Jumaat, 17 Ogos 2012

Iftar di Hotel Permaisuri Ayer Keroh : Disaster!

Assalamualaikum.....

Semalam bawa family and parents-in-law berbuka di luar. Mommy tak berapa sihat, so kasi dia break sekejap. Buka di Permaisuri Hotel di MITC, Ayer Keroh Melaka jer. Hubby dah buat reservation dulu.

Mula2 rasa seronok juga sebab ada grill lamb and ada a few stalls. Stalls mee sup, kuih Melayu, murtabak and mee goreng. Then, ada nasi and lauk pauk.

Since kita tiba lewat sebab pecut dari KL ke Melaka, maka orang ramaii beratur di station nasi tu. So, kita ambil mee sup dulu. So did the rest in our group. We thought nanti dah lepas azan baru nak pergi ambil sebab surely orang semua dah ambil. Hubby jer yang managed to squeeze.

Then, after azan Maghrib, makan mee sup 3-4 sudu, teruslah kami menuju ke station nasi.

Rupa2nya lauk pauk semua dah habis!!!!! Tapi orang baruuu jer azan. Takkan dah habis?? Takkan tak top up?? 3-4 kali kita ulang ke station tu tapi until almost 1 hour later memang tak top up. Mengamuk sakan kita sebab buka puasa bayar sama macam orang lain, tapi food x cukup?? Gila ker? Ingat kitorang datang merempat ke makan kat situ sampai food tak cukup??

Kita demand nak jumpa F&B manager dia. Berdolak dalik semua staff dia... After 1 hour kita bertegang urat leher dengan orang sana dan sini, dapat jumpa supervisor jer... Supervisor selamber bagi alasan, kata tak sangka tak cukup food. HELLOOOOOO!!!!!! Ko nak kaut untung atas angin ke? Bukannya guest ambil lauk membumbung pun? Kita tengok bukan main ramai lagi yang tawaf sampai naik haji kat situ sebab tunggu lauk top up. Tapi sampai ke sudah tak ada....

Dia ingat ini katering ke? Buat makan untuk berapa kepala. Kalau ramai, tak cukup, nasiblah... Macam gitu? Ini buffet di hotellll okayyyy!!!

Kita naik angin sebab segannn sangat bawa parents-in-law makan kat situ tapi x ada food. Diorang makan nasi dengan daun (ulam) jer...!!!! Kalau mcm tu, baik bawak makan kat rumah jerr....

Setelah kita bising2 sikit, lauk ayam dan kari kambing yg dah habis, dia gantikan dengan SCRAMBLE EGG!!! Ada lagi, udang halus2 masak sambal tumis cair bair.

Ini masa dah ganti dengan scramble eggs tu. Kiri dan kanan scramble eggs diletakkan tray asam pedas ikan kembong hancurrr.

Nampak tak scramble egg? Nampak tak ikan kembong hancur? Masa nie belum pukul 8.00 malam pun lagi.


Kiri ialah kangkung goreng pasir, tengah ialah kobis goreng dan kanan ialah sambal tumis anak udang.

Kenapa kangkung goreng pasir? Suap jer ke mulut, terus kunyah pasir. Kangkung langsung tak terasa kewujudannya...

Memang sangat sakit hati makan di sini. Rasa macam tak sanggup nak halalkan apa yang kita bayar tu...

Melampauu sangat! Aniaya orang puasa betul.


Antara Detik-detik Terakhir Menjelang Syawal.....

Assalamualaikum.....

Sekiranya masih ada yang membaca blog ini, kita susun sepuluh jari tangan memohon ampun dan maaf kepada semua yang realize kewujudan kita sama ada di alam maya ataupun di alam realiti sekiranya ada tersasar komunikasi, tergelincir tingkah laku.

Kita doakan semoga perjalanan anda semua untuk berhari raya sentiasa di lindungi Allah. Dalam pada bergembira di Hari Raya, janganlah abaikan keselamatan dan budi bahasa kita. Kadang2 bila dah berkumpul ramai2, gurauan boleh terbabas hingga melangkah batasan. Takut ada hati yang terguris, sedar2 dah bermusuh pula.

Kalau ada yang balik kampung, tinggalkan rumah anda dalam keadaan selamat.
- Jangan lupa laporkan ke pihak polis tentang tempoh masa anda tiada di rumah.
- Jangan biarkan lampu belakang rumah atau lampu porch anda terpasang kerana bila siang pun terpasang maka mudahlah perompak mengenal pasti rumah yang tiada tuannya.
- Sesiapa yang rumahnya ada sliding door, kalau boleh carilah sebatang kayu yang panjangnya muat2 untuk sendal setiap keping pintu sliding tu dari dalam. Maknanya kalau ada orang cuba umpil dari luar pun, dia takkan berjaya tolak pintu gelongsor itu terbuka.
- Kalau subscribe newspaper ke, susu ke, atau apa2 yang rutin, jangan lupa inform supplier yang anda perlu hentikannya sementara.
- Kalau ada telefon rumah, tolong perlahankan bunyi deringannya supaya telefon anda tidak dibiarkan berdering berlarutan sehingga memberitahu pencuri bahawa anda tiada di rumah.
- Tutup semua suis elektrik yang tidak digunakan. Bukan setakat tutup, tapi tariklah plag dari switch. Hanya tinggalkan yang betul2 perlu sahaja seperti peti ais dan alarm system.

Itu antara yang kita boleh ingat waktu ini. Selainnya, sesuaikanlah langkah2 keselamatan dengan situasi anda dan rumah anda.

Semoga Hari Raya ini tidak menenggelamkan amal ibadat kita di bulan Ramadhan.

Amiin.

Khamis, 16 Ogos 2012

Makan di KL : Ramadhan Feast at Sri Petaling

Assalamualaikum.....

Hari nie santai2 jer lah yer. Dah nak raya nie, dah tak kecur dah kot kalau tengok food. Maklumlah, aroma rendang dan imej ketupat dah memenuhi ruangan mata kan...

Kita dengan hubby berbuka di Hotel Sri Petaling(HSP) minggu lepas sempena birthday hubby. Lagipun hubby tak berapa sihat sangat, so cari tenpat yang dekat2 jer lah. Faktor yang lain ialah teruja bila hari sebelumnya tu kami menonton TV9 rancangan Safiyya yang memaparkan tentang keistimewaan juadah di HSP nie.

Kita dah buat reservation tengahari tu. Syukurlah masih ada meja kosong. Harganya ialah RM55++ seorang. Kalau booking awal, boleh beli voucher yang berharga RM55 nett. Tapi voucher tu dah habis.

Kami tiba agak awal sebab dekat jer dengan office. Tapi memang kat meja dah siap nama kita diletakkan. Mudah kan...


Pinggan pertama, bukan main penuh lagi. Ha, yang membuatkan penuh tu sebenarnya ialah kupang yang besar tu. Nasi Arab kita ambil satu senduk kecil jer, sekadar nak rasa. Hubby terus terjah kambing panggangnya dulu. Lauk pauk dia memang sedap. Patutlah penuhh jer meja di situ.

Tapi nasi Arab yang diwar2kan tu kita rasa kurengg sikit. Dry. Lebih sedap lagi Nasi Arab Pak Lim di Kuantan atau Nasi Arab Damsyik di Seremban. Kalau nak baca entry dan review kita, sila search jer. Ada kotak search di sebelah kanan blog nie, anda taip jer nasi arab. Akan keluarlah resultnya.

Kambing panggang dia memang beraturrr orang di kaunternya. Memang sedap. Lembutt dan cukup dengan perisanya dan rempahnya. Cuma kita bukanlah peminat tegar daging kambing. So, sekadar rasa sekeping jer. Selebihnya kita beratur untuk ambilkan hubby.


Ha, ini adalah menu istimewa di sini juga. Namanya Mongolian Grill. Sebenarnya ia adalah hirisan berbagai jenis sayuran yang dimasak secara bakar bersama ketulan daging ayam. Adalah disertakan dengan rempahnya. Alahai, senang cerita sayur campur kalau orang Melayu. Kalau Jepun, dipanggil teppanyaki. Tapi sebab rempahnya ada sedikit pengaruh dan di create di Mongolia, itulah dinamakan Mongolian Grill tu. Taste good sebenarnya. Fresh dan sangat healthy.
Ada banyak kuih muih yang disediakan. Dalam banyak2 kuih tu, cekodok jagung nie juga yang direbut oleh pengunjung. Memang sedap betul. Lembutt jer dan terasa manisnya jagung dalam cekodok nie. Chef bawak keluar dari dapur panas2, orang semua dah cekup. Kira letak jer habis, letak jer habis... Owh, yang dalam sudu tu ialah smoke salmon. Erm, nothing to shout about. Yang seketul legam tu ialah kuih kole kacang. Sedapp..lembut dan lemak. Cukup perisanya. Teringat nenek. Nenek yang suka kuih kole kacang nie sebenarnya. Pada hal kalau nak buat tu rasanya tak susah mana pun kan. Vitamin M jer yang banyak.
Lagi desert. Bubur cha-cha yang lemak dan manisnya sedang2 jer. Kadang2 kalau terlalu manis, tak tertelan rasanya kan.. Puding honey dew dan puding mangga yang kita share dengan hubby. Kacang botak tu kita suka. Bila tabur dalam bubur cha-cha tu jadi sedap pula rasanya.
Tunggu waktu berbuka.


Birthday boy yang menyengih dalam kesakitan...hihihihi. Berkerut2 dahi nak menahannya.


Overall, harganya memang berbaloi dengan apa yang dihidangkan. Kami berpuas hatilah juga. Cuma tetaplah lauk pauk kampung tu tak boleh menandingi Restoran Rebung.



Rabu, 15 Ogos 2012

Debaran Makin Terasa.

Assalamualaikum.....

Bukan debaran raya tau. Raya tahun ini tidak memberi apa2 erti rasanya. Hati dan jiwa lebih tertumpu pada kesihatan hubby. Insyaallah lepas raya hubby akan masuk hospital kembali untuk teruskan dengan laser surgery. Namanya Nucleoplasty dan Insyaallah ianya tidak membahayakan.

Kita akan cuba rilekskan minda dengan entry2 santai sebelum raya nie yer.

Terima kasih kepada semua yang sudi mendoakan kesejahteraan hubby kita.

Isnin, 13 Ogos 2012

Novel Review : Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Assalamualaikum.....


Maaf Jika Aku Tak Sempurna atau bahasa pendeknya MJATS adalah hasil penulisan Acik Lana. Beliau adalah salah seorang penulis novel yang mempunyai ramai peminat. Kalau baca novel di blognya, memang meruntun hati. Klik saja nama beliau di atas untuk ke blognya yer.

Sebenarnya buku nie dah lama kita tamat membacanya, cuma nak buat review jer terbuat2. Ada beberapa novel lagi yang sedang menunggu giliran untuk di review. Insyaallah.

MJATS mengisahkan tentang Melina yang terasa dirinya manja terlampau disebabkan dia anak bongsu dan satu2nya anak perempuan bagi pasangan Datuk dan Datin yang kaya. Oleh kerana itu, beliau terbabas dalam kancah pergaulan sosial. Ibu bapanya sudah kehabisan cara untuk membentuk beliau. Dari cara lembut, hinggalah cara kasar. Walaupun begitu, Melina tetap menjaga kesuciannya untuk lelaki yang berhak saja.

Oleh kerana dah tak terkawal lagi, maka bapa Melina terpaksa memohon bantuan rakannya yang mengusahakan kebun sayur di Cameron Highlands. Rakannya mempunyai seorang anak lelaki yang baru tamat pelajaran di luar negeri dan sedang mencari pekerjaan. Sementara tunggu mendapat kerja yang sesuai, Luqman membantu bapanya bercucuk tanam di kebun sayur.

Apabila bapa Melina meminta Luqman membantunya menjadi bodyguard Melina, Luqman sangat berat hati. Iyerlah, takkan serendah itu bapa Melina meletakkan tarafnya padahal dia berkelulusan universiti luar negeri. Tapi, setelah dipujuk, atas dasar persahabatan bapanya dan bapa Melina (dan juga gaji bulanan sebanyak RM10k), Luqman bersetuju juga.

Maka bermulalah episod pergerakan Melina yang dikawal ketat oleh Luqman. Luqman yang mempunyai ciri2 pemuda Melayu terakhir itu, sering 'menyelamatkan' Melina daripada kancah pergaulan sosialnya sehingga menimbulkan rasa benci yang mendalam kepada Luqman dari hati Melina.

Pada suatu malam, tragedi berlaku. Bapa Melina terlibat dalam kemalangan jalan raya yang menyebabkan beliau cedera parah hingga membawa maut. Namun, beliau sempat meninggalkan wasiat bahawa Melina dan Luqman mesti disatukan dalam ikatan perkahwinan. Maka berkahwinlah mereka dalam paksaan.

Dalam melalui alam rumahtangga, Luqman mula jatuh hati pada Melina. Cuma nak melembutkan hati Melina dan 'membentuk' Melina menjadi seorang wanita dengan nilai2 yang murni memberi cabaran besar kepada Luqman.

Akhirnya, mereka berdua menyimpul kasih bersama. Tapi happily ever after tidak wujud dalam realiti. Masih ada lagi gelombang ganas yang perlu direnangi. Apakah kesudahannya?

Antara bahagian yang kita suka :

1.) "Kerja apa pakcik?"
  "Jadi driver dan bodyguard anak pakcik"
Luqman ternganga. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Takkanlah serendah itu Datuk Zakri memandang kedudukannya? Dia bukan kemaruk sangat jasa baik lelaki itu, malah yang meminta pertolongan Datuk Zakri adalah ayahnya. Takkanlah dia yang lulusan luar negara mahu menjawat jawatan driver?

2.) Luqman menyelak veil panjang yang menutup belakang tubuh Melina. Terketar2 jarinya mahu menyematkan jarum di bahagian belakang baju yang terkoyak panjang mengikut aliran zip baju.
(Baju bersanding Melina untuk majlis di Cameron Highland bolehkan rabak kat zip belakangnya. Mak andam dah cabut masa tu.)

3.) Luqman memegang dada. Sumpah, sikit lagi jantungnya mahu melompat keluar. Masih terasa debaran saat matanya dan mata Melina bertaut sebentar tadi.

4.) Melina mengeluh dalam diam. Sikit lagi dia nak meninggal tadi. Kenapalah Luqman ni romantik sangat?

5.) Suara Luqman yang amat dirindui kini bergema memecah kesunyian malam. Dan saat itu Melina sedar yang hatinya jatuh bergolek kepada Luqman buat pertama kalinya ketika lelaki itu menyanyikan lagu untuknya. Dan kini, hatinya tergolek lagi! Melina ketap bibir. Jiwa dan semangatnya melayang pergi dengan suara gemersik Luqman.

Ok..setakat ini saja. Actually the list can go on, tapi nanti x bestlah pula anda nak menerokai isi kisah percintaan ini kan...

So, kalau ada masa, bolehlah baca novel nie. Believe me, ia akan menyemarakkan rasa cinta di hati anda.

Ahad, 12 Ogos 2012

Confirm Tiada Persiapan Raya Tahun Nie....

Assalamualaikum.....


Yeap...tiada persiapan tahun nie sebab hubby tak sihat. Sebenarnya dari Khamis lagi kita dah berkampung di KPJ Kuantan nie untuk menjaga hubby di wad. Too bad, setelah berhari2 sakit pinggang dan akhirnya terpaksa menyerah diri ke hospital. Keputusan MRI semalam mengesahkan ada 2 slip disc di tulang belakangnya. Walau bagaimana pun kami maasih lagi menunggu perbincangan terperinci dengan doktor esok. Harapnya tak severe.

So, ada beberapa entry scheduled. Selainnya kalau sempat kita akan update entry seperti ini, secara langsung dari wad hospital.

Sabtu, 11 Ogos 2012

Sahur Mee Segera?

Assalamualaikum.....

Ada satu hari tu, hubby kita request nak makan mee segera goreng untuk sahur esoknya. Selalunya kita makan nasi, tapi dah hubby teringin, kita buatkan juga lah. Nak makan masa buka, dah banyak menu lain. Tapi dia teringin nak makan. Katanya mee segera goreng kita tu, dia suka. Apa2 jer lah cik abang sayang..


Inilah dia untuk hubby. Tak ada campur apa2 pun. Sekadar pecahkan telur dan masukkan brocoli jer. Dalam pinggan nie, 2 bungkus tau. Orang lelaki, kalau sebungkus tu, terkulat2 jer lah.

Alhamdulillah, hubby puas hati. Senyum meleret dia dapat makan nie.

Jumaat, 10 Ogos 2012

Persiapan Hari Raya 2012

Assalamualaikum.....

Tahun nie turn kita beraya di Port Dickson. Syukurlah parents kami tidak berjauhan. Parents and kampung kita di PD, hubby pula, sentiasa di Melaka. Tapi tetap ada turn sebab nak bagi adil untuk spend masa dengan family di pagi raya.

Semenjak dah duduk rumah sendiri sejak bertahun2 lamanya, hubby kata kena raya di rumah sendiri. Dan sejak berpindah ke Alor Gajah 3 tahun lepas, memang setiap kali raya kita akan sediakan sendiri juadah raya. At least ada nasi impit, rendang dan kuah kacang di samping kuih raya untuk sesiapa yang bertandang ke rumah kami.

Tapi tahun nie macam tak sempat nak buat persiapan langsung. Setiap weekend pasti ada urusan yang perlu dikejarkan. Hari biasa dah tentu tak ada di Melaka, sebab tu lah bila weekend jer kena uruskan macam2 perkara di Melaka.

Tahun nie, malam raya nanti baru nak gerak ke Port Dickson. Tgh hari raya pertama, baru gerak ke rumah parents hubby pula. Biasanya, bila petang kami balik rumah sendiri, itupun kalau tak ada saudara mara yang sudi nak beraya di rumah kami pula. Kalau ada, kami pulang lebih awal lah sebab nak sediakan hidangan.

Tak tahulah macam mana keadaan raya tahun nie. Kalau sempat beli barang dan ada masa, kita akan masaklah rendang ayam sikit dengan rebus nasi impit. Ikutkan hati, nak buat ketupat macam tahun lepas. Tengoklah dulu macam mana.

Baju raya, syukurlah kami dah tempah awal2. Insyaallah hujung minggu nie dah boleh ambil. Baju2 lain tu, biasa2 jerlah. Kasut raya Adam dah beli. Songkok bapak dan anak pun dah tak perlu beli sebab songkok tahun lepas masih cantik dalam kotak. Adam dan hubby kalau hari biasa, lebih selesa pakai kopiah. Hubby kata mudah nak bawa, dalam poket jer. Adam pula x selesa solat pakai songkok sebab bila sujud, songkok tu terlucut. Kalau beli saiz ngam2, kejap jer dia dah tak boleh guna sebab jadi ketat.

House cleaning pun tak ada apa sangat kot. Setakat kita nak sapu dan mop rumah jer lah. Lagipun rumah jarang ada orang, so tak ada apa sangat yang bersepah. Kalau sempat jer kita nak jadi 'Majlis Perbandaran' sebab banyak sangat 'khazanah' yang tak digunakan lagi merata2 dalam rumah. Tapi everytime nak buang, hubby mesti marah, katanya sayang. Aduhhh..masalahnya space untuk menyimpan, tak ada!

So, bagaimana dengan anda semua...?

Khamis, 9 Ogos 2012

Terima kasih Kak Zakiah...

Assalamualaikum.....


Kita terima book mark daripada Kak Zakiah iaitu blog owner 4fn 1mf - family. Kita suka baca cerita kat blog Kak Zakiah yang merupakan seorang guru yang sangat berdedikasi. Sampai sakit2 beliau memberikan komitmen mencurah ilmu kepada anak2 muridnya. Dah tak ramai guru yang ada nilai positif macam nie. Kagum dengan akak.

Terima kasih kak... Saya sukaa sebab saya memang ada banyak buku..

Unique Giveaway by Lulu Caldina

Assalamualaikum.....

Lulu Caldina yang cantik manis tu buat GA. Dah lama betul Lulu low profile. Kita hormati pendirian Lulu. Take your time, dear...

So, kita join GA ni at least untuk menambah kenalan. Nak menang tu memang tak ada lah. Jangankan kata harapan tipis, tiada harapan langsung lagi adalah... Hahahhahaha. Maklumlah...dah tua2 nie, pakailah kamera canggih mcm mana pun, memang x kan jadi cantik juga. Dah model pun ala2 jer kan.

Tapi nak cukupkan syarat, kita letak juga lah sekeping gambar...


Disebabkan Lulu suka kaler Biru ( Go Chelsea..!), kita letak gambar yanga da elemen kaler biru. X-Factor juga nie kan...?

Nak join...?

Pergi SINI yer...

Bermulanya Pencarian Malam Lailatul Qadar

Assalamualaikum.....

Di sana sini lagu raya telah mula berkumandang. Riang sungguh umat Islam kerana Hari Raya bakal menjelang.

Tapi......

Marilah kita memberi sedikit ruang untuk memaksimumkan amal ibadat kita setakat yang termampu dalam sisa2 terakhir Ramadhan ini. Dalam pada gembira nak pasang pelita, apalah salahnya kita sujud di sepertiga malam menyerahkan jiwa dan raga kepada Allah s.w.t.

Janganlah ditunggu Lailatul Qadar. Anggaplah setiap malam ialah Lailatul Qadar. Yang penting, keikhlasan dan keinsafan dari hati kita semua.

Peringatan untuk diri kita sendiri juga.

Allahu'alam..

Rabu, 8 Ogos 2012

WW : Cucu kesayangan...

Assalamualaikum.....


Selasa, 7 Ogos 2012

Special Raya Giveaway: Saya Nak Hadiah Raya Dari Lieya Syaira

Assalamualaikum.....


Kita di tag oleh sahabat baik kita tentang GA nie. Terima kasih sebab sudi ingat kat kita, hehehehehe.

Ok, sesiapa yang nak join, tak perlu tunggu kita tag, join jer kat kat SINI.

Kita gatal2 nak tag :

1. Mira Adzlia

2. Mrs Eady

Menu Sahur Bujang

Assalamualaikum.....

Ok, dah cerita pasal sahur honeymoon last week kan. Now, cerita pasal sahur bujang jer... Eh, tengok gambar dulu lah yer...

Dah namanya pun sahur kan. Simple jer lah. Oh, kita memang kena makan nasi bila sahur sebab ada gastrik. So, kena makan kenyang2 waktu sahur plus ubat-ubatan yang mesti ditelan lepas perut kenyang.

Menunya, ayam goreng seketul, sambal nenek, dengan sup tahu dan carrot.


Sup simple. Ada carrot, tauhu putih sekeping dan campakkan juga sebiji ubi kentang. Rebus dengan bawang dan ikan bilis. Alhamdulillah...

Orang bujang yang lain, sahur apa? Ker, selalunya orang bujang x bangun sahur pun kan..?

Pelik gak, bila bujang, lelaki atau perempuan, jarang bangun sahur. Tapi bila kawen, wajib pula bersahur jadinya. Agaknya kenapa yer...?




Isnin, 6 Ogos 2012

Makan di KL : Ali Tom Yam Keramat

Assalamualaikum.....


Sebenarnya, sejak kita menuntut lagi kita dah kenal kedai nie. Masa tu kedai ni ala2 warung tom yam biasa. Oh yer, lokasinya betul2 di seberang jalan Masjid Keramat. Masa tu room mate kita yang introducekan kedai nie. Makanan dia memang sedap2. Menu tomyam yang rasanya semua ada ummpphh... And kawan kita masa tu introducekan kita menu yang eksotik sikit iaitu Lidah Lembu Goreng. Tapi, kita tak berapa boleh terima, maybe sebab tak biasa. Walaupun kita dah biasa makan organ2 dalaman lembu sebab masyarakat jawa memang wajib ada menu2 macam tu, tapi lidah nie, macam pelik sikit.

Satu malam arie tuh sebelum puasa, adik kita datang KL sebab ada urusan. So, bila dia suruh suggest nak dinner kat mana, pening kita nak decide. Lagipun dah lama x makan luar kat KL nie. Tak ada geng. That's y rasa macam agak ketinggalan zaman. Entah macam mana tiba2 teringat kedai nie. Alhamdulillah, segalanya di mudahkan. Jln lancar, parking pun mudah, betul2 depan kedai dan dapat meja yang selesa serta tak perlu menunggu lama untuk hidangan kami.




Adik kita bersama anak sulungnya.

Adlina Umairah. Kalau kita bawa dia ke mana2, semua orang kata ini anak kita, hihihihi.


Anak 2nd adik kita. Miasara.

Bila kita tanya adik kita nak try lidah tak, rupa2nya adik kita memang teruja nak makan. Dia pernah makan a few times katanya. So, kita order lidah goreng pedas macam kat atas nie. Sama macam daging biasa yang dihiris nipis dan di masak seperti biasa. Teksturnya lembut tapi ada chewy sikit. Bolehlah nak cuba 2-3 keping. Lebih pada tu, tak mampu nak paksa diri dah..hihihihihi.


Antara hidangan. Kailan goreng, lidah goreng, telur dadar untuk kanak2 ribena...
Lidah lagi...


Mix fried. Udang dan sotong goreng tepung.

Siakap stim..

Ha, inilah yang paling special sekali. SOM TAM..

Som Tam nie memang best. Sejak mula bekerja di Jln Tun Razak dulu, kawan opis introducekan menu nie kat kita. Sudahnya, masa mengandung, every day dia terrpaksa bawa kita ke Kg. Baru untuk memburu som tam. Bagi yang x tahu, Som Tam nie adalah kerabu betik muda. Betik muda di racik halus, ditumbuk di dalam lesung kayu bersama hirisan tomato, kacang panjang mentah dan kacang tanah goreng beserta udang kering. Di campur dengan gula gerek iaitu sejenis gula yang likat berwarna coklat dan diperahkan sedikit asam limau.

Pergh, sedapp sangat. Rupa2nya adik ipar kita pun suka. Kami berdua jer yang kerjakan Som Tam nie masa tu. Nantilah, ada masa boleh repeat lagi.


Nak tengok review dari Kak Jee, boleh klik SINI.

Semoga Berbahagia Sayang...

Assalamualaikum.....

Happy Birthday Abang...

Semoga sentiasa dimurahkan rezeki, sentiasa dilimpahi rahmat Allah dan sentiasa berselimut kebahagiaan. Insyaallah...

Semoga kekal berada di atas landasan muslim sejati.

Amiin...



Sabtu, 4 Ogos 2012

Blogger Undangan Majalah Remaja

Assalamualaikum.....

Ahhaaaa..... kita jumpa dah gambar adik blogger nie dalam majalah Remaja....





Nak tahu pengalaman beliau..?

Meh skodeng kat SINI....

Jumaat, 3 Ogos 2012

Sahur Honeymoon

Assalamualaikum.....

Ha, tak pernah dengar kan...?

Honeymoon sebab kita berdua dengan hubby jer. Adam tak ada. Dia sekolah kat kampung.

Bila sahur, memang tak berapa selera nak makan kan... Ini masa awal2 puasa dulu la nie. Hubby tidur KL malam tu. Gigih kita bangun awal menumbuk bawang untuk masak lauk sahur.


 Menu simple untuk sahur tu ialah sambal sardin yang guna cili padi. Tapi sebab puasa kan, so cili tu sikit jer lah. Kasi ada rasa pedas jer. Itu pun hubby dah kata pedas. Kita bagi dia makan sardin nyer saja. Nasib baiklah kita terfikir nak goreng telur mata kerbau nie. Curah kicap. Telur kuning nyer masih ada cair2 sikit. Hubby suka macam tu. Then buat kacang panjang goreng. Tumbuk bawang dan ikan bilis jer untuk rencah dia. Lepas tu ada buah sikit. Gambar kat atas tu lauk sardin dah siap cedok masuk pinggan, baru teringat nak ambik gambar. Hubbylah yang tolong snap nie. Tangan kita dah bersememeh.



Kacang panjang goreng yang kita goreng kering sikit. Nampak macam sampai layu kita goreng kan. Kecut jer kacang panjang tu. Ada kisah sebenarnya. Pernah tonton tak filem Impian pada tahun 1996, yang dilakonkan oleh Amy Mastura dan Azhar Sulaiman?

Dalam filem tu, mengisahkan Amy Mastura menjadi jururawat peribadi untuk Azhar Sulaiman yang sakit. Akhirnya mereka saling jatuh cinta. Lokasi filem kebanyakannya di Cameron Highlands.

Dalam filem tu, ada satu babak yang mana Amy Mastura ikut seorang pakcik penjaja yang dilakonkan oleh Hamid Gurkha balik rumah untuk tumpang bermalam. Pakcik tu sediakan hidangan makan malam. Antara lauknya ialah kacang panjang goreng. Entah macam mana dalam pada dia berbual dengan Amy Mastura nie, sayur kacang dalam kuali tu dah naik hangit.

Masalahnya, cara Amy Mastura makan kacang panjang goreng yang hampir hangus tu nampak macam berselera sangat-sangat. So, pengaruh dari babak tu, kita pun mulalah cuba goreng kacang panjang sampai kering dan kecut. Sedapp rupanya. Kira macam kena lah dengan selera tekak kita. Biasanya kalau sorang diri di KL, kita masaklah macam nie. Kalau untuk family, kita masak macam biasa. Basah-basah sikit, ada kuah sikit.

Tapi surprisingly, hubby pun suka juga bila kita masak macam nie. Siap puji lagi kata "Pandainyaa mama masak. Sayur kacang goreng tu sodapp..".



Orang lain, desert masa buka kan... tapi untuk sahur pun kita hidangkan buah juga. Maklumlah, hidangan untuk hubby yang jarang2 ada peluang untuk kita sediakan hidangannya. Itupun potong-potong, terus longgok dalam mangkuk jer. Tak sempat dah nak susun cantik-cantik.

Buah dalam mangkuk nie, ada buah epal Washington yang anda boleh nampak tu. Tapi di lapisan bawah tu ada buah Persimmom ataupun Pisang Kaki. Rupanya macam gambar di bawah nie..

Sumber : Google

So, all in all, hubby bertolak ke Kuantan lepas sahur tu dengan perut yang kenyang dan puas hati.

Umat Islam Rohingya Di Tindas. Apa Sumbangan Anda?

Assalamualaikum.....

Kita tak ada facebook account. So, kita mungkin agak ketinggalan tentang perbincangan di laman sosial, melainkan ada blogger yang sudi berkongsi kisah dalam blognya.

Terima kasih Atok sebab sudi berkongsi. Inilah dia, cucu Atok memanjangkan maklumat berikut.



Himpunan desak Myanmar henti pembunuhan. Sahabat Rohingya kita telah dizalimi sekian lama. Kini pembunuhan etnik Rohingya Islam di sempadan Myanmar/Bangladesh tidak terkawal. Kerajaan Myanmar tidak mengendahkan penghapusan etnik yang berlaku.

Ayuh bersama Himpunan Desak Myanmar Henti Pembunuhan. Bersama mendesak dan menekan kerajaan Myanmar melalui kedutaannya di sini, juga penyerahan memorandum bantahan. Berikut adalah maklumat perhimpunan ; 

Tarikh : 3 Ogos 2012 (hari ini)
Masa : 2 petang (lepas solat Jumaat)
Lokasi : Berkumpul di Menara PERKESO Jalan Ampang (sebelum bergerak beramai-ramai ke Myanmar Embassy)
Sebarang pertanyaan sila hubungi 012-2231239. Sila hadir sebagai NGO atau individu. Kami perlukan sokongan anda untuk mengiringi penyerahan memorandum. Ayuh bergerak sekarang! Setiap hari ada saudara kita yang mati di sana!


p/s : Boleh solat Jumaat di Masjid Tabung Haji dan bergerak ke PERKESO Jln Ampang selepas solat. Kepada yang tiada kenderaan, boleh turun di LRT Jelatik dan jalan ke arah PERKESO di Jalan Ampang (lingkungan 500 m)



Kita memang tak dapat nak menyertailah. Ada tuntutan lain. Namun, sumbangan kita adalah dengan cara menyampaikan maklumat seperti ini. Manalah tahu, dalam ramai2 yang membaca ini, ada juga seorang dua yang tergerak nak join. Orang kafir bijak, kita umat Islam mesti laaagiiiii bijak. Jangan biarkan saudara kita di sana di pijak. Sebab satu hari nanti kita juga mungkin menerima nasib yang sama di tanah air sendiri...

Khamis, 2 Ogos 2012

Anugerah Terindah Ramadhan : Ayumi Syafiqah

Assalamualaikum.....


Kita baru selesai membaca sebuah cerpen yang sangat indah dari Ayumi Syafiqah. Rasanya cerpen nie sangat sesuai di baca oleh semua muslimin dan muslimat.

Cerpennya ringkas, tidak meleret, padat dan penyampaiannya menyerap masuk ke jiwa. Anda tak akan sedar bahawa ada satu perasaan yang tiba-tiba wujud dalam hati anda. Bila masa bermula pun tak sedar. Tahu-tahu ianya firm in your soul.

Owhhcaayyy, ini adalah interpretasi orang yang jiwang macam kita. Maaf kalau anda bukan di platform yang sama. Tapi cerpen nie tak jiwang langsung. Tak ada pun bahasa bunga-bunga. Hadis-hadis adalah... Tapi macam mana boleh jadi jiwang bila baca? That's the magic that Ayumi Syafiqah did.

Ada peringatan yang di isi dalam cerpen nie. Paling sesuai untuk adik2 yang masih single mingle tu. Semoga cerpen ini memberi inspirasi kepada kita semua.

Sila baca di SINI.

Mee Goreng Katak..!

Assalamualaikum.....

Opss...tak ada gambar.

Entry adalah berdasarkan kisah seorang caller untuk topic pagi Sinar FM semalam. Topik semalam rasanya pengalaman berbuka yang luar biasa kot.

Kebetulan masa kita tune in channel nie, ada seorang caller lelaki cerita, masa dia kecik dulu, mak dia nak goreng mee untuk berbuka. So, kaka dia kena tolong 'siang' (bersihkan) sayur sawi sementara mak dia sediakan rencah yang lain. Mee tu hanya di campur dengan daging ayam saja selain sawi.

Masa makan untuk berbuka, tiba2 adik si lelaki ni cakap :

"Mak, sedap pula mak letak sotong dalam mee nie "

Semua orang pelik. Mana ada sotong? Ayam ada lah....

So si lelaki ni kuis2 lah pinggan adik dia dan bila dia angkat 'sotong' tu, terserlahlah body katak dari pinggang ke bawah...

Salleh Yaakob sempat buat lawak lagi. Katanya : " Itu bukan sotong, tapi sotak (sotong + katak) ! "

Perghh..sampai ke hari nie dok teringat2.

Agaknya kakak dia tak perasan katak tu ada di celah2 helaian sawi tu. Dia main bilas serumpun lepas tu terus potong2 agaknya...

Moral : Sila basuh sayur-sayuran anda sehelai demi sehelai, especially kobis.

Rabu, 1 Ogos 2012

Pencuri Umpil Kereta di Bazar Ramadhan : BERHATI-HATI..!!

Assalamualaikum.....


Kita terpanggil untuk berkongsi kisah jiran sepagar kita, Pn Rahmah yang beliau ceritakan di SINI.

Manalah kita sangka ada pencuri di Bazar Ramadhan kan? Bulan RAMADHAN...!!! Tapi yerlah, manusia ni memang berbagai jenis.

Kawan baik kita nie singgah di Bazar Ramadhan Wangsa Melawati pada satu hari minggu lepas untuk membeli juadah puasa sedikit. Memang sekejap sangat. Dalam 10 minit jer rasanya. Kemudia dia dan suami bergegas pulang. Tak perasan lagi kereta dah di umpil. Tiba di rumah, tak boleh lock kereta. Baru perasan beg2 kerja yang ditinggalkan dalam kereta semuanya dah hilang. Bila di teliti, rupa2nya lock pintu kereta dah rosak di umpil. Maknanya pencuri tu memang expert.

Setelah berhari2 mereka suami isteri kembali ke bazar itu untuk 'menyiasat', maka di dapati ada satu kumpulan yang memang mencurigakan. Terdiri daripada 4 orang lelaki. 3 daripadanya telah berusia dalam lingkungan 40an dan seorang masih remaja lagi.

Modus operandi mereka:
1. Sebaik kereta yang di target kosong, seorang akan mengekori pasangan atau empunya kereta ke bazar Ramadhan.
2. Yang lain akan mula mengintai cermin2 kereta bagi memastikan habuan mereka.
3. Expertise tadi akan mula menjalankan kerja mengumpil dan mencuri.
4. Sekiranya owner kereta akan kembali semula, lelaki yang mengekori mereka tadi akan segera memberikan signal kepada rakan subahatnya.


Hah... profesional kan...?

Maka, bukan di Bazar Ramadhan Wangsa Melawati sahaja, tapi di mana2 saja pun kita semua harus berhati2. Parkinglah kenderaan anda di tempat orang ramai atau salah seorang jer keluar. Pandai2lah anda semua selamatkan harta benda masing2.

Selamat bershopping yer...

WW : Pantai Nelayan di Nenasi, Pekan, Pahang.

Assalamualaikum.....



 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink