Persiapan Raya Tahun ini

3 comments
Assalamualaikum.....

Tahun nie paling teruk persiapan raya kita. Tak ada langsung!! Ada beberapa punca kenapa kita tak dapat membuat persiapan raya. Weekend nie baru nak cari baju serba sedikit untuk Adam dan hubby kot. Kita just pakai apa yang ada jer. Lagipun x lekat kat rumah.

Isnin sebelum raya, kita masih kerja. Beralah sebab rakan2 lain balik kampung jauh2. Tapi bila tetiba ingat, dah 10 tahun kita kerja TAK PERNAH lagi dapat cuti sebelum raya. Saban tahun, kita la yang menjaga pejabat. Sayunyer rasa hati. Entah, tiba2 rasa sayu. Dan kita berazam, Insyaallah kalau tiada masalah, dan andai kita masih dipinjamkan nyawa, tahun depan kita nak ambik cuti sebelum raya dan selepas raya lama2 sikit. Nak prepare betul2 untuk hari raya. Nak kemas rumah, nak langsir baru, nak baju baru, nak buat biskut raya sendiri dan nak jemput tetamu sendiri.

Tahun nie memang kita tak dapat beraya di rumah sendiri. Mungkin balik rumah untuk tidur dan tukar baju saja. Malam raya dah tentu sibuk gosok baju dan basuh kain baju. Pagi raya ada di rumah Mommy, ibu mertuaku dan bantu mommy layan tetamu. Kebanyakannya family mommy yang non-Muslim. Penuh dan meriah. Tapi sangat penat.

Petang akan cuba curi masa untuk cabut balik PD pulak. Beraya dengan mak ayah kita dan cuba ziarah rumah pakcik makcik sedapat yang boleh. Malam tu tidur di PD.

Esok pagi, terus ke Beranang, KL, Rantau, Kuala Pilah dan sebagainya untuk sedara mara jauh yang hanya boleh jumpa di Hari Raya.

Raya ke-3, bergerak balik ke Kuantan sebab esoknya hubby kena kerja. Uwaaa....

Macam tak beraya jer kita kan...

Tapi tetap bersyukur, sebab masih dikurniakan rezeki yang mewah. Semoga kita semua beroleh kebahagiaan dan kegembiraan di Hari Raya tahun ini walaupun tanpa bantuan sokongan material.

3 thoughts..

Ce'gu JAERA berkata...

betul tu.. apa2 hal yang berlaku, kita tetap bersyukur atas segalanya.. semoga kita semua mendapat kebahagiaan d hari kemenangan 1 syawal nanti...

NzA berkata...

alahai sedihnya......nnti next year apply cuti awal2 ye.
Selamat hari raya dik....

Mama Amirul berkata...

Tak pe Ziela, Ain pun tak beria sangat nak beraya. Raya ketiga dah lik Temerloh sebab Cik Somi nak buka kedai raya keempat.