Ingat tak lagi kejadian kemalangan yang menggemparkan negara pada tahun lepas di Lebuhraya PLUS arah Selatan berhampiran dengan tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka?
Masa tu hubby masih bekerja di Melaka. Dan kita pun ulang alik bekerja dari Melaka-KL-Melaka. Kejadian berlaku pada hari Ahad, di mana kita tak lalu kawasan tu. Cuma hari Isnin pagi esoknya tu, jalan raya dah bersih, tinggal sedikit serpihan kemalangan di tepi jalan raya.
Walaubagaimanapun, mungkin seminggu selepas kemalangan tu berlaku, kita macam biasa nak pulang ke Melaka lepas balik kerja di KL. Ketika kita menghampiri tempat kejadian, waktu dah berensot memasuki Maghrib (senja). Cahaya matahari dah hampir tenggelam masa tu. Dan juga, keadaan jalan raya agak basah kerana hujan renyai2 masa tu.
Tetapi, masa sampai di kawasan tu, tiba2 kita rasa lain macam seram. Dan terus dengan sekali pandang kita nampak seorang kanak2 lelaki (dalam lingkungan umur 6-8 tahun) sedang berdiri di luar tingkap kereta kita di sebelah kiri sambil memandang kita dengan tajam melalui cermin kereta itu. Kanak2 itu tidak berbaju dan hanya berseluar. Tak taulah seluar pendek atau panjang sebab nampak setakat bawah sedikit dari pinggang.
Dari ekor mata kita, kita nampak agak lama juga dia merenung kita. Tapi kita buat x nampak sambil teruskan pemanduan. Baca ayat kursi dan al-fatihah tanpa henti masa tu.
Kereta kita sedang bergerak laju, kira2 120km/j (yer...laju..sebab nak cepat sampai rumah) dan kita berada di lorong laju yang paling kanan. Maknanya 'kanak2' itu sedang TERAPUNG di luar tingkap kereta kita. Apabila kita mula menghampiri kawasan exit, barulah dia lenyap.
Subhanallah. Kita tak pasti sama ada dia salah seorang mangsa atau tidak, tapi sepanjang bertahun2 lamanya melalui kawasan itu tak kira siang malam ataupun tgh malam dan awal pagi, memang tak pernah lagi diganggu.
Namun, kehadiran dia masih lagi menjadi misteri...
10 thoughts..
fuh! serious seram!
akak kena kuat...sbb travel sorang2!
Akak! Nak lagi cerita hantu! cerita seram kt blog sini best! best best!
Azham : best ke..? hehehheehe
meremang bulu roma!
meremang bulu romaaa..
ya Allah seramnya...ataukah mungkin `budak itu` yang mnyebabakan pemandu lain panik dan membawa kemalangan??
omaigot...seramnya...tapi atok penah terdengar cite, kalau benda tu muncul sebelah kiri kereta, dia cuma nak lalu je...klu belah kanan, dia nak ikut kita....wallah hu alam...
mak aihh. seramnya. nasib baik xberlaku ape ape. fuhh!
Mrs Eady, Rai & nabila faryzza : memang seram yg sangat masa tu
Ibu Qiqi : mungkin ada kemungkinan juga kot
Suhami : ye ker tok..? Alamakkk....
Catat Ulasan