Jelajah Johor : Berakhir di Permata Berharga

5 comments
Assalamualaikum.....


Ha, sampai 3 entry hari nie kan. Nak habiskan cerita Johor nie ha. Kan tadi kita kata nak bawak balik sesuatu yang berharga. Dapat akhirnya. Allah permudahkan, Alhamdulillah.

Pagi, Adam bangun sangat awal. Belum Subuh dia dah duduk tercatuk di kerusi dan meja depan tv. Senyappp jer dia buat homework dia sementara mama dan papa nyer masih berselubung lagi. Kesian dia. Dia memang tak senang hati kalau homework dia tak siap. Kita pun bangun juga. Lepas siap urusan diri, terus duduk dengan dia. Temankan dia buat homework. Sambil bual2, buatkan air panas, bagi dia makan roti sikit untuk alas perut. Kita pun sambil tunggu, sambil baca novel terbaru Acik Lana. Lepas matahari muncul baru kami turun breakfast. Breakfast yang sangat, sangat, sangat ala kadar. Alahai....

Layankan juga Adam di swimming pool kejap. Dapatlah lepas kempunan dia berenang ke sana ke mari. Dia dah semakin cekap berenang. Teringinnn sangat nak bawa dia snorkeling di Pulau Perhentian, tapi hubby tak nak. Blacklist snorkeling katanya. Eh, dah merapu. Lepas Adam swims, baru balik bilik, packing and check-out.

Setelah berkali2 tak dapat pergi dengan berbagai halangan, tiba2 dilorongkan Allah untuk kami ke Pontian. Jauh perjalanan tak terasa sebab excited nak sampai ke situ.

Kemana?


Ke sini....

Tanjung Piai.


Penghujung Selatan Tanah Besar Benua Asia

Tanjung Piai ialah tip point yang paling selatan di Benua Asia. Rasa bangga sebab dah berjaya jejakkan kaki di sini. Ada sesuatu di negara kita yang patut kita banggakan. Bukannya Singapore, bukannya Indonesia, apatah lagi Thailand yang mempunyai lokasi ini. Kita. Malaysia yang ada.

Kami masuk ke Taman Negara Tg Piai ini. Menikmati hutan bakau. Wah, memang bakar kalori betul lah. Lebih kurang 2 kilometer pergi balik. Oh, lupa pula. Tiket masuk ialah RM5.00 seorang. Sangat berbaloi.



Dah berada di dalam

Dah sampai ke tepi laut di selatan benua Asia.

Yes..kami dah jejakkan kami disini.

Ada dataran yang luas

Ada bangku untuk berehat. Penat jogathon.

Ada banyak papan keterangan mengenai spesies binatang dan tumbuhan yang ada di sini.



Akhirnya kami berjaya pulang semula dengan selamat. Perjalanan sangat mudah sebab disediakan pelantar yang selesa. Bukan tu saja, ada banyak pondok2 kayu kalau penat berjalan. Cuma, berhati2 dengan monyet yang ada. Jangan sekali2 bawa makanan dan minuman yang dia boleh nampak. Air mineral jer dia tak kacau. Yang lain, memang selamba jer dia rampas dari anda nanti...

Alhamdulillah, kami dapat permata berharga ini. Pulang ke Melaka dengan hati yang puas. Jelajah Johor yang ringkas, namun kenangan manis untuk kami sekeluarga.

5 thoughts..

NzA berkata...

wah dh smppai tjg piai ye..akak yg dok johor pn xsmpai2 lg ke situ....

Cikrosecute berkata...

seronoknya akak jalan2 makan angin..

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Tahniah kerana dah menjejak kaki ke Tanjung Piai ;-)))

Aziela berkata...

NzA : Memang dah lama teringin nak ke situ, kak..

Che Ros : Lawatan sambil belajar, hehehehe

Sari Yusa : Terima kasih. Dah dapat sijill..hehehehehhe

Unknown berkata...

syoknye jenjalan..dah lama tau deqla x jenjalan cam gini...huhu