Malacca's Official Tourist Guide : Untuk Family Jer..

13 comments
Assalamualaikum.....

Tak ada cerita sangat tentang Aidil Adha. Biasalah, di selatan tanah air, sambutan Aidil Adha biasanya hanyalah sekadar lepak2 satu family sambil bergosip. Tak ada ziarah2, melainkan kalau ada buat korban, busylah sikit kot kan...

Sajer lah nak cerita pasal trip siblings kita ke rumah kita sebelum raya hari tu. Diorang pun datang nak relax, so main activity ialah melapangkan fikiran.

Nenek kita pun ada sama. Nenek memang manja dengan kita dan adik beradik berbanding dengan cucu2 lain. Maybe sebab kami yang paling dewasa kot.

Adik2 kita datang Saturday petang and balik ke sarang masing2 on the next daynya. So, first group sampai ialah adik lelaki kita. Dia plan nak bawa family dia mandi manda di Wet Land Ayer Keroh tu and ajak kita and nenek sekali. Masalahnya, hubby tak boleh lasak2 lagi sejak buat Nucleoplasty tu and nenek of course takkan bertahan di bawah terik matahari. Nenek pun dah berumur 85 tahun this year. Syukur Alhamdulillah dia masih boleh berjalan lagi walaupun sesekali dipimpin oleh Adam selaku cicitnya.

So, the best place to go is shopping complex. Hehhehehe. Nenek memang suka shopping and hubby pun sama. And adik kita pun tukar plan ikut sama. Berjemaah lah kami ke JJ Ayer Keroh tu. Saja ke situ sebab tak crowded sangat.

Nenek.....


My bro dengan anak2nya

Adam melayan cousin kesayangannya, Adlina

Kami melayan children di playground/theme park tu jer. Nenek pun dapat duduk dan rehat, hubby pun dapat rehat juga. Adik kita pun amanlah sikit nak shopping2 dengan wife dia.

Lepas habis shopping, kami balik rumah. Rehat dan masak. Masak mee kari jer. Tapi sebab semuanya kenyang lagi, tak nak dinner dulu. Malam tu kami plan nak feeling romantik2. So, lepas solat, terus berkonvoi ke Taman Rempah, Melaka. Parking dan terus beli tiket untuk River Cruise.

Nice. Orang tak ramai sangat. Tak perlu beratur lama dan panjang. Walaupun dah a few times naik River Cruise Melaka nie, tapi everytime naik, mesti rasa sangat excited. Pemandangan di seluruh tebing sungai yang dihias indah memang sangat menakjubkan. Ada juga penerangan dari River Cruise tentang hostorical places di sepanjang tebing sungai in dual language. Tapi, kitalah yang jadi tourist guide tambahan. Explain dekat adik beradik kita jer, but rasa dan perasan juga orang2 keliling tu macam pasang2 telinga juga. Hihihihi.

Kita strongly suggest, naik River Cruise waktu malam. Kalau siang, panas and scenery dia tak sedramatik waktu malam. Waktu malam lebih feel lagi. Seolah2 tenggelam di zaman Belanda, di zaman Hang Tuah. And one more tips, jangan duduk di hadapan bot. Nanti terpercik air sungai yang baunya...errrmmm...'haruuummm'.

Kalau duduk lama lagi, boleh bawa ke tempat lain pula. Tapi, setakat limited time tu tak banyak sangat places boleh pergi.



My 3rd sis, Yana with beloved hubby

Abang Ngah with his family

Adam's happy face

Blurry image of Cawannn Berrpusingggg!


Last sekali, lepas river cruise, kami beramai2 pergi massage pula di Topic Healthcare Centre di Malim. The whole kedai tu kami booking for our own family jer. Ha, baru meriah.... Dah booking manager dia siap2 dah sebab hubby member kedai tu and kami boleh dikatakan regular juga. Bawa parents untuk massage, bawa family, bawa friends. Something nice to relax. Massage pun, ada yang nak full body massage, dan ada yang nak reflexology. Biasanya mak dan mommy suka body massage, tapi yang men nie suka reflexology.

Tiba di rumah, kami yang adults nie sambung gosip2 di meja makan sambil mengunyah2 di tengah malam (owh, sungguh unhealthy..) dengan aman damai sebab children semua dah hanyut.

So, satu hari dapat 3 palces jer untuk cover, walhal Melaka ada banyak sangat places of interest. Next time ok.... Kena spend masa lama sikit lah....

Siapa yang x pernah ke Melaka lagi...?

13 thoughts..

Dr K berkata...

saya dah lama tak ke melaka...teringat zaman kecil2 dulu selalu ke zoo..ke taman mini malaysia..ke padang hilir tu...River Cruise tu mmg saya nak naik...:)

Boleh bagitau tak tempat2 makan best di Melaka( selain ikan bakar umbai tu)..especially nak makan asam pedas :P

Dr K berkata...

Oh ya, berkenaan neucoplasty surgery tu, bagaimana keadaan suami? Kurang tak simptom backpain nya? Saya ada ramai patients yg slipped disc..

Aziela berkata...

Daddy Ziyad : Insyaallah saya akan buat entry khas tentang itu. Sikit2 bolehla kot...

Back pain tetap ada. Nucleoplasty untuk removekan softbones yang dah leaked out dan compressed nerve sampai kaki hubby kebas. Sometimes future, dia kena replace damaged bones tu dengan titanium..

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

dah berpuluh kali ke Melaka tak ternaik2 cruise tu :-(

ummiross berkata...

Salam Aidiladha Aziela..

Waa seronoknya ronda2 Melaka ramai2.Ummi baru je try river cruise tu dalam 2-3 minggu lepas, maklumlah lama bermastautin di Kuching, anak2 nak juga kenal tempat2 menarik disini, dulu duduk jauh terpisah. Lain kali bolehlah kami naik river cruise tu waktu malam pulak.

NzA berkata...

wah best la xtvt dgn family nie..jeles tgk....

bagi akak melaka tmpt yg plg best wpn sering ke sana ttp xpernah jemu2....

Aziela berkata...

Sari Yusa : Nanti naik yer, bawa Yaya...hihihihi

Ummiross : Salam kak Ummi. Owh, naik siang yer? Next time cuba malam pula yer kak..

NzA : Ha, saya tau, akak memang selalu datang..hehehehehe. Melaka best kan kak...

Kekzamanis berkata...

Dah lama tak makan angin kat Melaka..

azieazah berkata...

Saya pernah lalu jer Melaka tu. Menjelajah camtu memang la tak pernah lagi. Ohhh bila la dapat pegi tempat tempat camtu. Best sangat baca!

Aziela berkata...

@Misz Mieza Tak jauh dari KL. Nanti datang holiday yer...

Aziela berkata...

@azieazah Tak jauh dari KL Kak Azie. Weekend pun sempat terjah..Jangan lupa naik River cruise yer..

Unknown berkata...

bukan bebudak je seronok kalau naik river cruise tu kan..mak budak pun teruja sama..hahaha..

Unknown berkata...

hehe...dah lama tak pergi Melaka hehe.....seronok betul akak jalan2 dgn famili hehe....