Review Filem : Kongsi

2 comments
Assalamualaikum.....

Semalam kan, kita beria-ia masuk ke gsc punya web. Konon nak booking tiket untuk filem nie kat Melaka. Entah kenapa, tak ada pula. Dah habis ke tayangan dia kat wayang? Tapi kita tengok certain tempat masih lagi ada. Ke...disebabkan keadaan internet yang sangat tak stabil men'tidakboleh'kan kita download full page ek?

So, geram2, kita pun terus purchase kat Astro First. Ha...5 minit lepas purchase...terus boleh tengok. Hambekkk.... Puas hati dapat tengok dengan keselesaan di rumah sendiri.

So, inilah dia...

Polis2 dalam kongsi. Semua orang tahu Shaheizy Sam pelakon utama. Tak ramai yang tahu tentang pelakon2 yang lain.

Cerita nie padat, kelakar dan memberi pengajaran. Seronoknya cerita nie, sebab tak nampak terlalu bergantung dengan skrip. Walaupun review dari kolumnis newspaper ada yang kata longgar disana sini, tapi kita rasa kelonggaran tu tak menampakkan kepincangan filem secara menyeluruh.

Macam biasa, kita jarang nak cerita sinopsis. Ianya boleh didapati di mana-mana media. Cuma nak share pandangan kita jer. Farid Kamil muncul dalam satu babak jer...tapi memberi kesan. Fizo Omar is excellent dalam cerita nie. pencapaian yang cemerlang. Yana macam biasa memang bagus, cuma martial art skill dia harus ditajamkan lagi. Sebab ada scene dia fight dengan Temulak kat atas bumbung tu nampak sangat dikareografikan dan kurang tangkas.

Yang kita sanjung Farid Kamil, cerita nie adalah satu2nya cerita yang menunjukkan bahawa Polis Malaysia TIDAK BODOH!. Bangga dengan pendekatan yang Farid Kamil berikan. Sebagai manusia biasa, Polis ada kelemahan dan kekuatan. Tapi, melalui filem nie, kita yakin yang polis itu memang boleh diharapkan.

Syabas...!

2 thoughts..

lady-D berkata...

lama tol x lyn filem melayu ni..lgpun cni xde panggung, tgu dvd keluar @ download jelah nt..hehe

Aziela berkata...

d_LA : janji tengok..hehehhehe.. download pun best gak kan...