap, masak sambal, masak kari, masak lemak atau asam pedas. Itu saja lah yang digilirkan setiap hari. Ikan pun sokmo ikan kembung. Tak ada jenis lain.
 
 
Tapi, masakannya sedap. Dan saya selalunya akan pilih menu ikan. Setiap set nasi, ada buah atau air, dan pasti ada sehiris timun dan sambal belacan.
 
 
Ramai juga pelanggannya dari syarikat kami. Mudah. Mujurlah kebanyakan kami disini tak berkira dengan makanan. Asal dapat makan, dengan 5.00 sehari, dengan tak perlu berpanas dan makan kelam kabut, dah bahagia rasanya.
 
 
 
Pandai dia berniaga kan...
 
 
 
 
 
 
.

12 thoughts..

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Murah tu Aziela..
Siap hantar lagi tu..
Kalau kat tempat akak ada macam tu hendak juga dipesan :)

monalea berkata...

senangkan kalau ada peniaga buat delivery mcm ni

Damiamikhaila berkata...

Kalau la ada area sini., kan best...

Kakcik Seroja berkata...

Kakcik pernah terfikir nak berniaga makanan begini. Masalahnya, tempat tinggal kakcik ni kawasan perumahan...siapalah yang nak beli... :)

aizamia3 berkata...

Alhamdulillah rezeki peniaga tersebut dan juga memudahkan akak.. tak perlu rasa terkejar-kejar mencari tempat makan.

adda syuhada berkata...

terliur. hehe

makchaq berkata...

Asal mudahkan kerja.. on je la kan.. dari nak tercari2 kelam kabut...

Makchaq suka lauk2 simple macam ni.. kalau macam2 jenis x reti nak makan
Dari kecik makan lauk sejenis 2 ja...

Unknown berkata...

ok jugak tu sbb makanan sampai kat ofis
tkyah keluar minyak kereta lagi lebih lagi tu dari $5 kan..

Ujie Othman berkata...

ok rasanya rm5 gitu.
walaupun bosan sbb menu tak byk, tapi betullah..masih ok sbb mkn panas2 tanpa perlu berkejar.

skrg ni byk gak org buat biz gini kan. sambil tlg selesaikan masalah org, duit pun masuk. :)

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

yang penting delivery tepat pd waktunya. Yang best juga, kita ada masa lebih utk rehat sebab tak perlu pandu keluar.

adianiez AIDA berkata...

wow bagus ni :)
kena dgn harga.
kena dgn delivery.
boleh sukses ni...

zoul dahan™ berkata...

Kalau kat sini,
7 ringgit sekurang2nya.
Itupun kena makan dikedai.