Hak Wanita dalam Percintaan

2 comments



Posting kali nie adalah berikutan daripada rencana dalam akhbar Utusan Malaysia semalam. Online, boleh baca di sini. Ini mungkin sudah jadi trend untuk wanita zaman sekarang. Sanggup gadai hak diri demi untuk menunjukkan kesetiaan. Kita tak mention pasal maruah yer...kita nak discuss tentang hak wanita.

Kita rasa masa zaman dulu2, wanitanya lebih berani dan lantang. Mungkin peredaran masa yang dipenuhi dengan didikan tatasusila serta didikan agama memberikan mesej yang tidak jelas kepada wanita zaman sekarang. Ramai wanita zaman sekarang di asuh dan dididik untuk taat kepada suami. Memang betul. Tetapi sejauh mana kita perlu taat kepada suami? Sebelum berkahwin, apakah kita sudah pasti kita betul2 memahami hak2 isteri dan hak2 suami? Ok, bukan suami saja yang ada hak di dalam rumahtangga. Wanita juga mempunyai hak2 nya sendiri.

Jadi, bila di alam persekolahan, murid2 didedahkan dengan hukum syariah yang mengatakan taat pada suami dan Allah adalah jalan pintas ke syurga, maka wanita2 ini berlumba2 mengumpulkan pahala. Alhamdulillah.... Namun ramai yang di kalangan wanita ini menuruti suami dengan membabi buta tanpa menghiraukan diri sendiri.

Dengar tak ustaz kata di sekolah? Taat pada suami selagi tidak melanggar syariat. Maka kita pun tak pasti sama ada menyakiti isteri secara zahir mahupun emosi itu adalah melanggar syariat? Hmmm... untuk yang bernikah. Janganlah tandatangan lafaz taklik yang dibacakan kadi itu sekadar untuk posing kamera. Baca, dengar, fahamilah dan yakinlah dengan taklik itu. Itu adalah sempadan yang tidak harus kita jejak. Sekiranya sempadan itu di bawah telapak kaki kita, maka goyanglah keluarga itu.

Ok, berbalik kepada cerita di atas nie. Wanita muda. Cantik. Di ngorat oleh jejaka dengan ayat2 manis. Dek kerana sayang, kita percaya dia berazam untuk menjadi seorang isteri yang baik. Maka dalam mencapai azamnya itu, dia melatih dirinya untuk berkorban sama seperti wanita seharusnya berkorban untuk suami. Maka dengan itulah dia rela dipukul berkali2, dikongkong sedemikian rupa, sanggup hilang kawan dan sanggup merahsiakan dan memendam kesengsaraan hati dan fizikalnya dari pengetahuan keluarga yang sentiasa menyayangi dia setulusnya. Sehingga ke saat dia dirogol oleh kekasihnya selepas kekasihnya itu pecah masuk rumah sewanya dan dipukul sehingga cedera dan pengsan. Syukurlah dia masih kuat dan waras untuk melindungi dirinya dan BERTINDAK setelah tiba ke level itu.

Masih banyak wanita yang rela dipukul dan dicederakan oleh lelaki atas nama ikatan perkahwinan. Inilah silapnya. IKATAN perkahwinan. Perkahwinan bukanlah mengIKAT! Perkahwinan ialah PERKONGSIAN.  Kita berkongsi suka, duka, miskin, kaya, susah, senang, tilam, bantal, anak, keluarga... semuanya kita kongsi. Jadi mengapa perlu satu pihak berada di atas dan satu pihak lagi harus merayu? Memujuk bukan merayu ok. Merayu ialah untuk meminta belas ihsan. Stand-up women. Berjuanglah untuk hak anda di dalam keluarga sekiranya anda dikhianati dan dikasari.

Namun, sangat ramai wanita yang sangat beruntung kerana mempunyai suami yang sangat memahami hak masing2 di dalam keluarga, membahagiakan dan betul2 berkongsi segala2nya di dalam hidup mereka. Tapi kasihan, bila dimanjakan sedemikian rupa, wanita ini pula hilang timbang diri. Mereka lupa tanggungjawab mereka pada suami dan keluarga. Lupa pula hak suami. Macam tu lah putaran dunia. Cuma yang bertuahnya lelaki2 ini, walaupun begitu, isteri mereka tak la sampai tampar terajang mereka. Setakatkan deraan emosi semata2. Tapi kalau wanita dizalimi lelaki, bukan setakat emosi, nyawa pula jadi taruhan.

Kebetulan, kita menonton filem Enough lakonan Jennifer Lopez malam tadi untuk kesekian kalinya. Kita rasa, setiap wanita harus menonton filem ini. Kita nak cuba la cadangkan pada Datuk Shahrizat Abd Jalil tentang filem ini ditayangkan pada setiap sambutan Hari Wanita. Ha ganas kan? heheheh. Moralnya, kita harus bangkit apabila kita jatuh dipijak oleh orang yang kita sayang. JLo mencuba pelbagai alternatif untuk menyelesaikan kemelut keganasan rumah tangganya. Dia bersabar, dia berbincang, dia lari, dapatkan bantuan, cari nasihat guaman dan akhirnya terpaksa menyerang apabila tiada jalan lain. Mungkin itu adalah jalan terbaik untuk dia di tempat itu, di masa itu, di agama itu dan di masyarakat itu. Yang pasti, kekuatan dan semangat itu datang dari anaknya. Naluri ibu untuk menyelamatkan anaknya, melindungi anak itu dari segala bencana.


Ketahui hak anda sebagai wanita. Know your limits. Sayangilah ibu dan isteri anda....

(semua gambar kredit pakcik google)

2 thoughts..

idafirdausi berkata...

betul tu kak.. kekadang lelaki ni suka anggap diri tu RAJA bila dah bergelar suami... hehehhehe.. ni pendapat je taw.. ^_^

Aziela berkata...

cik Ida : Secara tradisinya, masyarakat kita seolah2 mendidik bahawa lelaki, suami, bapak ialah raja dalam keluarga. Sedangkan Islam tak pernah gariskan begitu kan...