Assalamualaikum.....


Gambar2 yang kita dapat dari google di atas adalah antara sedutan dan babak yang terdapat dalam filem Adnan Sempit 2.

Kita menontonnya di GSC Alamanda, tempat favourite kita dengan Adam. Alamanda baru bukak pukul 10, kita dah tercongok kat situ. Apa taknya, pukul 7.00 pagi dah sampai ke KLIA, hantar hubby outstaion. Mana lagi dia pergi.. 'balik kg' la...heheheheh. Pegi China lagi. Every month mesti ada trip ke sana. Jelesss tawww... Anyway, lepas hubby masuk jer, kol 9.00 pagi, kita dgn Adam terus merempit ke Alamanda. Memang dah teringat2 nak tengok citer nie. Sekali pergi ke GSC, kaunter pun x bukak lagi..hahahahhaha. Kaunter buka kol 11.00 pagi rupanya. So, terpaksalah merayap dulu.

Kami tengok show paling awal, pukul 11.10 pagi. Beli tiket, ngam2 kol 11.08. Tapi duduk jer dalam cinema, 11.10 baru screen nak menyala. Orang memang x ramai. Maybe tak sampai separuh pun panggung. Kita rasa sebab pagi sangat, dan awal lagi. Maybe ramai yang tak sure berbaloi ke tidak nak tengok kat cinema kan...

Well...percayalah pada kita. MEMANG BERBALOI!!

Kalau tengok kat Astro First, atau cd, belom tentu lagi akan semenarik di pawagam. Feel dan focus memang lain tau....

Awal2 filem lagi, Adam dah mengilai2 gelak. Siap terlorot2 dari kerusi dia bergelak ketawa tak hengat. Yang orang besar dan dewasa macam mamanya nie, semuanya gelak bila part Adnan kuarkan 'skipping London' dia tu.... Tak boleh nak repeat la, sebab tengok pun sekali jer. Lagipun banyak sangat yang kelakar. Setiap sebutan English dia, memang pecah perut la gelak....

Oh, paling sempoiii... siap berlumba kejar mengejar dalam pasar borong. Ya Allah.... kelakar sangat masa diorang nak tunggu tangga pasar borong. Boleh imagine tak, punyalah hebat adegan kejar mengejar bak Gerak Khas tu, bila nak turun dari pasar, kena angkut motor turun tangga. Memula Along turun dulu, Adnan tolong angkat belakang motor. Dah selamat motor Along, Adnan sound Along plak, soh tolong bawak turun motor dia... Dah selamat 2-2 motor turun, sambung kejar mengejar lagi. Hahahahhahaha.....

Keluar pasar borong, masuk shopping complex plak. 2-2 angkut motor naik tingkat atas melalui eskalator. Tengah hot kejar, bila naik eskalator dengan motor, cool jer muka menmasing... Kat tingkat atas, sambunggg lagi kejar...tawaf kat tingkat tu. Bila nak keluar dari shopping complex, turun tangga, motor sampai tergolek2. Siaplaa semua pengunjung shopping complex (a.k.a. pelakon tambahan), bagi kata semangat soh Adnan kejar member dia. Tolong tegakkan motor, tolong betulkan cermin sisi, dan tolong Adnan 'bersiap'. Hahahahhahaha.....

Itu semua belum part yang si Syuk kumpulan Balas Raja Lawak tu berlakon lagi. Bagus betullah. Rasanya ini filem pertama dia, tapi dah bagus dah lakonan dia. Memang selamber badak. Bab2 tak pakai baju pun, dia lakonkan dengan selamba. Naik geli geleman nengoknyer...

Oh yer, bab heroin, terbaeeekkk. Yana mcm biasa, mantaappp!! Entah kenapa, meruntun hati betul bila nengok bab dia nangis. Boleh dalam mood bergelak ketawa tak hengat, terusik hati dengan bab dia nangis tu. Real laahhh....

Intan Ladyana, kualiti lakonan semakin mantap. Semakin natural. Far much more better dari Adnan Sempit. Tahniah...!

Ending dia..? Lagiiiiii lawak... Hahahahhahaha. Betul lah kata David Teo : Saya passsti, anndaa semua tak akan kering gusi menonton flem ini...

So, pergilah tonton. Berbaloi.....
Read More
Assalamualaikum.....

Baru-baru ini, kita ada berkongsi tentang 'keluhan perasaan' pada salah seorang teman sekerja. Bukanlah menyesali, cuma sekadar berkongsi cerita.

Baru-baru ini, terasa sangat berat beban yang tertanggung di bahu kita. Segala urusan keluarga, semuanya nak tunggu kita. Dahlah anak dan hubby, dah tentu kita akan uruskan sedaya mungkin, walaupun kami tinggal berjauhan. Walaupun hari kerja, tapi kalau perlu kehadiran kita, kita tetap akan travel dan memandu asalkan mereka berlapang hati.

Kemudian, ibu bapa kita sendiri, adik-adik kita, nenek kita, pakcik makcik, sepupu2, selalu saja tunggu kita untuk apa2 masalah. Bayangkanlah, urusan peribadi kerja, persekolahan mereka dan bermacam lagi, nak tunggu kita juga. Mungkin sebab kita anak sulung dan cucu sulung dalam keluarga yang besar. Taklah semua 100%, namun kita tak pernah dapat rehat dari urusan keluarga nie. Setiap hari, pasti ada sms dari sepupulah, adik beradiklah, atau cal dari pakcik ke, makcik2 ke...mengajukan bermacam2 soalan dan permohonan bantuan kepada kita. Nak tulis surat kepada guru besar sekolah anak masing2 pun, nak minta kita tolong buat jugak ke...?

Itu belumlah lagi keluarga in-law. Hal persekolahan anak buah kita, kita juga yang kena kobek begnya setiap minggu. Nak tulis surat permohonan apa-apa pun, nak tunggu kita juga.

Tapi, itulah, selagi terdaya dan boleh, kita bantu. Tapi lately nie, kita dah mula bersuara, agak2 kalau dah berkerjaya profesional tu, takkanlah urusan surat menyurat pun nak harap kakak/kakak ipar nie juga kan...?

So, bila kita kongsikan kisah ini, sekadar untuk meringankan yang terbuku di hati, kita di berikan pula kata-kata ini : "Itulah masalahnya kalau tunjuk pandai..."

Terdiam... kelu....

Kita tunjuk pandai???

Kenapa nak tunjuk pandai? Dapat apa?

Demi Allah, segala bantuan kita adalah ikhlas untuk semua... Tapi biarlah berpada. Semakin diam kita dan semakin menurut untuk mebantu, semakin 'manja' pula semua yang ada. Walaupun bantuan yang dipohon tu, tak pernah langsung kita buat, tak tahu menahu langsung kita dengan prosedurnya, tapi dek kerana janji pada diri sendiri untuk menolong apa yang boleh, kita tanyakan sana sini, surfing sana sini, untuk cuba juga menyelesaikan....

Tapi kalau bantuan kita di salah anggap sebagai 'menunjuk pandai', maka wajarkah kita berhati kering dan menolak untuk membantu selepas ini?

Apa pendapat anda?
Read More
Assalamualaikum.....

Senario :

Shaheizy Sam dan Aaron Aziz kelihatan berlumba untuk menyelesaikan suatu persengketaan oleh kerana merebut kasih dan hak seorang wanita yang tidak dikenali. Walaupun secara dasarnya hati wanita itu lebih kepada Shaheizy Sam, namun Aaron Aziz tetap berusaha untuk berjuang demi keikhlasannya.

Wanita itu tidak dikenali dan tidak pernah muncul di khalayak umum. Tak tahu di mana asal usulnya....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
...
....
.....

Yang muncul di dalam mimpi kita malam tadi. Puas nak ingat siapakah watak heroin tu. Oppss..sorry, bukan kita, walaupun itu adalah mimpi kita... huwaaaa!!! Kita sekadar penonton di luar bulatan cerita.

Mungkin mimpi tu berpunca daripada siang harinya yang mana kita ke MPH Alamanda dan nampak sebegitu banyak novel Ombak Rindu atas rak, bersambung pula menonton Adnan Sempit 2 di GSC Alamanda, dan kemudiannya malam sebelum tidur menonton Mask of Zorro dimana Antonio Banderas berlatih pedang di dalam bulatan...

Ok..mystery solved..!!


Read More
Assalamualaikum.....

Zaman sekarang nie, sangat banyak institusi pengajian tinggi yang menghantar pelajar2nya untuk membuat latihan amali atau praktikal di syarikat2 swasta, mahupun pejabat2 kerajaan. Ianya bertujuan untuk mendedahkan pelajar2 dengan persekitaran pekerjaan agar mereka bersiap sedia menghadapi alam pekerjaan dengan yakin.

Tak terkecuali syarikat kita. Memang ada mengambil pelajar2 praktikal. Semestinya ada bajet yang tertentu dan ada kuota yang tertentu.

Malangnya, proses untuk pengambilan pelajar praktikal di syarikat kita nie, dikendalikan oleh jabatan kita dan kita adalah kakitangan yang bertanggungjawab dalam urusan ini, disamping rakan sejawat kita, Sdri Akma.

Mungkin agak memeranjatkan kerana prosedur kami disyarikat ini untuk pengambilan pelajar praktikal adalah agak complicated. Yer, kitalah orangnya yang gatal2 mewujudkan prosedur2 ni. Prosedur yang ada agak banyak dan agak melecehkan. Ianya secara tak langsung, menambahkan beban jabatan kita.

TAPIIIII......

Ada alasannya. Kita buat begitu, agar matlamat syarikat tercapai dalam urusan menyediakan pengalaman pekerjaan kepada pelajar2, dan juga membantu pelajar, institusi masing2 dan juga objektif pendidikan negara secara keseluruhannya.

Antara prosedurnya adalah seperti berikut :

1.) PERMOHONAN
Pertama, kita memerlukan permohonan dari pelajar terbabit. Tolongggglah, tulislah surat rasmi kepada syarikat2. Ada yang sekadar hantar e-mail sebaris ayat : " Ada sediakan latihan praktikal tak..? "
Ya Allah...kalau dapat e-mail mcm nie, kita terus tak layan dah. Tak ada ADAB! Ingat kami nie, kawan2 mereka di facebook ke? Susah sangat kah kalau nak tulis sepucuk surat rasmi, kenalkan diri, daripada mana, jurusan apa, kursus apa, tempoh dan tarikh latihan serta sebagainya...? Kalaulah sepucuk surat rasmi inipun menjadi kesukaran, layakkah mereka melayari alam pekerjaan? Secara ringkas, apa yang kita perlukan dalam surat permohonan adalah seperti berikut :
a.) Surat permohonan rasmi
b.) Surat rasmi dari jabatan kursus institusi pendidikan masing2.
c.) Resume penuh pemohon
d.) Transkrip peperiksaan lengkap, dari semester 1 hingga yang terkini
e.) Gambar ukuran passport

Kalaupun nak mudah, apa salahnya telefon dan bertanya dengan sopan? Ini...ada panggilan daripada pelajar, "kak..ada buat praktikal x?" Eh..eh...bila masa pulak aku kawen dgn abang ko..? Ha, kan dah ganas jadinya kan..? Apa salahnya call, cakap mcm nie " Selamat pagi Cik/Puan. Saya bernama bla..bla..bla...dari bla..bla..bla.. Saya ingin bertanya, syarikat puan ada tak terima pelajar praktikal?"

Ha..senang banget kan? Confirm dapat layanan yang baik dan tepat.


2.) PROSES
Setelah kami terima permohonan lengkap, ianya akan diproses. Kami akan bincanglah sikit dalam syarikat, mana2 jabatan yang perlukan 'khidmat' pelajar nie. Tak naklah sebarang ambil jer. Pertama, tak nak bazirkan bajet peruntukan syarikat. Ke-dua, tak baiklah nak bazirkan masa pelajar tu untuk perkara2 tak berfaedah. Kita sedia maklum, ada banyak syarikat yang mengambil kesempatan ke atas pelajar2 nie untuk dijadikan 'kuli' di pejabat. Pelajar di suruh buatkan air minuman, disuruh fotostat berbakul2, dan ada juga yang diarahkan bekerja seperti operator pengeluaran! Oh, kami semestinya tidak akan memperlakukan begitu sama sekali.

3.) TEMUDUGA
Setelah dikenal pasti jabatan yang akan dipertanggungjawabkan, pelajar akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga. YESS....TEMUDUGA! Ada yang kata, student jer pun, takkan nak interview..??!! Helloooo.......
Student nie nak masuk syarikat ini untuk apa? Untuk mempelajari kehidupan sebagai seorang pekerja kan? Proses biasa untuk ambilan pekerja, haruslah ada interview kan? So, apa masalahnya? Sebaik sahaja kami menerima permohonan praktikal, secara automatik, status pelajar akan GUGUR! Kami anggap mereka sama taraf seperti pekerja2 mahir yang lain. Jadi, kalau ada yang tak boleh terima hakikat ini, maka mereka tidak layak mendapat tempat di syarikat kami. Ini adalah kerana, kami ingin memberi peluang kepada ramaiii lagi pelajar yang lebih bersedia dan komited. Dalam erti kata lain, kami tak ingin 'curi' peluang orang lain yang lebih layak.
Dalam sesi temuduga, kita akui, kita adalah seorang penemuduga yang agak serius. Ingin kita tekankan kepada pelajar2, bahawa latihan praktikal ini bukanlah lakonan! Ianya adalah kenyataan yang serius. Kami akan nilai perwatakan, pakaian, tutur bicara, kemahiran, critical thinking, problem solving skills dan juga communication skills. Sekiranya tidak melepasi piawaian, maka kami akan tolak permohonan tersebut.

4.) PENERIMAAN
Sekiranya lulus sesi temuduga, maka kami akan memberikan surat penerimaan kepada institusi pendidikan terbabit bersama jumlah elaun bulan serta perincian tarikh dan tempat lapor diri. Oh yer, elaun itu tak banyak. Sekadar untuk cover minum teh petang2, lepas lah. Ada yang tak nak buat praktikal sebab elaun sikit. Terpulang. Sebab apa yang kami tawarkan adalah lebih berharga daripada elaun bulanan.

5.) MENJALANI LATIHAN
Pelajar akan menjalani latihan praktikal seperti pekerja baru yang masuk kerja. Mereka akan diberi peluang mengendalikan sistem2 yang tak pernah mereka pelajari di universiti ataupun kolej2 mereka. Mereka akan berpeluang bersama2 bekerja dengan pekerja2 lain tanpa ada diskriminasi. Kalau jurutera kami harus memanjat bumbung bangunan untuk membetulkan satelite dish, maka pelajar akan turut serta untuk diberi pendedahan. Kalau pekerja kami harus mengendalikan siaran tv dan radio daripada tempat pembuangan undi, maka pelajar akan turut serta. Kalau kami ada perlawanan bola sepak di dalam acara sukan, pelajar2 ini tak mungkin dikecualikan juga.

6.) PENILAIAN
Peringkat terakhir adalah penilaian ke atas pelajar melalui lawatan dari pensyarah2 pelajar. Kami telah tekankan di dalam surat penerimaan di peringkat awal, bahawa pensyarah yang ingin berkunjung haruslah membuat pemberitahuan rasmi kepada pihak syarikat secara bertulis. Sekiranya gagal, institusi pendidikan itu akan kami blacklistkan dari permohonan akan datang kerana tidak mematuhi aturan syarikat. Mengapa perlu strict? Syarikat kami adalah tempat kami cari makan. Rumah 'keluarga' besar kami. Kalau pensyarah nak terjah ikut suka, kami andaikan mereka 'menceroboh' rumah kami. Katanya nak buat kejutan? Tak perlu kejutan kerana ditakuti ianya mengganggu jadual kerja pekerja syarikat. Bersama2 harus tetapkan tarikh yang sesuai.

Dalam lawatan pensyarah, tugas paling mencabar dan terakhir pelajar ialah membuat pembentangan. Satu perjumpaan formal di antara wakil syarikat dan wakil institusi pendidikan akan diaturkan secara formal. Pelajar akan membuat pembentangan secara bergambar, menggunakan power point, menceritakan segala pengetahuan dan pengalaman yang didapati dari syarikat kami. Ini semua berdasarkan komitmen dan kreativiti syarikat. Dan pihak institusi, pelajar serta pihak syarikat bebas memberikan komen, kritik dan sebagainya. Tujuannya hanya satu, iaitu untuk memperbaiki sistem pendidikan negara untuk masa hadapan.

Itulah secara panjang lebar tentang prosedur pengambilan pelajar praktikal di syarikat kami. Setiap syarikat ada cara yang berbeza. Jalan yang terbaik, adalah untuk pelajar bertanyakan secara sopan dan rasmi kepada syarikat yang ingin di pilih apakah prosedur yang harus dilakukan...

Percaya atau tidak, setiap pelajar dan institusi yang kami terima dan mematuhi segala ketetapan di atas, sangat berpuas hati,  sangat impressive dengan syarikat kami. Malahan pensyarah2nya tanpa rasa segan mengakui bahawa apa yang dipelajari oleh pelajarnya sangat berguna kerana diri pensyarah itu sendiri pun tidak pernah berpeluang untuk mendapatkan ilmu2 tersebut. Mereka mengaku bahawa pelajar2nya amat bertuah.

Dan pelajar2 yang komited dalam latihan praktikal mereka dan menjalaninya dengan cemerlang, amat mudah mendapat pekerjaan dalam bidang yang berkaitan, oleh kerana mereka telah mendapat 'latihan intensif' dari kami.


Dan hari ini, kita baruuu saja selesai prosedur interview. Memang 'masak' pelajar tersebut kena ceramah dengan kita. Tak mampu nak jadi profesional bila jawapannya dan lagaknya sangat tidak matang. Ada ke patut, surat permohonannya di tulis oleh kakaknya dengan alasan dia minta bantuan kakaknya kerana tulisan kakaknya lebih cantik. Sedangkan tulisannya dalam borang permohonan yang diisi pagi ini, tak ada lah macam cakar ayam pun. SUBHANALLAHH..... kita mohon sangat agar kita diberi kesabaran yang tinggi. Kalau itupun tak boleh dilakukan sendiri, macam mana lah pelajar nie nak menghadapi alam pekerjaan?

Hmm...kita harap apa yang kita kongsikan disini dapat memberi serba sedikit panduan kepada adik2 yang akan menjalani latihan industri, latihan praktikal dan sebagainya. Juga kepada kakak2 dan abang2 yang mempunyai anak2 yang akan melalui proses ini, harap dapat disampaikan kepada mereka agar mereka bersedia.....

Yang buruk dari kita, segala yang baik adalah dari Allah s.w.t. juga adanya....





Read More
Assalamualaikum.....

Entry kita nie, merujuk kepada berita daripada Cik LULU mengenai kisah wanita yang melacurkan diri untuk mengumpul duit untuk menampung perbelanjaan majlis perkahwinannya.

Jawapannya : Mestilah TAK PERLU kan...?

Tapi persoalannya, mengapa ianya berlaku?

Issue #1:
Yang paling ketara, berdasarkan kepada alasan yang diberikan oleh wanita terbabit, untuk mengumpul belanja kahwin. Kenapalah dia sampai merendahkan diri meniagakan kehormatan diri untuk berkahwin? Adakah kerana kenduri perkahwinan yang gah itu adalah kemestian? Ini membawa kepada permasalahan yang berikut iaitu
- Tradisi masyarakat Melayu di Malaysia yang melangsungkan majlis perkahwinan dengan kemestian perbelanjaan yang tinggi.
- Kejahilan wanita terbabit dalam pendidikan agama.

Semakin lama belanja perkahwinan semakin mahal. Kebanyakan pasangan pengantin baru, terpaksa menanggung hutang selepas majlis kahwin. Mungkin hingga anak mereka bersekolah, itupun kalau mereka tak menambah atau top-up dengan hutang2 lain. Sangat sedikit yang tidak berhutang dan menjalankan majlis dengan kemampuan yang ada. Kita ucapkan syabas! Yang paling menyedihkan, dan ianya pernah berlaku di hadapan mata kita sendiri, ada ibu bapa yang kurang kemampuan, sehingga berhutang dengan ceti haram seperti Along untuk menjalankan majlis perkahwinan anak yang sederhana. Luluh rasa hati melihat pengorbanan pasangan itu demi kasih sayang mereka kepada anak mereka.

Kita rasa, dalam menjalankan urusan majlis perkahwinan ini, biarlah perbelanjaannya ditanggung oleh anak yang berkahwin, sekadarnya kemampuan mereka. Ibu dan bapa diharap agar dapat menyokong dan menguruskan seperti sepatutnya adat setakat kemampuan anak-anak mereka. Tak semestinya jawatan anak itu adalah pegawai lulusan universiti, bermaksud mereka mampu menanggung majlis yang besar. Tak terbukakah mata ibu bapa mereka tentang hakikat imbangan pendapatan dan perbelanjaan di zaman sekarang? Masakan anak yang baru bekerja setahun telah dapat mengumpul simpanan beribu? Tak mustahil, tapi kita pasti dengan penuh kepayahan.

MELAINKAN.......

Anak-anak itu tinggal bersama ibu bapa, tiada tanggungan adik2 yang bersekolah, rumah dan tempat kerja adalah berdekatan dan tidak terdesak untuk memenuhi permintaan ahli keluarga ataupun girlfriends, ataupun diri sendiri untuk barang2 material yang tidak perlu.


Ok, kita pergi ke persoalan seterusnya :

Kurangnya didikan agama. Wanita itu sanggup melacur, seolah2 ianya adalah satu opsyen pekerjaan kepada beliau. Gelap sungguh seketul hatinya hingga sanggup melacurkan diri sendiri. Bila dah tiba ke peringkat RELA melacurkan diri, maka agak susahlah untuk beliau kembali ke pangkal jalan. Tiada jalan pintas, melainkan ianya harus dilakukan perlahan2 dan dengan istiqamah. Allahhh....sayangnya....

Kita tertanya2 di dalam hati. Adakah bakal suaminya tahu tentang usaha wanita ini? Kalau bakal suaminya tak tahu, apakah yang akan berlaku bila dia tahu? Kalau dia memang tahu, adakah dia sanggup memperisterikan wanita itu? Tiadakah nilai2 lelaki budiman dalam dirinya? Layakkah dia menjadi seorang suami kiranya dia membenarkan perbuatan wanita itu...?


Pokok pangkalnya,
- Isu wanita itu sendiri menjalankan 'usaha' ini ;
- Isu bakal suaminya... ;
- Isu ibu bapa dan kaum keluarga pasangan ini yang mahukan majlis gilang gemilang ;
- Isu masyarakat secara keseluruhannya ;

Semuanya bertitik tolak daripada pendidikan agama sendiri.... Jika kita semua merujuk kembali tatacara kehidupan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat, Insyaallah tidak akan wujud isu2 ini semuanya....


Allahu'alam



Nota : Maaf kerana belum dapat berkunjung ke rumah rakan2 sekalian... Kita kesuntukan masa....
Read More
Assalamualaikum.....

Nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada rakan2 yang ingat kat kita. Beberapa hari lepas, kita terima key chain Dubai daripada adik sayang, Azham. Walaupun x pernah berjumpa, tapi akak harap sangat kita semua akan teruskan persahabatan, walaupun sekadar di alam maya. Terima kasih dengan voucher Spa tu ekk.. Bolehlah kalau ada masa nak memanjakan diri. On of the stores tu, dekat sangat2...

Once more, kita terima FM dari sahabat kita, Pn Rahmah. Alahai.... rasa macam di awang2an bila tengok FM dia. Thank you laling.

Tak ada gambar. Maaflah. Pertama, sebab x sempat nak snap pun gambar, dan ke-2, tak minta permission pada yg empunya semua boleh tak kalau nak siarkan gambar di sini.

Jadi kita uplah entry tanpa gambar2. Tak apa ker...?
Read More
Assalamualaikum.....

It has been a heavy and full week for me. I've been literally running around in the office to catch here and there. But I like this. It makes me alive and keep me motivated.

That is why I didn't managed to pour in my thoughts as usual here. But I know you guys are good friends. I noticed my visitors graph didn't change. Alhamdulillah....

I love you all....

I have friends in my reality world. But I dun have much. I have my office friends, I have friends from my uni years. But I am soooo afraid to confessed loudly that they are my best friends. I have fear that it will turn the other way round. It makes me sad and it truely hurts me. Thus, I've never declared them as best friends. I really hope they know they are my best friends.

The history.....

I was in boarding school since my Form 1 until my Form 5. My school only allowed us to go home once a month. Thus, my teenage years was filled with friends. Because of that, I have a few best friends and we did declared oursleves that way. But I do not know, maybe some events make them disappointed with me, or I was hurt with their words or actions and we naturally pulling ourselves away. When one moment after the schooling days, I stopped and look back, trying to search their faces, it was no longer there. I've been searching what went wrong, but I failed.

I have BFF in my primary school. 3 of us, always stick together. And 1 of them moved to other states following her father when we were in Standard 2. That left me and the other 1. We were soo close until we finished the primary school. She went to the local school and I was accepted in the boarding school. But we kept our friendship warm. After form 5, we kept close together again, until one history pull us apart. That painful memories left a deep scar in heart, in my history and affected my family as well. Yeap, it's that big. So, there it goes another best friend.

Then I decided, that the terminalogy of 'best friend' is actually a jinx for me. It cursed my relations. I love my good friends so much and I don't want to lose another best friends. So, I kept my mouth shut from declaring them as my best friend. Once a while, my mouth didn't work well, it will happily chattering them as my best friends, but I will surely felt soo scared that the relation might turn bad anytrime from that moment.

So friend, I am trying to tell you that you are my best friend, but I am so afraid that I will lose you. Just bear in mind that I truely love you all.....
Read More
Assalamualaikum.....

Semalam kita x update blog... Tapi rasa macam lamaa sangat tak update. Tangan nie, gatalll jer nak click blog, nak menaip entry, tapi kerja banyak. Actually hari ni pun banyak kerja lagi. Dah lah pagi nie ada interview. Harap2 candidates tu semua datanglah...sebab position yg kita cari nie, agak kritikal juga...

Anyway, cerita pasal movie lah yer. Sumpahan Kum Kum nie kita beli dari Astri First sekali harung dengan Bujang Terlajak tu. Opppsss, pembetulan. Bukan kita, tapi En Hubby tu. Dia kata nak belanjer family...heheheh. Kita sebenarnya mmg x minat cerita2 hantu nie. Tapi hubby yg nak tengok, so kita tengok celah jari jer lah...mcm biasa.

Ramai yg dah review. Bagi kita, effect keterkejutan tu mmg sangat menjadi. Walaupun sekadar menonton di rumah waktu terang benderang, tapi memang menakutkan juga. Cerita nie dia campur2. Dia tak ikut kronologi. Apa ekk, istilah sastera tu? Dah lupa. 19 tahun tinggalkan dunia sastera dah. Dia macam kejap ada di masa sekarang, kejap dia flashback... So, kena concentrate sikitlah untuk memahami nyer. Oh yer, gambar semua dari google yer...

Kisahnya :

Ada seorang gadis nie, dia ada banyak sangat jerawat kat muka dia. Makin lama makin banyak. Geli jugaklah tgk mekap muka dia banyak jerawat tu... Disebabkan muka dia yg banyak jerawat tu, dia seringgg saja di hina dan di keji oleh kawan di tempat kerja, hatta housemate dia pun selalu nak hina2 dia. Rasanya, peribadi dia nie jenis hati kecik, so dia rasa masalah tu adalah besar yang amat.

Entah mcm mana, dia boleh pula jumpa dengan seorang dukun untuk pakai susuk agar cantik. Dan dia pun mulalah berubat. Masalahnya, tak boleh tengok cermin selama 44 hari kan. (Ini semua orang tahu sbb ada dalam trailer).

 Bila dah cantik, dia pula nak berlagak2 kan. Dia tau dia dah cantik bila kawan2 kerja dia semua dok puji2 dia. Jantan2 (sorry, kasar sket) yg dulu bukan main keji dia, skang bermuka manis sentiasa. Kengkawan pompuan yg lari2 dulu pun, skang dah nak mula bertegur sapa. Ha, yg kat sebelah dia tu, kawan serumah dia lah. Giler kejam lah kawan dia nie kalau bab mengutuk dia... Siap tayang boipren lagi. Bila minah ni dah cantik, boipren housemate dia mula laa nak tunjuk miang plak. Ha, sedap jer kena debuk ngan housemate dia.

Disebabkan terlalu teruja, nak sangat tahu mcm mana rupa dia bila dapat sambutan hangat, dia pun langgar pantang untuk tengok cermin. Oklah, cermin kasi can dia tengok muka dan enjoy kecantikan tu dalam beberapa minit. Cukup time jer...hambik kooooo.....Jadilah mcm gambar kat bawah.

 Dia jumpa balik bomoh dia tu, lakonan Lydiawati. Memang tak ada ubat dah. Kata, perjanjian syaitooonnn... Ha, ubatnya pun, syaitoonn lah juga kan. Dia kena minum darah anak dara sunti seramai 9 orang. Mengamuk2 dukun tu kat dia. Bagi tau syarat pun, mengamuk2 juga. Menyusahkan jer kan. Saper suruh ko jadik dukun syaitonnn.

Demi cantik, gadis nie buat juga. Anyway, nama dia Milah. Bila turun jer dari rumah dukun tu, Milah nampak anak gadis dukun tu baiikk punya landing atas buaian bawah pokok. Milah pun, baiiikkk punya landing.

So, Milah pun follow anak dukun tu. Kebetulan anak sulung dukun tu, si Fezrul Khan nie, nak hantar adik dia balik ke mana entah. And on the way, adik dia perlu ke toilet. Abang dia nie berhentilah kat toilet tepi jalan. Mana punya toiletlah... Tak ada lah kotor macam dalam cerita Karak tu, tapi kalau dah lampu lip lap tu, nak masuk lagi ke? Sunyi2 plak tu. Kalau dah tau x der org, panggillah abang dia teman, soh tunggu depan toilet ke kan... Ini, abang dia lepak dalam kereta. Sedar2, adik dah mati dalam toilet dengan darah penuh satu body.

Bila mak Fezrul, si bomoh tu nak meninggal, dia pun baliklah anak beranak. Fezrul dah kawen, ada anak pompuan dalam umur 10 tahun mcm tu. Nenek dia x pernah benarkan anak dia bawa cucu balik kg. Dia kata dia x suka. Tapi sbb dah nak 'go away', maka Fezrul bawa juga anak dia balik untuk kenal nenek sebelum nenek passed away. Mcm biasa, ada membela kan. Bila nak mati, kenalah buka bumbung.

Lepas kebumi, Fezrul stay kejap rumah mak dia anak beranak. Tapi ada scene, Milah tu dok buai anak Fezrul bawah pokok. Anak Fezrul bergurau mesra. So, bila anak dia dikejutkan dari tidur, anak dia tercari2 Kak Milah dia. Anak dia cakap, dia ada kawan yg cantik. Kak Milah nak ikut balik KL, nak tengok rumah. Yang bapak dia nie ingatkan tu kawan khayalan anak dia. Bolehh saja. Kak Milah nak ikut, oooo boleh! Tapi, satu malam tu, bila balik dari masjid, bolehkan dia ikut lembaga Milah kat celah2 kubur tu. Sampailah dia terjatuh bila tersepak kepala Milah atas tanah, pusing jer kepala jumpa hantu Milah mcm gambar bawah nie.


Hai...saper yg tak gugur jantung masa nie, memangggglah takder perasaan tau.

So, dia nie punyalah berlari pergi rumah Mak Su dia. Mak Su dia pun ceritalah pasal kisah yang di atas tu... Ha, kisah kat atas tu, dah pertengahan cerita. 

Bila Mak Su dia dah cerita, Fezrul kelam kabut soh anak bini dia balik KL dulu. Dia nak selesaikan kat sini. Mak Su dia kata, Milah bersumpah untuk bunuh semua anak dara sunti keturunan bomoh tu sebelum dia mati. Yerrr....Milah dah mati. Tu sebablah dia jadi hantu...hahahahha.

Milah mati sebab bomoh tu tahu Milah yg bunuh anak dia kat toilet tu. So, bomoh tu pulak nak balas dendam. Dia bawak Milah ke kawasan kubur lama dengan cangkul sekali. Dia kata ada cara lain selain dari hisap darah tu. Sampai kat situ, dia dah siap2 tutup mata Milah. Milah sibukk tanya nak buat apa, kat mana. Sekali dia pun hayun cangkul tu kat kepala Milah. Tu yg dengan nafas terakhir, dia bersumpah mcm gitu. Bukan nak mengucap, kan? Dia tanam Milah kat situ.

Sedar x sedar, hantu Milah dah ikut anak dia balik KL. Fezrul turut sampai ke KL. Berperang dengan hantu kat rumah dia, sampai Milah berjaya masuk dalam badan dia. Eisshh...memang real lah tengok Fezrul bawak scene tu.Betul2 macam dah masuk hantu.

Sementara kat kampung, orang kampung dengan polis forensik semua dah selamat kebumikan tulang2 Milah, barulah cerita nie habis sebab Milah pun dah kena tanam dengan proper.

Tapi, walau mcm mana seram pun, perasaan tak puas hati tetap aa. Banyak sangat tak logiknya.

1. Yang masa kita citer pasal adik Fezrul masuk toilet gelap sesorang tu. Takder akai kaa..?
2. Fezrul berlari2 ke rumah Mak Su dia ketakutan. Kelam kabut ketuk pintu. Yang Mak Su dia serba salah nak buka pintu malam2. Takutlah kan. Bila Mak Su tanya siapa, x pulak di jawab anak buah dia. Apsal tak bagi salam? Panggillah Mak Su dia.. Kata takutt.. Takkan ketukk jer bertalu2..? Aishh...x logik betul.
3. Bila rahsia terbongkar, polis semua datang gali lubang tempat mayat Milah di tanam. Malam2 buat forensik datang, terus mandi, terus kapan, terus kebumi malam yang sama. Bukan ker forensik kena bawa balik dulu tulang2 tu semua? Nak pastikan DNA kan?

Ha, kalau tengok, mmg bnyk lagi. Itu 3 contoh jer...

Nota : Tak berbaloi gadai nyawa untuk cantik. Bersyukurlah....


Read More
Assalamualaikum.....

Baruuu jer menonton cerita ni di Astro First. Sebenarnya Adam yg beria2 sangat nak tengok cerita nie. Papa dia tunaikan jer apa yg baby dia nak nie ( baby..??? erk..!!).

Sinopsis dah banyak ada di dunia blog. Anyway, secara ringkasnya, ia adalah kisah 3 orang bujang yang terpikat dengan seorang wanita iaitu Puteri (Fazura). Mereka tinggal di rumah Nabil yang besarrrr dan mewah walaupun mereka tu semuanya nak makan pun tersemput2 jer. Nabil dapat pun diberi peluang tinggal di situ oleh bapanya yg kaya raya, dengan syarat mesti mencari seorang isteri. Kalau gagal, rumah itu akan diserahkan kepada adik Nabil yang akan berkahwin x lama lagi. Bapa Nabil yang dilakonkan oleh Ebby Yus memang garang yang amatnya. Secara tak langsung kawan Nabil lagi 2 orang, Johan dan Saiful pun ikut menumpang disitu. Yer, mereka guna nama sebenar dalam filem nie.

Bila ternampak Puteri, ketiga-tiganya jatuh cinta. Maka, berbagai2 helah dan usaha mereka lakukan untuk menambat hati Puteri yang cantik dan baik hati.


Antara usaha yang dilakukan ialah mengekori Puteri balik kerana ingin tahu lokasi rumah Puteri. Seterusnya, mereka menyamar sebagai wanita untuk mengorek maklumat Puteri. Yg pertama datang ialah Johan, menyamar sebagai wanita Arab. Ada purdah tu tau. Takkanlah dia nak tayang misai tu kan. Kemudian datang pula Saiful Apek jadik wanita India. Alahaiii...cantik betul dia pakai mcm tu, hahahahhaha. Last sekali, barulah datang Nabil dengan baju kebaya, menyamar sebagai agen pencari model.

Namun, usaha itu semuanya tidak berhasil bila mereka di ganggu oleh kelakuan abnormal adik angkat Puteri yang juga kelainan upaya.

Akhirnya, Saiful berjaya menemui bapa Puteri iaitu Mustafa Kamal yang berlakon sebagai orang buta. Memang menjadi...! Tapi x berjaya meminang Puteri sbb kata bapa Puteri, wanita itu mahu mencari seorang lelaki dengan kelainan upaya juga agar dia dapat menabur bakti kepada bakal suaminya seperti mana yang dilakukan oleh ibu Puteri lakonan Susan Menon. Menariknya, ibu bapa Puteri ialah suami isteri sebenar di luar filem.

Maka bermula dari sinilah, Saiful mula mendapat inspirasi dan menyamar sebagai orang buta. Bila diugut oleh Nabil dan Johan, barulah Saiful mendedahkan faktanya. Maka Nabil dan Johan masing2 menjalankan peranan sebagai orang bisu dan pekak pula.

Jalan cerita yang biasa. Tapi kelucuan yang jelas dari pemegang2 watak dalam cerita ini. Paling kita suka, mcm biasalah, Saiful Apek dan Ebby Yus. Sangat natural, sangat yakin dan sangat bersemangat. Nabil dan Johan agak kurang menyengat. Entah kenapa....

Secara keseluruhan, ada banyak nilai murni untuk pengajaran anak2. Tak perlu diungkap, ianya jelas dan mudah difahami. Indirect education kepada anak2 tentang nilai2 murni kehidupan...


Read More
Assalamualaikum.....

Sumber berita penuh daripada Kaki Wayang.

Kita memang suka dengan Whitney Houstan. Especially tak pernah jemu dengan filem lakonan beliau dalam cerita Bodyguard di samping Kevin Costner.

Suara beliau memang unik dan merdu. Sentiasa berjaya menembusi jiwa kalau mendengar nyanyian beliau. Itulah anugerah Allah kepadanya, walaupun beliau bukan seorang muslimah. Namun kehendak Allah juga di tarik kembali segala yang dipinjamKan kepada Whitney. Sebagai peringatan kepada semua bahawa hidup kita di atas muka bumi adalah sebagai hamba Allah swt.

Sedihnya, kematiannya adalah kotor. Bergelumang dengan najis dadah dan najis alkohol.
Read More
Assalamualaikum.....

I was at home on this Saturday which means more quality time with hubby and Adam. Since we didn't have a chance to shop for groceries lately, I made do with whatever that I could rake from the fridge. It ended with a very simple lunch set.

 Vegies, sambal nenek, and fried chicken with spice (ayam goreng berempah). Please excuse the colours.

 The simple vegies saute with garlic. The sweet peas and carrot produces natural sweet sensation and a good balance for the hot of sambal nenek that I served. Nice colour, right?


This fried chicken is not really fabolous. I tried new spice mixture which didn't go well enough. But its still ok. Syukur Alhamdulillah. Thank you Allah for giving us the marvelous rezeki.

So, what did you guys had?
Read More
Assalamualaikum.....


Nama bukan main cantik lagi kan? Cekodok pisang. Dengar jer pun dah membuak2 rasa. Bila tengok gambar.... alahiiii. Putus selera...hahahah!!!

Sebenarnya, lighting x cukup. Maklumlah, pukul 4 pagi masa nie. Awal pagi hari Isnin beberapa minggu yang sudah. Sebagai 'sarapan' sebelum hubby bertolak balik ke Kuantan untuk kerja. Gila kan... Nak masuk kerja pukul 8.00 pagi. Pukul 4.30 pagi baru bertolak dari Melaka.

Pisang ialah pemberian dari emak di Port Dickson. Sebaik hubby selesai bersiap, cekodok pun siap terhidang di iringi secawan nescafe panas. Kita masukkan juga dalam tupperware supaya dia boleh mengunyah sepanjang perjalanan untuk menghalau rasa mengantuk masa memandu. Kita siapkan juga satu tumbler kopi 'o' panas untuk di minum di dalam kereta.

Walaupun rupanya legam dan kematu sini sana, tak bolat2 dan cantik tersusun, namun bila masukkk jer mulut untuk dikunyah, serasa tak nak telan sebab sedapnya rasa pisang yang dijadikan penganan nie...

Resipi cekodok?

Alahai..belum berjaya lagi sukat bahan cekodok. Rasanya anda semua lebih mahir dari kita....

So, apa sarapan anda hari ini...?
Read More
Assalamualaikum.....

We subscrived this movie from Astro First some times ago. Husband likes the movie because it all kungfu actions. I like the movie because of Jet Li. Adam likes it because of the magic elements.

The movie is about the highest monk carried by Jet Li travels all the time with his helper to help the community fight the evils. They have been attacked by various evil during that time. So, the monks take care of the spiritual aspects in that community. At the same time, it shows a group of medicine people (what do we call them eh..?) in the jungle (sort of...) to seek herbal and plants for remedy. One of them is ..well, just read the followings. Easier beacuse I've copied it from Wikipedia...hehehehhe

The film starts with Abott Fahai with his assistant Neng Ren going to the front door to a snow blizzard. The ice harpy appears at the top of the mountains. Neng Ren starts to get her but the Ice Harpy freezes him. Fahai and the Ice Harpy start to talk then they start to fight each other. At the end of the battle, Fahai traps the Ice Harpy with his demon trapper which unfreezes Neng Ren. Fahai asks his assistant to confine her at Lei Feng Pagoda and the two of them go back to the door which disappears when it closes. Later the films moves to Jin Shan temple, a place where monks pray to Amitabha. At Lei Feng Pagoda, Neng Ren goes upstairs to go to the magic circle where demons are trapped in. He tells the demons that if they make real progress in meditation, they well be released then traps the Ice Harpy in the circle. Then the movie now starts with mountains. One mountain has a waterfall and shows a naga slithering around while another one starts slithering with her. The two start enjoying their life and they look at the other mountains. Later, men who are climbing up the mountain to dig for herbs. The two nagas watch them while still looking for herbs. Qingqing, the green naga starts to give Xu Xian a scare which made him fall down the lake and Qingqing starts laughing. Susu assumes human form and saves Xu Xian. Susu kisses Xu Xian which makes a flow of vital essence. Later, Xu Xian wakes up and tells his friends what happened which only made them laugh. Soon, Fahai and Neng Ren found a victim of the bat demons, that they have to catch them tonight. They ride a boat while talking to Xu Xian. Susu starts thinking about the day she kissed Xu Xian. Their animal companions wonder why she's bothered. She explains that she wants to go to the human world just to see Xu Xian.
She goes to meet Xu Xian, Xu Xian falls in love with a snake. Then they make love. Later she is revealed to be a white snake. That probably shocked him because he made love with a snake. In the end, they get separated for eternity.


The 'snakes' are beautiful as they should be. The scenery are breathless. But the actions are not as pack as expected. They played a lot with computerized effects (they called it CGI, isn't it?). Some are flawless, some look so rough.

Oh, my Jet Li is as handsome and as gentleman as he's always is. But careful, they are quite a number of scene which are not suitable for children view. Errr...errr... too sexy... So, close their eyes with your pillows...



Owhh... I love the romance. I cried..as always... huhuhuhu....







Note : Pic are from google.
Read More
Assalamualaikum.....







Nota : Cap (topi) masing2 tertinggal kat rumah daaaa.....
Read More
Assalamualaikum.....


Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada semua yang beragama Hindu dan yang menyambutnya.

Setiap kali Hari Thaipusam, kita pasti teringatkan kenangan lama.

Kita sejak kecil memang tinggal bersama atuk dan nenek di Port Dickson. Kebetulan, kampung kami terletak di laluan utama yang menuju ke Ladang Estet Sua Betong. Maka memang ramailah kawan2 yang berbangsa India masa sekolah2 dulu.

Bila tiba sambutan nie, masyarakat India di estet akan berarak macam gambar di atas melintasi kampung kami menuju ke sebuah kuil di pekan. Setiap kali ada, arwah Atuk mesti bawa kami naik motor hingga ke tepi jalan besar untuk menyaksikan temasya ini. Seronok sebab warna warni dan ada banyak bunyi2an.  Rumah kami kena masuk lorong ke dalammm tu, jadi memang kena pergi lah. Bila dah besar sikit, naik basikal dengan adik untuk tengok perarakan mereka.

Sekarang, dah tak ada. Rasanya di estet tu dah ada beberapa kuil yang besar, jadi mereka tak perlu berarak hingga ke pekan lagi.

U all ada kenangan berkenaan Thaipusam tak...?
Read More
Assalamualaikum.....


Ini adalah menu setibanya di rumah bila baru balik dari bercuti masa CNY baru2 ini.

Badan dah penat. Nak keluar cari food pun x larat rasanya. Selongkar peti ais, tengok ada sedikit fillet ayam dan 2 batang carrot yang kecil. Ingat nak buat sup ayam makan dengan nasi jer. Tapi boring pulak. Baru nak rebus macaroni, aishh, teringat ada nasi impit segera. Terus ambik periuk, rebus sampai berjam2.

Hasilnya memang nasi impit mengembang dengan elok dan lembut sangat.

Kita buat juga sambal kicap cili padi untuk digandingkan, dan goreng sedikit bawang sebagai pelakon tambahan.

Malam tu, kami tiga beranak makan dengan berselera. Sambil2 bersantai dan merehatkan badan, dapat makan nasi impit yang sangat lembut di dalam sup ayam panas, memang menyegarkan.

Selain tu, kita makan juga nasi impit nie dengan serunding daging yang sedap dari Pasar Payang, K. Terengganu. Hmmm..sedaapp....

Apa menu anda hari ini?
Read More
Assalamualaikum.....

Seperti purnama yang mula menampakkan sinar, seperti matahari yang mula memancarkan cahaya, kelahiran Rasulullah terakhir, Nabi Muhammad s.a.w. , memberikan kegemilangan hati kepada seluruh umat Islam di pelusuk alam.

Afdal lah untuk kita sama2 meraikan ulang tahun kelahiran baginda.

Sallallahu Alaihi Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam...
Read More
Assalamualaikum.....

Minggu nie cuti panjang kan?

Pasti ada yang jalan2 ke Melaka. Kalau ke Melaka, bolehlah cuba menu nie, Rojak dan Mee Rebus di Ujung Pasir.

Kebelakangan nie, kedai nie famous yg amat sebab masuk rancangan makan2 di tv beberapa kali. Ada yang berbahasa Malaysia, ada juga dalam English.

Nak cari kedai nie pun x susah. Pergi ke Jalan Ujung Pasir sebelum masuk ke Bandar Hilir, adalah dia dekat2 dengan simpang nak masuk ke Portugis Settlement tu.

Ok, mari kita tengok gambar satu persatu yer....


 Anda kena cari kedai nie. Restoran Ming Huat. Kedai nie, mengamalkan konsep kopitiam sikit. Dia benarkan orang yg berniaga sewa tapak untuk gerai2 kecil dengan menu2 yg berbeza dalam kedai dia. Salah satunya, gerai Mee Rojak nie lah... Air jer yang kita order dengan kedai nie.


 Gerai nie ada di pintu masuk hadapan kedai Ming Huat nie. Macam nie lah gerai dia. Sempoi jer... Menu ada 2 jer. Rojak dan Mee Rebus. Itu sahaja.

 Kami datang dalam pukul 11.00 pagi. Tengoklah mee dan kuih untuk rojak dia. Elok jer tersusun semua. Kecur dah tengok nie.


 Peniaga asal ialah pakcik yang baju belang nie. Dia dah meniaga di sini sejak hubby sekolah rendah lagi. Orang2 Melaka memang dah biasa makan di sini. Pakcik nie besarkan anak2 dia dengan hasil meniaga nie lah.... Tapi sampai dah tua pun dia nak ikut meniaga juga... Dah terbiasa dan seronok agaknya...


 Yang baju kuning tu ialah anak pakcik nie. Anak pakcik nie ialah hubby punya classmate di Sek Ren Agama dulu. Setiap kali kami tiba, mesti riuh rendah suara mereka berdua bertegur sapa. Oh yer, anaknya adalah seorang petugas bank. Tapi bila dia ditukarkan ke cawangan lain untuk kenaikan pangkat, dia ambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai seorang pegawai bank dan sempoi meniaga mee rebus. Bila difikirkan...mesti incomenya lebih lumayan kan...?


 Apa tak lumayannya. Tak menang tangan dia memenuhi order pelanggan. Yang berdiri2 tu semua sedang menunggu order bungkus tu. Bukan 1-2 bungkus tau, tapi sorang sampai 13 bungkus, 7 bungkus, dan mamat baju ijau tu, order 25 bungkus..!!!

Itu x termasuk lagi yang sedang menunggu dalam kedai tu...termasuklah kami... Memang lambat sikit dapat makanannya kalau dah macam nie punya ramai q.

Perut dah lapar. Sementara menunggu mee rebus dan rojak, kita pergi pulak ke stall di bahagian tepi kedai. Stall nie ada nasi lemak dan ketupat. Kita order ketupatnya. Memang sedap dari dulu. Wangi daun kelapa, dengan lembutnya nasi dalam ketupat tu, dan campuran kuah kacang, serunding dan sambal dia memang mantap. Ini pun nak kena ikut turn juga. Ok..tunggu lagi.

 Ini pemandangan dalam kedai. Old style coffee shop. Memang real dan originalnya kedai kopi. Berbagai2 bangsa ada kat sini. Melayu, Cina, India dah memang ada. Ada pulak Portugis, Baba dan Nyonya. Ada juga famili mix, India dan China makan bersama. Ada Portugis dan Baba, ada golongan atasan, ada rakyat biasa. Segala2nya ada. Di satu sudut kedai pula, ada sekumpulan warga emas lelaki yang asyik main dam. Ada atuk Cina, atuk Melayu, atuk Portugis...sama2 berkumpul sampai riuh rendah jadinya bila naik haji. Adamlah yg paling suka menyelit tengok atuk2 nie main dam sementara menunggu makanan tiba.


 Inilah rojaknya. Telur sebiji dalamnya. RM3.00 atau RM3.50, tak ingatlah pula. Tapi rasanya RM3.00 jer. Hubby dengan Adam x makan tauge, so memang pesan tak nak tauge.

Oh yer, ada rojak kuih biasa dan ada juga rojak mee. Tapi pakcik rojak nie, panggil rojak mee tu ialah rojak 'KAWEN'! Hahahahahah. Sebab mee dan kuih2 rojak tu bercampur, itu yg dia katakan kawen tu.... So, kalau order rojak mee, cakaplah nak rojak kawen yer...

 Ini pula mee rebus. Kuahnya of course cair sedikit dari kuah rojak. Harga pun sama saja.
Basically rasa ke2-2 menu nie tak ada yg outstanding sangat. Nak kata sedap sampai angau tu, tidaklah.... Tapi dia more kepada comfort food. Sambil lepak2 dengan family, sambil makan2 rojak. Yang pasti, kuah dia walaupun x sedap giler, tapi memang lain dari yg lain. Tak sedap giler, tapi dia memang sedap dan unik. Oh yer, jgn risau. Tak pedas langsung. Nak pedas, gigitlah cili hijau tu.


Dalam menunggu, ketupat yang kita order pun sampai. Sama jer lewatnya sebab orang ramai sangat. Kita minta sambal kerang sekali. Sepinggan nie kitorang share 3 beranak. Makan punya makan, rasa sedap pulak. Minta lagi satu set, tapi dah habeshhh pulak. Sedap betul kuah kacang campur serunding kelapa campur sambal kerang nie. Adunan semua kuah nie rasa sangat seimbang dan perfect dengan ketupat tu.


Last sekali, mee rebus kita. Yang kat atas tu mee rebus Adam sebab dia tak nak tauge. Yang nie kita punya. Kita suka lah tauge nie... Cili2 hijau Adam, semua dia transferkan dalam pinggan mamanya. Telur tu sebiji belah 2 yer, bukan 2 biji tau. Kita x berapa suka telur rebus nie. Sebab tulah telur nie kita transferkan pula dalam pinggan hubby.

So, ada rasa teringin nak try tak?

Oh yer, kalau pergi, cakap dengan dia, kawan blog isteri Saiful.
Read More
Assalamualaikum.....

Basically entry nie merujuk kepada entry adik tersayang iaitu Azham Vosovic di SINI. Sebelum baca entry kita yang berikutnya, sila baca dulu entry beliau di situ. Yang paling penting ada seorang kanak2 yang super comel di situ dengan berbagai aksi2 yang mencair luluhkan hati anda....

Ini adalah masalah yang telah mengundang perbincangan dari seluruh dunia... Bukan sekadar negara, malah umat dan penduduk dunia keseluruhannya. Kalaulah masalah ini telah menular menjadi masalah dunia.... maka kita rasa penyelesaiannya harus bermula dari akar umbi.

Cara terbaik ialah cara dari Al-Qur'an. Kisah Luqman Hakim mendidik anak2nya. Bagaimana dia berjaya? Katanya dia mendidik anak2nya sejak dia sendiri masih kecil lagi. Maksudnya, dia kawal dirinya agar menjadi muslim sejati maka zat dirinya itulah yang mengalir di badan anaknya, seterusnya praktikal amali kehidupan berlandaskan ajaran Islam.

Jadi, pokok pangkalnya ialah 'aqidah anak2. Kalau anak2 tidak memahami tauhidnya Tuhan (Allah), maka dengan mudah mereka akan hanyut bersama arus deras syaitan dari berbagai sudut. Bagaimana caranya nak kita bawa mereka (dan diri kita juga) ke 'tempat' yang selamat dari aliran ini, tidak mampulah kita nak ceritakan satu persatu dalam satu entry yang ringkas.

Kesimpulannya? Teknologi tetap akan berkembang. Cuma kita harus kuatkan benteng pertahanan aqidah keluarga kita agar dapat menepis 'serangan2' zahir dan batin yang tak mungkin putus2 hadir dalam kehidupan manusia.

Adik Azham,

Sejak akak menuntut lagi, dah berbagai aktiviti sosial dan motivasi akak ceburi, dah merata pelusuk akak pergi untuk bertemu dengan adik2 sekalian. Hatta sehingga ke Rumah Pengasih, iaitu Rumah Pemulihan Swasta (NGO) untuk penagih dadah. Namun, semua masalah sosial ini akan mampu dibendung dengan 3 aspek utama iaitu : Agama, Kasih Sayang dan Disiplin.

Ini hanyalah pendapat kita. Siapa yang hendak betulkan, atau menambah baikkan, kita persilakan dengan hati yang terbuka....

Allahu'alam.
Read More
Assalamualaikum.....

Kita terdetik nak join segmen dari blog Miss Banu nie.
Marka Penang nie tau.... Mcm heroin Hindustan adik nie...

Selalunya kita jadi silent reader jer, tapi bila dia nak buat segmen nie, terdetik pulak untuk join. Apa salahnya meriahkan segmen adik yang sweet nie kan....

Dia nak kita buat kata2 aluan. Selalu join segmen, semua orang tulis sebaris ayat jer. Kita sorang jer yg tulis panjang2. Tak kisahlah....janji pengunjung baru blog nie, akan feel dengan friendliness kita dalam blog. Harap2nya sudilah melekat dengan blog nie yer....

So, selamat datang semua.

Dipersilakan join kepada kawan2 lain dengan klik di SINI.
Read More
Assalamualaikum.....

Baca satu berita yang menarik hari ini. Kita nak sharekan di sini.

Langkawi : An elderly German couple were attacked by machete-wielding robbers in Saturday night, all for a handbag containing RM280.00.

Hubert Heiler, 70 and his wife, Mariah Hease, 66, were slashed on their arms and all five Hease's fingers on her left hand were amost severed while Heiler also sufferred similar injuries on three of his fingers.

Relating their experience, Heiler said he and his wife were taking a stroll along the main road to their hotel in Pantai Tengah after dinner about 11pm when they saw a car parked at a dark stretch.

"They did not say anything, but just started attacking us."

Heiler said he and his wife would have given all their possessions had their assailants asked for them. Instead, the robbers kept assaulting them.

"They took my wife's handbag, but did not even bother taking my wallet."

The couple were helped by a passer-by who saw the couple bleeding profusely on the ground. The passer-by rushed them to the hospital.

Heiler said for the past 18 years, he and his wife had been spending two months every year in Langkawi.

Langkawi police said the suspect, a local youth who is a drug addict, was picked up early on Tuesday morning.

by : Sharanjit Singh

Sangat mengecewakan bila rakyat kita sendiri yang 'menyambut' kehadiran pelancong dengan pengalaman pahit. Ke2-2 orang pelancong nie dah setia melancong ke Langkawi SETIAP TAHUN sejak 18 TAHUN LEPAS. Bukan itu saja, mereka menginap di situ selama 2 bulan setiap tahun.

Sangat mengecewakan dan memalukan.

Kita pasti pasangan pelancong nie tak akan kembali menjejakkan kaki ke bumi Malaysia. Ianya pasti diiringi dengan sebaran maklumat bahawa Malaysia adalah destinasi pelancongan yang berbahaya.

Kita rasa, kerajaan Malaysia harus mengejarkan Public Relations Team mereka dengan segera dan memulihkan keadaan sebelum ianya tersebar buruk di mata dunia....

Jangan bila dah beras dah hancur di mamah bubuk, baru teringat nak masak nasi..

(Ok, perumpamaan ini baru saja direka secara spontan.)
Read More
Assalamualaikum.....

Pic from Google

Dah lama dah tengok cerita nie, tapi belum rasa nak buat review. Nak review pun macam ala2 tak ada 'selera' rasanya. Kita pasti ramai yang dah baca review pasal cerita nie...

Yang pasti, cerita nie MEMANG TAK SESUAI UNTUK SI KECIL! Tak sangka boleh lulus LPF. Tajuk ajer pun x berapa bagus dah kan. Tapi kita tengok sebab kadang2 filem yang di anaktirikan ada value yang tersendiri. Ada nilai seni yang tersendiri. Ada kekuatan yg tersendiri. Tapi cerita nie...aduhhh...

Kalau nak kata kekuatannya adalah pelakon2 mantap, entah dimana silapnya, lakonan mereka semua hambar. Ada tidak pun, anak2 datin agak bagus dalam membawakan watak masing2.

Maria Farida? Kita rasa mutu lakonan dia dalam filem komedi Senario lebih mantap daripada yang ini. Over gediks, over emosi dan over expression.

Aaron Aziz? Aduhhh..kecewa dengan mutu lakonan yang sangat bersahaja. Memang x ada feel langsung. Drama Nora Elena 10x mantap lagi mutu lakonannya.

Skrip dan penceritaan?

Ok..sila bayangkan anda sedang membaca buku siri penyiasatan Hardy Boys, atau 5 Sekawan di perpustakaan sekolah. Even buku2 ini pun boleh persembahkan storyline yang lebih bijak.

Begitulah adanya cerita ini yang sangat simple dan terlalu ringan hinggakan boleh melayang lesap dengan sendirinya walaupun dibaluti dengan adegan2 dan pakaian2 yg menjolok mata.

Oh yer, nama datin ini ialah Datin Ghairiyah. Jadi apa motifnya letak tajuk Datin Ghairah?

Kecewa dengan kewujudan filem ini....
Read More
Assalamualaikum.....

Waduuhhhh...mcm mana boleh terlepas segmen nie..... Kita mesti join punya.... tak mungkin terlepas segmen daru Hasrul Hassan....

Masih sempat. Ada kurang dari 1 jam lagi tarikh tutupnya.... Klik SINI untuk menyertai yer...


  • Nama anda sebagai blogger : Aziela Adam

  • Nama blog anda : My Rainbow

  • Tagline blog anda (jika ada) : Err...sila baca di header.... Panjang sket naaa

  • Ceritakan bila anda mula berblog, mengapa dan kenapa anda berblog. Apakah inspirasi anda untuk berblog? : Bermula secara kurang aktif pada tahun 2008 dan termotivasi dari blog sahabat lama yang tidak berjumpa. Segala perjalanan hidup beliau kita dapat keep track di situ. Menjimatkan masa berbual yang panjang tanpa hilangnya moment2 penting. Kemudia kita sedar bahawa blog bukan sahaja medium untuk mencatat sejarah hidup, tapi juga untuk berkongsi segala ilmu dan pengalaman yang ada....


  • Selamat datang ke blog kita yang sangat naive ini. Kalau anda sukakan ketenangan kehidupan normal, sudilah jadi kawan sepermainan di blog ini....




     
    Read More
    Assalamualaikum.....


    (pic from google)


    Ok...bukan rupiah yer... tapi RINGGIT MALAYSIAA!!!!

    Rasanya 1 negara dah gempar tentang berita nie. Malam tadi tengok dia di berita, kita rasa gembira sangat.

    Pagi ini ada perdebatan pendapat dalam radio Hot fm. Tapi pendapat peribadi, kita sokong tindakan dia untuk terima kontrak tu.

    Kalaulah nak bermain untuk negara, tapi diberikan imbuhan yang sekata, tak ralat. Cuma tak ada sesiapa di Malaysia yang sanggup laburkan duit sebanyak itu untuk industri sukan bola sepak negara. Kalau labur kepada benda lain, contohnya hiburan tu, bukan main laju lagi menderu2. Quantiti juta-jutaan pun bukan sikit kan...

    Semoga keputusan dan apa yang diterima oleh Safee Sali bakal membuka mata rakyat Malaysia sendiri. Seterusnya ia adalah pemangkin untuk memberikan motivasi kepada pemain2 bola sepak tempatan agar terus berusaha dan lebih maju pencapaiannya...
    Read More
    Assalamualaikum.....

    It is wordless. So, enjoy the pictures....





    Read More
    Assalamualaikum.....

    Semalam semua orang yang bekerja di KL mendapat cuti sempena Hari Wilayah.

    Tapi orang KL yang kerja di Selangor, kena kerja seperti biasa....

    Dan entry ini sepatutnya published semalam, tapi entah kenapa tak terpublish walaupun dah schedulekan....

    Rasanya masih belum terlewat....
    Read More
    Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama