Movie Review : X-Men First Class

3 comments
Assalamualaikum.....



Actually, dah tengok cerita nie dengan hubby and Adam masa first week ditayangkan. Tengok back to back. Gila marathon movie masa tu. Kan dh cakap..hubby dah naik syok tengok wayang.

Memula, tengok Pirates of The Caribbean 3D. Malas nak review sebab rasanya semua orang dah tengok kan. Adam sangat seronok. Tergelak2..terjerit2 tengok. Nasib bukan dia sorang yang macam tu. Hubby pulak penat kot, halfway tertidur, hujung cerita dia bangun balik..blur2 tengok ada mermaid..hahahaha. Lagipun tengok pakai spek 3D tu sangat x selesa la rasanya. And nothing much different. Tapi kalau Transformers in 3D, mesti best sbb dah tengok iklan 3D dia. Aduuhhh..jauh sungguh merapu.


Habiss jer POTC, org lain slow motion turun tangga nak keluar ikut pintu bawah, tapi we all anak beranak kelam kabut lari menongkah arus mendaki tangga sebab X Men nie kat bilik sebelah. Ngam2 masuk, dapat tengok satu iklan, movie pun mula.

Kita sekeluarga memang suka dengan cerita2 yang berkaitan dengan X-Men nie. Seronok. Now, tengok dia kisah mereka2 nie pula. Cerita about Prof Xavier nie, lepas tu Magneto, and apa tuh pompuan yang kaler biru tu... and a few others. Seronok la. Baruuuu faham kenapa Magneto tu pakai helmet. Sebelum nie tau dah, tapi x berapa sure mechanism dia mcm mana. And barulah kita tau kenapa kadang2 Prof Xavier nie dok dalam satu bilik, pakai helmet lain dan macam searching people.. Seronok tengok speciality setiap mutan nie. Macam mana daripada seorang mutan yang rendah diri, they developed to be confident in themselves and ultimately ada yang terpesong ke haluan kiri.

Tapi bab2 pakaian yang seksi2 sungguh tu memang wujud dengan jelas dan nyata dalam cerita nie. Tu pasal la rated PG-13. Sesungguhnya kita rasa sangat  lega sebab this time Adam pula yang tertidur. Dia dah puas bergelak jerit tengok POTC tu, and malam pun dah lewat...dia pun nyenyak la tidur dengan berselimut bagai.
Walaumacam mana pun, sooner or later, cerita nie tetap akan muncul di kaca tv dan audiencenya pun semakin menyeluruh la kan.

Anyway, kalau ada sesiapa yang nak tau kenapa Charles Xavier lumpuh dan bergerak dengan kerusi roda, di penghujung cerita akan disajikan dengan musababnya. Memang puas hati sangat. Involve emotion yang besar dalam cerita nie. Setiap babak penuh dengan fakta dan ada something yang akan buatkan kita tak nak miss walau satu saat sekalipun.

Hmm...bila lah Malaysia akan producekan cerita yang strong macam nie ekk? Tapi kita yakin dengan industri perfileman Malaysia. Nampak peningkatan dan ada kemajuan.

Kita recommend cerita nie untuk ditonton. Sila tonton.

3 thoughts..

nadzli azlan berkata...

memang best kan kan ?? :)


entry terbaru --> http://afrospexs.blogspot.com/2011/06/autumn.html

kak ina kl berkata...

akak tak minat tgk cerita camni..suka cerita sentimental.

selamat berpindah ke kuantan semuga selesa duk kat sana.

buat takoyaki bila anak dara balik dari jauh..malas nak buat kalau dia tak ada.

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

dah tak sempat nak tgk..nak tunggu transformer pulak..confirm meletop!