Persiapan Hari Raya 2012

6 comments
Assalamualaikum.....

Tahun nie turn kita beraya di Port Dickson. Syukurlah parents kami tidak berjauhan. Parents and kampung kita di PD, hubby pula, sentiasa di Melaka. Tapi tetap ada turn sebab nak bagi adil untuk spend masa dengan family di pagi raya.

Semenjak dah duduk rumah sendiri sejak bertahun2 lamanya, hubby kata kena raya di rumah sendiri. Dan sejak berpindah ke Alor Gajah 3 tahun lepas, memang setiap kali raya kita akan sediakan sendiri juadah raya. At least ada nasi impit, rendang dan kuah kacang di samping kuih raya untuk sesiapa yang bertandang ke rumah kami.

Tapi tahun nie macam tak sempat nak buat persiapan langsung. Setiap weekend pasti ada urusan yang perlu dikejarkan. Hari biasa dah tentu tak ada di Melaka, sebab tu lah bila weekend jer kena uruskan macam2 perkara di Melaka.

Tahun nie, malam raya nanti baru nak gerak ke Port Dickson. Tgh hari raya pertama, baru gerak ke rumah parents hubby pula. Biasanya, bila petang kami balik rumah sendiri, itupun kalau tak ada saudara mara yang sudi nak beraya di rumah kami pula. Kalau ada, kami pulang lebih awal lah sebab nak sediakan hidangan.

Tak tahulah macam mana keadaan raya tahun nie. Kalau sempat beli barang dan ada masa, kita akan masaklah rendang ayam sikit dengan rebus nasi impit. Ikutkan hati, nak buat ketupat macam tahun lepas. Tengoklah dulu macam mana.

Baju raya, syukurlah kami dah tempah awal2. Insyaallah hujung minggu nie dah boleh ambil. Baju2 lain tu, biasa2 jerlah. Kasut raya Adam dah beli. Songkok bapak dan anak pun dah tak perlu beli sebab songkok tahun lepas masih cantik dalam kotak. Adam dan hubby kalau hari biasa, lebih selesa pakai kopiah. Hubby kata mudah nak bawa, dalam poket jer. Adam pula x selesa solat pakai songkok sebab bila sujud, songkok tu terlucut. Kalau beli saiz ngam2, kejap jer dia dah tak boleh guna sebab jadi ketat.

House cleaning pun tak ada apa sangat kot. Setakat kita nak sapu dan mop rumah jer lah. Lagipun rumah jarang ada orang, so tak ada apa sangat yang bersepah. Kalau sempat jer kita nak jadi 'Majlis Perbandaran' sebab banyak sangat 'khazanah' yang tak digunakan lagi merata2 dalam rumah. Tapi everytime nak buang, hubby mesti marah, katanya sayang. Aduhhh..masalahnya space untuk menyimpan, tak ada!

So, bagaimana dengan anda semua...?

6 thoughts..

Izwa Kamaruddin berkata...

Sabtu ahad ni baru nak start kemas umh...pitammm...

Unknown berkata...

erm bizi betul akk eh

Unknown berkata...

kak,
jelesnya kampung dekat2..kampung saya dengan hubby jauh..sorang selatan sorang pantai timur nun. so kena ikut sistem giliran. lepas raya baru balik rumah yg bukan giliran. pasrah je. dah jodoh kan.

saya lagi la kak..baju raya apa pun tak beli lagi..entah bila nak pegi membeli belahnya..

psstt..orang lelaki kebanyakannya sifatnya sama. suka menyimpan kan. ayah saya..husband saya..susah betul kita nak mengemas. semua dia sayang.

Unknown berkata...

lelaki mmg suke mnyimpan..abah sy pun cmtu..padahal benda tu dah xley pakai..nak gak smpan wat tukun..hihi

RamRamCute berkata...

saya tak sempat nak mengemas rumah sendiri pun awak...malas dan tak terdaya ...rumah sendiri tutup tahun ni.. beraya di rumah emak & emak mertua aje...insyaallah dlam pantang baru bukak pada para pengunjung hehehe ... setakat ni pakai mana yg dh ada masa memula pindah hari tu...takde spesel.

Unknown berkata...

Raya tahun ni raya kat umah sendiri untuk tahun ke-enam....parents tak dpt cuti raya so nak buat macam mana? Satu family tak buat baju raya baru, masing2 xda mood nak beraya kot huhu....

P/S: Semoga suami akak cepat sembuh, boeh rehat secukupnya....huhu...