Batu Karang Hempedu

No Comments
Baru-baru nie....bapa mertua aku sakit perut. Dalam 2 hari juga la terlantar kat rumah...sebab tak larat nak bangun. Dah pergi klinik, and doktor kata gastrik. So, tunggu la ubat gastrik daripada klinik tu berfungsi. Bila dah nak masuk hari ke tiga masih tak sembuh tapi bertambah teruk, maka kami pun segera la hantar ke hospital. Hantar ke hospital swasta sebab tak sanggup nak menunggu lama di GH. Kesian kat dia. Ahad hantar ke hospital, emergency punya doktor check, dia kata hempedu dah bengkak, terus admit ke ward. Petang tu doktor pakar pun datang. Memang aku ngan hubby ada kenal dengan sorang general surgeon, so terus request dia jer. Dia buat ultra sound, and confirm ada batu karang dalam hempedu. Ada dua biji yang besar. Diameter lebih kurang 17mm.

Doktor suruh puasa...x boleh makan...boleh minum air sikit2 jer sebab nak rehatkan hempedu tu. Tak nak kasi hempedu tu bekerja sebab dah terlalu bengkak. Kena tunggu bengkak kurang, baru boleh buat operation. Schedule operation Selasa atau Rabu. Isnin, aku pergi kerja dulu untuk settlekan apa-apa yang penting dan terus apply cuti sampai Khamis. Niat nak bantu jaga dia di hospital. Maklumlaa...hubby tak ramai adik beradik, and we all la yang paling dekat pun. Setakat apa yang mampu, kita tolong...jalankan tanggungjawab. Tapi...petang tu hubby call, dia kata doktor dah nak operate...tak boleh tunggu lagi. Aku sekadar tanya berita through phone jer la. Balik kerja, terus rushing ke Ayer Keroh...dengan masih beruniform aku ke hospital. Tengok2 dia baru masuk ward...Alhamdulillah dah boleh bercakap. Tapi tak boleh makan minum lagi. Yang penting pembedahan berjaya. Tak buat open surgery. Buat pembedahan laparoskopik kolesistektomi. Maksudnya, pembedahan yang masuk wayar kamera melalui lubang yang ditebuk di perut. Tak buat open surgery yang belah2 perut tu. Pak mertua aku ditebuk 4 lubang untuk surgery tu. Yang bagusnya cara nie, cepat sembuh, kurang rasa sakit. Batu karang yang dikeluarkan oleh doktor tu, ada laa suku botol. Ala botol yang sampel urine kat klinik kat hospital tu la.....
Untuk panduan, antara simptom penyakit nie ialah :
- Sakit macam gastrik : kembung, mual, angin dan sakit perut
- Sakit secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar menjadi kesakitan yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen. Rasa sakit ini mungkin akan berlaku dari satu jam hingga ke dua jam selepas makan atau boleh juga terjadi pada waktu malam.
- Selalunya rasa sakit berlarutan dari 15 minit ke satu jam, bermula dari bahagian tengah dan kanan atas abdomen dan kemudiannya menular ke belakang atau bahu kanan.


Ini antara tanda-tanda awal. Kalau ada tanda2 lain mcm penyakit berlarutan sehari atau lebih, warna urine bertukar gelap, rasa loya dan muntah dan juga tanda-tanda jaundis ( kuning ), haruslah dapatkan rawatan kecemasan di hospital.

So, kita mcm mana? Sebab batu2 nie terbentuk bertahun-tahun lamanya. Kita selalu ingat kita nie gastrik, tapi entah2 batu tak? Na'uzubillah.....

0 thoughts..