Di Seret Suami Dalam Berbogel...

3 comments
Assalamualaikum.....



Baruuu jer baca news kat blog Lulu pasal kisah nie di sini. Memang geram betul. Semata2 sebab menolak pelawaan suami untuk buka puasa, dia diperlakukan sedemikian rupa? Itu suami ker, haiwan? Haiwan tau puasa ekk? Kalau puasa, kenapa seperti syaitan?

Ok, fine, salah isteri ada juga. Dia engkar arahan suami dia untuk buka bersama. Tapikan, agak2nya kenapa dia tak nak buka dgn hubby, instead of that, dia nak gi buka puasa kat rumah kakak dia pula? Obvious dan jelas kan... Kalaulah suami dia sanggup buat mcm nie atas kesalahan kecil, yang sebelum2 nie entah apa lah lagi agaknya. Entah dah berapa kali di tampar, di maki dan caci, di pukul, disepak terajang agaknya isteri dia tu. Takut barang kali nak duduk makan bersama suami. Atau mungkin cuba mencari perlindungan dari kakaknya.

Kalaulah ada pembaca entry ini di luar sana, kita nak kongsi sedikit apa tindakan wajar yang boleh dilakukan.

Kalau anda SELALU dan SERINGKALI menjadi mangsa penderaan rumah tangga, segera buat laporan di balai polis. Dapatkan laporan perubatan dari doktor terlebih dahulu.

Kemudian, cari perlindungan di rumah saudara mara. Seterusnya, boleh ke pejabat agama berhampiran dan failkan permohonan fasakh, iaitu memohon perceraian daripada suami.

Ingat lagi tak? Setiap pernikahan, suami akan membaca lafaz taklik. Cuba semak semula sijil nikah anda semua. Baca dan fahamkan lafaz taklik itu.
- Kalau isteri ditinggalkan tanpa berita selama 3 tahun....
- Kalau tiada nafkah zahir dan batin selama 6 bulan...
- Kalau isteri disakiti zahir dan batin (psychology)....

Ha..inilah hak kaum wanita. Pergilah tuntut hak anda. Allah dah tetapkan wanita itu bukan untuk ditindas. Isteri bukan hamba abdi suami. Isteri adalah untuk disayangi. Isteri adalah kekuatan dibelakang kejayaan lelaki. Isteri tidak untuk disakiti.

Cuma, pastikan anda semua ada bukti yang anda disakiti. Laporan perubatan, laporan psychology dari kaunselor dan sebagainya.

Geram dengan lelaki BODOH macam nie....

3 thoughts..

Lulu Caldina berkata...

kesian dia kan kak..huhu

RamRamCute berkata...

ish,,teruk betul kalau tak layan sampai jadi macam tu sekali..apalah..kata syaitan dah diikat di bulan puasa..tetapi kalau dah semuanya dirantai tetapi perangai masih jugak macam tu..memang dialah syaitan yang bertopengkan manusia..takde hati dan perasaan. Takde otak.

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

maruah isteri pada suami...dan maruah suami pada isteri...maruah keluarga pada semua...awe tak nak bace sebab nanti awe sakit hati dan geram!