Weekend Tebang Pokok

16 comments
Assalamualaikum.....

Ha...itu nama weekend kita yang baru berlalu.

Hubby ada kursus weekend yang lepas ni di Colmar Tropicale. So, tak dapatlah kami berjumpa. Tapi, adik2 kita datang rumah kita di Melaka. Mak dan ayah pun ada...Alhamdulillah. Meriah sungguh kami semua di situ. Makan dan makan dan makan.

Tapi hari Ahad pagi (semalam) kita dan mak telah 'mengerjakan' balcony di rumah kita yang habis di takluk oleh burung2 dan meninggalkan khazanahnya sepanjang ketiadaan kami. So, dah penat2 membersihkan kembali dan merampas kembali kawasan kami (balkoni itu akuuu yang punyaa, wahai burung!), maka kami cubalah cari jalan untuk mengelakkan burung2 tu kembali ke situ.

Salah satu fakta yang menyebabkan banyak burung ialah pokok mangga di tepi dapur rumah kita tu jadi taman syurgawi burung2 tu semua. Hubby pun macam agree nak 'let go' pokok tu. So, ayah dengan berbesar hati offer nak tolong tebang. Tak adalah besar sangat, tapi dah 4 tahun di tanam, boleh tahan rimbun. Puncaknya dah sama tinggi dengan bumbung rumah kami yang 2 tingkat. Batangnya dah besar peha manusia yang err..macam kita! So, parang dah tak 'makan' lah batang tu.

Ayah ada chain-saw. Wah, sekejappp jer ayah kerat2 batang pokok tu dengan chainsawnyer. Masalahnya, nak membuang dahan2 dan batang2 tu laaa... Kawasan taman perumahan...bukannya kampung boleh seret ke tepi sikit dan bakar kan...

Kat hujungggggg jalan rumah kita, adalah kawasan semak sikit. Maka menyeretlah kita batang2 pokok tu dengan Adam untuk di humban ke situ. Tapii...matahari dah terpacak atas kepala...badan dah letih mengerjakan balkoni rumah, jadinya stranded la lagi separuh. Betul2 tak terdaya dah rasanya.

Petang tu pula, masih teruskan mengemas rumah, Jenguk rumah mommy, dah maghrib baru balik ke PD. PD pula ada a few lagi urusan yang menunggu.

Sudahnya, hari nie semua badan sakit2, sangat penat dan mengantuk. Dalam pada letih nak tidur, malam tadi tak lena pula tidur sebab ada gangguan bunyi cengkerik yang sangat kuat kat tepi dinding bilik. Aduhai, rumah kampung, macam2 binatang ada kan. Sangat mendambakan rehat yang secukupnya. Tak sabar nak tunggu malam nie untuk rehat.

Er, doktor, boleh bagi MC tak...?


P/S : Opis lengang jer hari nie. Silap2, belum tengah hari, dah hanyut..ZZZzzzzzz....

.

16 thoughts..

Izwa Kamaruddin berkata...

alaaa nak zzz jugak! :D

Unknown berkata...

aduh..penat tu bunyinya kak..mc je kalau tak larat kak..mintak ngan daddy ziyyad..hehehehe..

saya yg kena spend masa berempat dengan anak2 je pun da super penat. hari ni mcm nak pengsan pegi keja.. gagah2 jugak..harap tak pengsan la.. hihi..

Emma berkata...

Assalamualaikum, penat nampak ??? okay, okay emma bagi MC 3 hari.. heheh

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

dah hanyut ke belum ni???

Cikda berkata...

cikda yg tak buat aktiviti berat pun rasa nak demam, apalagi aziela yg sempat menebang pokok tgh2 hari panas terik tu.. aduii gigih sungguh.. kalau cikda dah pengsan da..

apa pun take care dear.. minum air masak banyak.. :)

Ayue Rejaluddin berkata...

Lelah bunyinye tu kak....
ADa masa jap lagi rehatlah kejap.. =D

Dr K berkata...

penat tu wehhhh tebang pokok..terbayang penatnya!

mai sini saya bagi MC...haha

~Liya Sufiah~ berkata...

alahai siannyer aziela penat... saper kata kemas rumah tak penat. Penat tau... paham-paham...

Aziela berkata...

Mrs Eady : Izwa bolehla...ada reason. Tapi kenkadang masa preggy nie kita ,acam active sikit kan...

Aziela berkata...

Rai : Memang penatt. Nak minta dengan Daddy Ziyyad? Jauhh...hehehehehe.

Aziela berkata...

Emma : Wah...seronoknyaaa kalau yer..hahahahhaha. Orang nak tunang nie seri dia bersinar kan Emma kan..kan..kan... hehehehhe

Aziela berkata...

Seri Kandi : Semalam gigih lagi kak...meeting berderet. Hari nie saya hanyut...hehehehhe

Aziela berkata...

Cikda : Iyerlah kak...saya pun x sangka saya boleh berdiri tegak lagi nie ha.

Aziela berkata...

AyuJean : Tak sempat AJ. Meeting berderet.

Aziela berkata...

Daddy Ziyyad : MC sebab tebang pokok, sebab saya penat atau sebab saya rakan blogger? Hahahhahaha...saya tau...sebab saya sakit badan. Ubat muscle pain, panadol..lepas tu MC. Mesti sihat kan Doc..hehehehhehe

P/S : Nasib baiklah klinik Doc jauh dari opis.

Aziela berkata...

Liya Sufiah : Penat kan....?