Lipatan Hidup : Perkembangan Psikologi Selepas Habis Sekolah

4 comments
Assalamualaikum.....

Apa khabar semua? Hari ni dah Jumaat kan? Esok dah start weekend. Bagi yang berkerja, mesti otak dah ingat weekends jer kan.

Anyway, kita nak sambung sikit dari entry INI.

So, lepas habis sekolah, mak dan ayah kita offer untuk pergi kelas komputer. Masa tu, komputer guna dos system. Belajar DBase, Lotus and Wordstar. Ha, pernah dengar? Kalau x pernah, anda generasi lebih muda dari kitalah tu.

Kebetulan pula, makcik kita offer jawatan guru ganti di sekolah rendah kita dulu. Wah, jadi cikgu pula.... Tak sangka!

Mengajar sesi petang, darjah 2 yang mempunyai 49 orang murid dari berbagai latar belakang dan bangsa.
Pukul 11.30 pagi biasanya dah tunggu bas sebab bas kat kg 1 jam sekali jer. Nak naik bas pukul 12.30, takut lewat sampai sekolah. Bell ring pukul 1.15 rasanya. Pulang biasanya naik bas pukul 7.00 malam. Sampai rumah dah almost pukul 8.00 malam. Solat, mandi, makan kelam kabut, 8.30 dah start kelas komputer di pekan terdekat. Pukul 10.00 malam baru habis. Selalunya ayah minta tolong 'kawan' kita jer yg hantar balik. Dia pun memang senang hati hantar balik every day.

So, daripada situ kita sedikit demi sedikit membina semula keyakinan diri. Berhadapan dengan anak2 murid yang melimpah dengan kasih sayang, berurusan dengan guru2 yang dulu mengajar kita dan kemudian tu jadi rakan sejawat, serta membina pergaulan dengan rakan sebaya memang betul2 memberi manfaat.

Jadi, apabila dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi, sekali lagi kampung kita bergegar sebab kita pecah rekod anak kampung pertama melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Sedih kan? Melayu pada zaman itu masih takut2 nak keluar dari bawah tempurung, especially di kawasan luar bandar.

In fact, the whole family kita semuanya menangis teresak2 kerana terharu dan gembira bila dapat berita kita dapat pencapaian cemerlang dalam SPM. Sekali lagi, selama ini yang paling gah dan pandai pun, hanyalah mencapai pangkat 2 SPM di kampung tu. So, bila mak kata dapat pangkat 1 pun dah cukup, kita terasalah juga sedikit tekanan di situ. Tapi bila agregat SPM tu melayakkan kita duduk antara golongan cemerlang, semua orang tak sangka perempuan kampung nie boleh mendaki ke tahap itu.

Sebab apa?

Sebab, masa dah naik ke tingkatan 5, sekolah kita aim pencapaian SPM 100% pangkat satu. Dan sebab rasa rendah diri yg melampau kita, ianya memberi kesan dalam pencapaian akademik. Setiap peperiksaan dan ujian, pasti nama kita di umumkan di pembesar suara sekolah untuk perjumpaan khas dengan guru besar kerana gagal meraih pangkat 1. Ok, bukan kita sorang lah.. Adalah 20++ orang agaknya.

Lama2, kita rasa bosan sebab asyik jadi glemer jer.

Terus ketepikan sikap rendah diri, buang rasa malu dan belajar sendiri mencari formula terbaik untuk fokus dalam pelajaran.

Alhamdulillah, trial SPM masa tu kita dah terkeluar dari kumpulan itu. Tapi yang buat marahhh sangat sebab nama kita tetap di umumkan untuk perjumpaan itu. Cehh!

Rupa2nya, GB memberi pujian dalam perjumpaan itu dan minta kita kongsi petua dan langkah yang kita ambil untuk ke tahap itu. Astaghfirullah... Kita Husnu Zhon (bersangka buruk) dengan Guru Besar sendiri...

Jadi, pencapaian sebenar SPM adalah kerana kita merentap diri sendiri keluar dari semua sifat negatif itu. Bertepatan dengan dalil Allah, kita sendiri yang boleh merubah diri kita. Bukannya orang lain... Kita sendiri yang harus memotivasikan diri kita sendiri. Bukannya orang lain..

Jadi, bila memulakan kehidupan di matrikulasi, sedikit demi sedikit kita teguhkan yang mana lemah.

Antaranya ialah menyibukkan diri dengan aktiviti2 extra. Nanti kita cerita satu persatu aktiviti yang kita join dan faedahnya yer...






4 thoughts..

Unknown berkata...

bagus share pengalaman pasal ni kak.. ramai org yg hadapi masalah self esteem ni..rendah diri melampau.. rendah diri takpe. tapi kalau sampai kita nampak ability kita kurang dari orang lain..sekat dari perkembangan diri kita..tak bagus..

saya pun join mcm2 kelas sampai skang utk baiki diri :D

NzA berkata...

wah rumah aziela dh brubahlah....sejuk mata memandang...

wah pengalaman yg berharga utk dikongsi nie..ttp zaman tu matrik 2 thn kan.......

Aziela berkata...

@Rai Ourkizuna
Rai, akak belajar the hard way...

Aziela berkata...

@NzA

Tq kak..heheheh. Betul, masa tu matrik 2 tahun.