Compressor Dah Kongggg?? Tidaakkk....!!!

5 comments
Assalamualaikum.....

Pic from Google


Balik dari kerja, start engine kereta, on air cond dan terasa angin panas jer menderu perlahan. Fine, take time kot nak sejuk. Maklumlah, satu hari berjemur bawah panas terik dengan cuaca yang semakin membahang sekarang, mungkin perlu masa lebih dari biasa sedikit untuk bertukar ke suhu sejuk.

Tapi makin lama makin rasa rimas. Dah macam sauna la pula rasanya. Buka tingkap, feww, angin panas di luar kereta ternyata lebih sejuk. Aduuhhh..sahlah air-cond kereta dah bermasalah. Berdoa sangat2 dalam hati agar bukan compressor yang ada masalah. Harap2nya bocor di hose atau oren nya dah reput jer lah...

Cari workshop, dengan bantuan rakan di telefon, jumpa!

Bila minta mechanic check, mechanic tu belek sana sini dulu. Dia pun pandang kita dengan muka kerek jer. Maklumlah, perempuan sorang, bawak kereta ke workshop yang tak pernah tempuh, dengan baju kurung ala2 kampung gitu, memang kena 'makan'lah dengan workshop kan? Biasanya perempuan memang senang kena ketuk oleh mechanic.

So, kita pun startlah buka bicara pasal engine. Pasal hose, pasal t-hose, pasal thermostate dan a few things dengan dia. Suruh dia check valve patah ke, atau sekadar gas tak mencukupi. Bila buka cerita macam tu, barulah dia nak maniskan muka. Ha, tolong sikit yer, jangan nak ***** ** kita pulak. Kita independent woman okayy... Pasal engine kereta, Insyaallah 40% tak boleh kelentong. Hands on jer tak pernah buat lagi, tau. Kalau tukar tayar pancit pun, memang pernah buat punya.

Dia check, memang ternyata compressor kita dah Innalillahh.... Aduuhhh!!!!!! Dah terbayang2 kepingan RM tumbuh sayap terbang beramai2 dari wallet... huk..huk..huk... Compressor kita tu pula, harganya dah mencecah 4 digit. Kalau re-con pun campur servis dan pasang, 4 digit juga perginya. Dahlah kita baruu jer keluar modal untuk renew insurans, both cars pulak tu....! Hadduiihhh...dugaan betul.

Tapi kalau nak drive dalam cuaca panas sekarang nie, memang agak memeritkan, tapi boleh lagilah bersabar sebab boleh buka tingkap. Cuma yang membimbangkan ialah kalau hujan lebat. Tingkap x boleh buka, so cermin mesti kabur dan menjejaskan pandangan. Merbahayakan nyawa. So, apalah sangat 4 digit yang terbang berbanding nyawa yang terbang kan...?

Yeap, kat atas tu lah rupa bentuk compressor kereta kita. Err, kalau minta hubby arrangekan, boleh tak? Er, bolehlah hubby sayang yer...? (Mesti dia kata : Settlekan sendiri..! Uwaaaa..!! )

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

5 thoughts..

RamRamCute berkata...

adusss...berapalah kena tu awak? memang kalau pakai kereta, maintenance paling utama nak kena konsider huhuhuhu.

Unknown berkata...

adehh..kalau sakit yang major macam ni memang cecah 4 angka.. kami pun baru je bayar insurans keta..lepas tu tayar pulak kena tukar semua..nasib baik ada satu je kereta..kalau ada dua pengsann..

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata...

bab tue mmg parah dh byk benda nk setel tetiba benda yg x jangka jadik khen...melayang RM tue uwaaaa...but x der choice tukar jer la ekkk...pandai akak pasal keta ni ayu ni reti bawa keta ngan boh minyak jer ngeeee

Cik mama berkata...

Memg cam tu laa sepatutnya kan, walau perempuan melayu terakhir sekali punkna tau gak pasal kereta, lagi laa kita yg membawanya kan.. hehehheh

Unknown berkata...

Alamak...baru terpikir nak pakai kereta sendiri tp alamak... maintenance pun banyak juga nak guna RM ni....huhuuhu