Yang berlalu, sedang berlaku dan akan datang...penatnyerr...!!

7 comments
Assalamualaikum.....

Musim cuti sekolah nie kan. Seronoknya bila pergi kerja macam clear jer...x jem pun. Tapi penat la ulang alik kesana sini.

Selasa malam  balik PD. Rabu pagi, pergi opis, angkut Adam sekali. Seharian Adam ikut 'kerja' kat opis. Habis kerja, pergi Alamanda, beli buku untuk Adam. Makan di KR, tapi not a happy moment. Adam order Chicken Macaroni Cheese. Tapi bila sampai, baked potato with bolognese topping. Kita komplen..waitress tu bwk gi tukar. Itupun budak2 kaunter bukan kecoh. Dia(Adam) dah makan ke belum...dah suik ke belum...order apa..naper salah... Budak tu bawak balik.. BAKED POTATO WITH TOPPING MACARONI CHEESE... Gilaa!! Aku diam jer lah..malas nak ckp lagi. Adam pun nampak macaroni cheese, dia baham jer. Tp dia pelik apsal ada potato. Tgh2 makan, kita x puas hati... mintak balik menu. Double check utk diri sendiri. Kita ke yg salah order td? Bila nengok menu..sahhhh mmg dia yg salah. Dh makan..blasah jer la. Adam tgk potato ...dia dh malas nak makan. Kita takut dia lapar. So, tukar..dia makan kita punya..quarter vegie meal set. Masa nak bayar..kita request nak jumpa manager dia. While waiting for the manager...staff yang lain dh berkerumun keypoh nak dengar kita nak komplin apa. Maklumla...customer tgh x ramai masa tu. Bila manager dtg..kita komplin dgn cara berhemah. Manager dia apologise bersungguh2 dan free kan baked potato tu. I hope they learnt a lesson.

Khamis, bawak Adam ke office lagi. Balik kerja, straight balik ke rumah Mak Uda di Kuang, Selangor. Nak ambik nenek yang dah ada kat situ since few days ago. Lepak gossiping sampai tgh malam...terus tidur. Tak larat. Pukul 4.30 pagi tadi dah bangun..ada sms pasal kerja..adoii..pepagi buta dah jawab sms pasal kerja. Terus bangun..siap2 dan gerak dari situ balik KL. Sarapan dengan nenek dan Adam. Balik rumah kat Sg Besi.. masak nasi serba sedikit..make sure lauk semua dah ada, baru pergi kerja. Ini rasa otak tgh melayang2 ngantuk + penat.

Mlm nie, balik Sg Besi, nak amik nenek bawak balik PD. Esok pagi2 nak bangun awal dan bertolak balik Kuantan sebelum Subuh Insyaallah. Maybe berhenti Subuh di Kuala Pilah rasanya. Kalau ikutkan, mlm nie dah boleh gerak balik ke Kuantan dengan Adam, tapi sebab semata2 nak hantar nenek balik PD...terpaksa kita sacrifice. Padahal Makcik yg bawak nenek ke Kuang tu seharusnya hantarlah nenek balik ke PD semula. Tapi kenapalah kita juga yg jadi mangsa. Haishh..malas nak cerita bnyk. Bab2 family nie, kadang2 ckp bnyk, panjang pulak ceritanya. Berkorban jer lah. Walhal hubby x berapa suka bila kita kena buli mcm tu.

Anyway, esok sampai Kuantan pun tak boleh rehat juga. Sebab esok nak pindah rumah. Rumah yg kita sewa sekarang nie, ada masalah sikit...so terpaksa cari rumah lain untuk di sewa. Harap2 yang baru nie, ok lah. Pasal pindah2 nie, Insyaallah next week la kita cerita yer.

So, lunch hour nie, nak ambil kesempatan untuk melelapkan mata dan berehat sikit.

7 thoughts..

RamRamCute berkata...

awak!! saya pulak yang terasa penat ni...huih!! kalau saya sure pengsan..wiken daha tak jalan kemana dah...huhuhu tough sungguh!

Aziela berkata...

Rahmah : weekend lagi banyak program akan datang, wak.. memang penat

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

huhu.kalu awe kak tak tahu la sanggup ke tak jadi macam akak...you are da best kak!

Unknown berkata...

aiyo kak....pengsan atok kalau jalani kehidupan macam akak... +_+

DD berkata...

hoi... aku yg baca pun rasa penat

Tanpa Nama berkata...

widad baca pon rasa penat..rest betul yer kak...

Aziela berkata...

Hawa, Atok, DD and Widad : no other words beside : memangggg penat.