Happy Nurses Day & Happy Birthday

11 comments
Assalamualaikum....

Entry ini, pertamanya ditujukan khas untuk adik kita : Yana. Hari nie adalah hari lahir dia dan secara pakej juga hari ni adalah Nurses Day. Macam tau-tau pulak dia adalah seorang nurse...hehehhehe.

Yana, Happy Birthday. Walaupun pagi2 tadi dah hantar wish, tapi nak juga buat entry kat sini. Semoga hidup sentiasa dilimpahi dengan rahmat dan kebahagiaan. Kebahagiaan itu didatangkan dalam berbagai rupa. Kadangkala dugaan yang kita terima ada bahagian yang tersembunyi. Bersyukurlah, dan tabahlah.

Yana memakai tudung putih di dalam gambar atas tu.

Dan kami juga bertuah kerana Yana sudi menyambung delegasi jururawat dalam keluarga kami. Mak dulu adalah seorang nurse juga, tapi dental nurse. Yana pada mulanya mengambil bidang electrical engineering dan grad dgn cemerlang sehingga dinobatkan sebagai Best Student of the faculty. Tapi rezeki dia sangat susah dalam bidang tu. Mungkin kerana dia seorang wanita. Ada sedikit diskriminasi disitu. Maka beliau mencuba nasib dalam bidang jururawat pula. Alhamdulillah, beliau sekarang ialah seorang Staff Nurse di salah sebuah hospital swasta di Seremban. Semoga dia akan berjaya untuk meneruskan pendakian ilmu dan kerjaya dia di masa akan datang.

Ok, mari kita pergi pada nurses pula....


Nurses yang ada dalam family adalah seperti berikut :


Ok... Yang kedua dari kanan, bertudung hitam adalah Achik. Merupakan seorang nurse di hospital swasta di Seremban. Seterusnya my mak, tudung purple cair tu. Dental nurse kerajaan. Pernah berkhidmat di Banting, Seremban, Kuala Pilah, Bahau dan Port Dickson. Next is Mak Teh bertudung putih dan berseluar. Bermula sebagai jururawat desa dan sekarang berkhidmat di Klinik Kesihatan Pasir Panjang, Port Dickson.
Last but not least is my little sister in law :

Ain is going to be 19 years old next month. Dia sekarang sedang mengikuti kursus kejururawatan di Kolej Jururawat Sg. Buluh, Selangor. Dah masuk semester ke-2 rasanya. Dan dah selamat menjalani latihan praktikal di Hospital Besar Kuala Lumpur bulan lepas. Alhamdulillah, dia sangat seronok dan dapat sesuaikan diri.

Tak ada doktor dalam family, tapi ada ramai nurse.. Oklah kan..?

Dear all nurses in the whole world.... Keep up the good work... We need you!

11 thoughts..

RamRamCute berkata...

Happy Birthday Yana dan Selamat Hari Jururawat kepada Yana & Ain.

Semoga kalian sukses didalam bidang yang diceburi.

Juga kepada ibu-ibu kami yang telah bersara dari bidang kejururawatan...hehehehe

Aziela berkata...

Rahmah : Happy nurses day pada mak awak juga... Mak kita kan sama...hehehehehe

aindzaya berkata...

selamat hari nurse!!!!

Tanpa Nama berkata...

HAPPY NURSES DAY ..

fmily zura pun ramai yg dlm bidng medical .. mama dh pencen , b4 ni sister kt hosp putrajaya, adik ke 2 , doctor kt hosp ganu, adik yg ke 4 nurse kt kpj tawakal

Tanpa Nama berkata...

** salam kenalan dari fazilzurakil

Nora Shahaira berkata...

nurse itu penyeri di hospital..tp kalau nurse itu tidak sepatutnya ia merupakan mimpi ngeri di hospital..pepandai je aku ni.selamat hari nurse ya...

nora ada add nama akak di blog list tp..silap atau tak betul..mcm something wrong some where je..

Aziela berkata...

ain : terima kasih..eh..akak bukan nurse ke? alaaahh...

Aziela berkata...

fazilzura : waa...ini keluarga perubatan nie...ini sudah bagus... Salam perkenalan juga...

Aziela berkata...

Ye ker Nora? Alamak...terharunya...gembira sgt2.. Err..apa problem agaknya tu ekk?

Abu Zafran berkata...

Salam...datang baca entry hehehe

anda dijemput untuk
Segmen " Selamat Hari Guru Cikgu."

Aziela berkata...

t.kasih Chegu Zubir