Sup Bebola Ayam Ber'ubi'

3 comments
Assalamualaikum.....

Hahaha...suka2 hati kita jer letak nama kan...hehehehhe. Sup seperti gambar bawah nie jer...

Sup jernih dan sangat sangat sangatlah mudahnya. Dinamakan ber'ubi' nie sebab ada campur ubi kentang dan lobak. Seperti diketahui ramai, lobak pun adalah dari keluarga ubi juga. Kalau anak-anak kecil yang baru nak belajar2 makan nasi tu, memang sesuai la dihidangkan. Dan hidangan nie juga amat berkhasiat. Cuma, kalau ada lagi lobak yang lebih, ada pulak putik jagung dan campurkan dengan sedikit brokoli, mesti kejadiannya lebih menarik di pandang dan lebih berkhasiat di makan. Tapi kita pun masak atas permintaan birthday 'boy' yang besar panjang tu. Dia nak yang ini, kita buat la...
 Ok...jom semak resipi.

Sup Bebola Ayam Ber'Ubi'
Resipi asal : Aziela

Bahan-bahan :
10 biji bebola ayam
5 biji ubi kentang (potong baji/wedges)
3 biji lobak (kerat 1 inci dan belah 2 atau 3)
1 kiub pati ayam
garam secukup rasa
1 sudu kecil lada sulah
3 biji bawang merah (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
4 cawan air

Cara-cara :
- Tumiskan bawang merah dan bawang putih dengan minyak yang sedikit hingga wangi.
- Masukkan ubi kentang dan lobak. Gaulkan seketika.
- Masukkan air dan biarkan mendidih. Kalau suka kuah banyak, boleh lebihkan air.
- Masukkan bebola ayam yang telah dibelah dua.
- Masukkan kiub pati ayam yang telah dihancurkan. Kacau hingga sebati selama 1 minit.
- Perasakan dengan garam dan lada sulah.
- Tutup api dan hidangkan panas.


Ha, amacam. Senang kan? Sonang yang amek. Kalau dapat ikan goreng, ada pula sambal nenek..perghh..memang sepinggan tak cukup tau.

Sesuai untuk ibu yang bekerja dan perlukan hidangan ringkas dan berkhasiat serta adik2 yang teruna dara yang bujang trang tang tang. Sesuai di makan pada bulan puasa nie...

3 thoughts..

RamRamCute berkata...

Erm..sedap sungguh juadah berbuka Pn. Aziela ni .. rasa macam lapar la pulak di pagi Isnin yang lemau ni. huhuhu..... :(

Aziela berkata...

Rahmah : Simple sungguh...heheheh. Tp pagi nie memang rasa lemau sikitlah kan...

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

bulan puasa ni sup2 je tekak terima kak :)