Arie nie buat keje giler lagi. Mlm td teman hubby balik Kuantan lagi. This time teman jer...tak hantar.. sebab Friday arie tuh dia balik KL.  Dia kata x payah. Tapi tak boleh la. Aku risau. Dah ler dia penat semalam sbb ikut aku n family pergi Sekinchan. Pas tuh, hujan plak tu. Tambah lagi dah malam. Nnt kalau dia ngantuk masa tgh drive cemana? Oh tidak....lebih baik aku sacrifice, ikut teman dia sampai ke Kuantan. Sampai Kuantan dah almost midnite. Terus ke bus stand, nak cari bas paling awal ke KL. Tapi kaunter yang berkenaan tu dah tutup daa.... So, pagi td, aku soh dia drop aku kat stesyen bas jer. Ngam2 kaunter bas Transnasional baru buka. Bas paling awal ke Bukit Jalil, inilah dia..kol 8 pagi. Ini la ropa bentuk tiketnya. Aku x pernah tau, naik bas dari Kuantan ke KL..sensorang plak tu. Nasib baik org tak ramai. So, x der org dok seblah aku.



Nasib aku baik juga pg nie la, sebab dapat bas baru. Condition semua cun lagi. Alhamdulillah. Ikhlas menolong hubby, adalah sedikit bantuan daripada Allah swt.


Cantik kan bas nie...heheheh



Kerusi baru tuuu....best..nyenyak sungguh tido...zzzzzz
Sampai office dah tgh hari. Hmm..apa lagi..half day off la jawabnya arie nie. Adoii..tercalar rekod cutiku....huhuhuuh. Demi hubby tersayang.... ku relakan apa saja... Eceehhh...hahahahha
Read More

Mari kita explore lagi tempat2 makan yang best (ikut selera aku anak beranak yer) di Melaka. So far hubby agak cerewet sikit pasal makan. So, kalau dia pun recommend...mmg ok la. Hari nie kita jalan2 cari makan2 western kat restoran nie. The Windmill Station. Usually kami suka pergi ke branch Melaka Raya. Selain dari Melaka Raya, ada satu lagi branch di Bukit Beruang..dekat2 dengan MMU and di Seremban 2, N. Sembilan. Nak tengok lagi menu yang best2, click la link kat nama dia tu yer. Gambar Restoran nie pun aku cilok kat web tu..heheheh. Alaa..tolong pomot..apa salahnya kan...






Ini pulak gambar aku sendiri yang aku snap2 masa mkn2.




Hubby suka makan double lamb chop. Perghh...soo moist and sedap lamb dia. Memang sangat berpatutan la harga makanan kat situ. Ada air buah gelas giant. Slalunya we all amik satu gelas, share 2 orang... Aku pula...mcm biasa laa...nasi goreng. Ha...jgn ingat western takder nasi goreng. Ini special tau. Nasi coreng cili padi. Perghh...marvellous.. Darlina...ko harus try makan ini nasi goreng. Tak mcm nasi goreng cili padi kedai tomyam tu, dia main campak cili padi hiris... Ini fried rice...dia punyer rempah cili and bawang semua tu...mcm ditumbuk la...blended well and rasa menyengat and sedap. Ada banyak sayur dan isi ayam la..daging la. Accomponied plak dgn fried chicken, tapi biasanya aku soh dia tukar ke benda lain..mcm grilled chicken ke, atau sirloin steak ke.. ha... baru ada kick.





Ini laa nasi goreng cili api tu.


Adam pula, memang tak suka sangat daging2 ni...ayam jer yg dia ok. So, kalau dtg sini dia lantak spaghetti... and fruit salad la biasanya. H,,, asyik kat Kuantan jer lately nie. Rindu pula nak makan kat sini lagi... yummy....




Read More


(Gambar cedok kat Google )

Gambar nie adalah antara pelakon utama cerita Damping Malam. Bebaru nie tengoklah cerita nie, walaupun aku x suka giler tgk cerita seram2 nie. Adoi hai. Mak ni lemah semangat dekkk non! Dari celah2 jari dan dari bucu2 bantal yang tutup muka, berjayalah juga aku nengok cerita nie lebih daripada separuh...hehehhe.
Pada pendapat aku, cerita nie takderla seram giler bangat ( cheh..berlagak lagi nie...hihihihi). Dia lebih kepada pengajaran. Suka sangat tgk Eizlan Yusof dalam citer nie. Dia jadik Ustaz yang high rank tuuuu..Masjid Putrajaya punya pentadbir youuuu...! Ai sukerr sangat sbb dia sgt cool and sangat smart dlm nie. Segala tindak tanduk dia, segala ayat2 dia untuk berkomunikasi, bertepatan dengan Islam is the way of life. Seorang alim yang blend well dengan peredaran zaman, tidak memandang hina kepada sesiapa dan tidak melemparkan sebarang tuduhan kepada sesiapa. Dia berhati2 agar tidak menyinggung dan tidak memusnahkan akidah.

Adik Eryna tu mcm biasalah..lakonan dia kalau dalam filem seram mmg menjadi betul. Pandai la dia nak buat muka hantu tu...pas tuh buat muka konpius..buat muka takut...muka mcm pandangan 'kosong' tu. Memang pandai. No issue on her.

Amy Mastura....yess.. artis kesayangan aku. Selain daripada citer Trauma...lakonan dia dalam nie boleh dikatakan bagus. Aku berpendapat mcm nie sebab masa part yang bahagian awal nie, dia punya lakonan agak kurang mantap. Bila dah middle story towards the end, baru nampak 'cantik' la lakonan dia. Umi Siah is Azizah Mahzan...mcm biasa..mmg pandai bawa watak. Tp mmg kita tertanya2. Ini, siapa pulak yang buat hal membela hantu2 bagai nie. Bila dah nak ending baru cerah pemandangan. Berjaya la buat aku anak beranak bertekak. First time kot tgk Amy berlakon jadik mak orang yang ada anak dah besar mcm nie. Something different and menyerlahkan kematangan dia.

Banyak nasihat daripada Eizlan dan juga penjelasan tentang alam ghaib nie. In which aku rasa masih ramai lagi umat Islam zaman sekarang yang masih ragu2 dengan fakta dan kebenarannya. Suggestion aku...bagus untuk tontonan sekeluarga. Tak ada unsur yang melampaui batas...
Read More
Di inform melalui blog Ben tadi...


PERHATIAN: Sila sebarkan sekiranya ternmpk MYVi PUtih No. Plat: WUS948 yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki berambut pjg atau wanita bertudung sila hubungi En. Rashid 0196267828. Suspek telah melarikan seorang bayi berusia setahun yg ade didalam kereta ketika pemilik kereta menghantar ank ke nursery baru sebentar tadi diarea Puchong..keprihatinan anda amat dihargai ni berita benar..sila sebarkan..

Segera...segera...kesian nyer baby tuh..kesian kat parents baby tu...
Read More
Hari nie hari Jumaat. Lunch hour panjanggg...ada 2 jam. Selalunya perempuan kalau lunch hour Jumaat nie buat apa ekk kalau yg bekerja tu? Tidur, BW, makan sambil gosip, menjahit, menyulam atau shoppingg.. hehehhe. Dedulu masa opis di tgh bandaraya tu, selalula we all gie merayap gak... Tp sejak2 opis aku di puncak bukit nie dan jauh dari arus kemodenan (ecehhh... ), jarang laa we all shopping. Mengenangkan nak marathon pergi amik kereta nun di puncak gunung sebelah di bwh teriknya mentari..aduuhhh...lebih selesa duduk dan berehat di opis jer rasanya. Alaa....hari nie tak boleh rehat la. Semalam baru sampai stok pokok2 bunga yang baru utk opis..bagi menggantikan pokok2 yang dah tinggal tunggul. Haip...bukan x siram yer...tapi pokok2 tu tak cukup cahaya matahari. Kesian kan. Apa nak buat..opis di tgh2 bangunan yang kelilingnya takder tingkap. Takder kuasa la plak nak ngangkat pasu2 tu tetiap hari kan. Kang kalau pakai yg plastik..x cukup oksigen plak dalam opis nie. Aduhhh...beratnyer nak angkat pasu2 tu. Agak2, kalau soh orang2 lelaki yang gagah perkasa nie tolong, diorang layan x ekk..?
Read More
Dulu masa mula2 start blogging, Aku berazam untuk update blog at least seminggu satu entry. Entah di mana silapnya ( silap apa..memang time tuh busy), selalu sangat aku gagal mematuhinya. Ada laa bulan yang langsung takder update, ada ada pulak yang satu bulan tu 2 entry jer. Paling banyak pun, satu bulan ada 6 entry jer..hehehhe. Orang leain, 6 entry tu sehari..aku?? Teruk sungguh kan. Lately nie ada laa azam baru. Nak update lebih dari sekali seminggu. 2 entry seminggu pun ok gak...heheheh. So, join la blog Ben Ashaari tu. Seronok. ramainyerr blogger kat situ. Barulah terasa meriahnya dunia blog nie. Tup2, entah mcm mana, bulan nie, bulan pertama pada tahun nie aku berjaya mencapai azam ku...yesss... Lebih dari 1 entry seminggu tauu... nyeh..nyeh..nyeh.... Satu pencapaian. Harap2nya boleh berkekalan la prestasi nie atau boleh terus meningkat lagi (boleh ke?). Harap dapat sokongan daripada rakan2 sekalian....
Read More
Opismate aku yang dok kat sebelah aku nie baru lepas bercerita dengan aku...sangat bersemangat cara dia cerita. Dia kata semalam ada satu gangster dah masuk dalam area kedai dia ( dia jual burger memalam ). Dah la menceroboh...buat cara kurang ajar plak tu. Sekali tu, gangster yang memang ada di area kedai dia... gie la shooh gangster baru yang kwang hajor nie. Dh nama pun kwang hajo..menceroboh kawasan lain, dia plak attack gengster kawasan kedai, mementanglaa dia besooo. Gengster ori kawasan kedai nie terus cabut...carik back-up. Dia kembali dengan kepala gengster yang sgt fierce, besarrr and tough... Member aku kata lagak seperti harimau. Boss gengster ini pun terus attack semula penceroboh itu dan kejar macam harimau menerkam mangsa sampai penceroboh tu tak cukup tanah nak lari. Hingga penceroboh tu lari sampai melompat dan terpijak kuali burger member aku. Dengan tapak kaki yang melecur tu, dia tetap berlari menyelamatkan diri dari diterkam gengster yang garang bak harimau.

Maka selamatlah kawasan kedai member aku tu daripada diganggu gugat oleh gengster penceroboh yang kwang hajo tadi tu. Dan kawan aku terpaksa menutup kedai untuk mencuci kuali yang telah dipijak tadi.

Opss..lupa plak nak inform. Pengkisahan gengsterism di atas adalah komuniti kucing2 yer sahabai handai sekalian....
Lariiikk....!! Bukan salah saya....kawan saya cerita..!!!
Read More
Ini gambar atas ehsan dari Utusan Malaysia online hari nie. Polis wanita yang paling kiri sekali tu is my auntie... ngeh...ngeh...ngeh..... Pepagi lagiii dia dah call. "Cari Utusan...dalam section Mega, ada gambar Uda...hehhehehe". Opis kebetulan mmg langgan Utusan... pergh..2 pages gambar dia... I'm proud of her. Among aunty yang paling rapat dgn aku since I was a baby.
Article dia kat sini .

Memang beliau nie menetap dan bertugas di Pekan, Pahang sangat lama. Everytime cuti sekolah or cuti sem, aku and family akan lepak rumah dia. Masa habis darjah 6 dulu pun...lepak rumah dia...main2 dengan anak2 dia... my cousins semua masih kecik masa tu. Sampaikan my UPSR result pun dia yang sampaikan... "Bgn2, mak call Uda, ko dapat 5A". I was like..uishh..ini mimpi paling real nie... Iyer laa... Kol 2 pagi..tak ker tgh nyenyak tido masa tu..hahahah. Mlm2 pulak, dia kena keluar...operasi. Mcm2 kes. Kes kena rogol nie memang selalu sgt dia kena handle. Maklumlah, dia nie dulu meja jenayah kat Balai Polis Pekan tu. Most of the cases nie, melibatkan perempuan2 dari kawasan pedalaman contohnya macam part of Muadzam, Chini and Nenasi. One of the cases yang aku ingat, a 13 years old girl di rogol oleh sekumpulan warga asing Bangla dalam kawasan kampung dia. Kanak2 tu sampai pregnant dan melahirkan bayi by 14 years old. She was so traumatic, sampaikan dia x nak tengok langsung baby tu. And that baby di ambil oleh satu keluarga sebagai anak angkat. So, my auntie terlibat la juga sebab bawa dia ke mahkamah, ke hospital dan sebagainya. Kasihan kan. Baby itu tidak berdosa, tapi mangsa nie hanyalah seorang kanak2. Fikiran dia pun belum matang lagi. Apalah yang dia tahu. Keluarga pun orang susah.

Yang mangsa lain tu...diorang tarik semula report la, batalkan kes la, atau tukar bukti la, sebab termakan dengan pujuk rayu pemangsa masing2. Kesian kan.

My auntie nie, sampai sekarang bising dengan aku. Nak pergi mana2, jangan lupa bw senjata, waima sekaki payung untuk pertahankan diri. Jangan pergi black area, tempat bnyk samseng, jln2 tak tentu arah...mmg dia warning banyak la..sebab risaukan keselamatan kami semua.

Hmm...esok pagi dh janji nak breakfast dengan dia. Now dia kena lepak kat Balai Polis Sri Petaling sementara sebab Brickfields nyer balai tengah renovate. So, dekat laa nak gonjeng2 dengan dia sementara waktu nie... Esok kena bangun awal nie... chaiyookk!!
Read More