2013 : Raya Hari Ketiga

28 comments
Assalamualaikum.....

Hari raya ketiga nie memang hebat. Sebabnya, ada seorang blogger yang dah kata dia akan cuba singgah. Wah, terujaa sangat rasa. Dah lah first time nak jumpa nie. Di samping tu, ada a few kawan hubby pun kata nak datang juga.

Oleh sebab tu, pagi2 lagi kita dah bersilat sekali lagi untuk memasak. Mula2 buat nasi goreng untuk sarapan. Lepas tu baru sibuk nak bersilat. Ada ikan dalam freezer, kita nak cuba masak asam pedas. Seumur hidup kita, pernah sekaliii jer masak asam pedas kat rumah mak. Dan ianya adalah percubaan yang sangat gagal. This time, kita nak cuba lagi. Berbekalkan resipi CMG dan digabungkan dengan tips dari Mommy, kita redahkan juga. Berdebar2 tunggu verdict dari yang mencuba.

Apa2 hal...jom tengok Dak Nuha yang super comel nie...


Tersenyum, main sendiri, bawa diri sendiri...tenggelam dalam dunianya sendiri. Kita pasti dari matanya, dunia ini adalah indah. Dan kita yang ralit memandangnya pun teringin nak join dunia dia. 


Yes...siapa lagi kalau bukan Aizamia. Dak Nuha yang femes ini adalah puteri bongsu Aizamia. Oh, bila pakai tudung macam nie, rupa kita betul2 macam minah Indon jadi maid kat mem besar. Cis...! Banned ini tudung! (Saya tak nak ngaku saya tak comel, sebab tu saya nak salahkan tudung. Boleh?)

Terima kasih banyak2 kepada Ina sekeluarga sebab sudi singgah rumah kita. Tak ada hidangan istimewa pun. Layanan pun macam kelam kabut jer kita rasa. Panik plus takder experience. Harap2nya Ina tak seriklah datang lagi sekeluarga yer....

Tapi, walaupun baru first time jumpa dan baru berkenalan, memanglah bloggers nie tak membataskan persahabatan. Kami berbual dengan riuh rendahnya. Dan kita rasa sangat seronok sebab nampak mereka cool jer sekeluarga. Nampak Dak Kakak dan Dak Adik pun tak der segan2, maknanya mereka selesa di sini. Alhamdulillah. Ina dan hubbynya Lan pun sangat peramah dan mesra. Memang excellent ice-breaker.


Adam sempat main dengan Dak Nuha. Adam tak pandai layan kanak2 sebab dia anak tunggal. Tapi tengok dia layan si comel Nuha ni, kita rasa both of them sangat sweet.

Dak Nuha pun nampak happy jer di pangku Adam


Hidangan yang simple jer. Tapi hubby Ina, Chef Lan  kata bolehlah. Maknanya lulus kot kan...? Hehehehhe

Kuih raya pun tak ada kan Ina...alahai. Maaflah yer. Seadanya jer akak sambut Ina. Terima kasih yer Ina sebab sudi singgah. Owhh..kalau nak tengok entry version Ina, bolehlah ke blog beliau di SINI yer...


Selepas Ina balik, kawan hubby, Jinson Tong pula sampai. Selepas melayannya lunch, kita terus masuk tidur lepas siapkan minuman panas untuk mereka. Hubby dan Jinson kalau dapat sembang, seolah2 waktu terhenti untuk mereka. So, kita ambil kesempatan tu untuk berehat.

Sedar2, Adam dah kelam kabut kejutkan kita. Katanya Tok Cu dah sampai. Aduhai. Tak ada warning. Macam mana ni? Nak keluar pasar tambah lauk basah, dah x sempat dah... Pak Su kita datang sekeluarga. Kita offer makan nasi sebab asam pedas tu memang ada lagi, tapi diorang tak nak. Syukurlah ada bekalan spaghetti untuk kecemasan...hehehehehehe.

Kita apa lagi, rebus air dan masukkan spaghetti. Buat carbonara guna angel hair spaghetti. Kuah instant jer. Prego dalam tin..hehehehehhe. Belajar daripada Kak Ida 1001 Resepi . Seperiuk spaghetti dan seperiuk kuah. Langsai. Cepat sungguh lakunya.
Sampai tak sempat snap gambar pun. Sebab, tengah2 masak, tiba2 sepupu kita datang, 4 orang. Diorang baru duduk, kawan hubby plak datang sekeluarga. Wah...meriah....!

So, ada yang makan nasi, ada yang makan spaghetti. Malam sikit, kita pergi beli sate sedap di Alor Gajah. Kasi happening lagi...hihihihihi



Bila malam, yang lelaki lepak kat balkoni luar sambil sembang2 hal lelaki. Tiba jer time perlawanan bola dengan Barcelona tu, gegak gempita la jadinya.

So far, hubby dan sepupu2 kita puji asam pedas tu. Mungkin kena dengan selera mereka kot. Sampai esok pagi hubby yang sangat cerewet tu dok cari lagi asam pedas kita. Alhamdulillah.

Mak Su kita pulak suka sangat dengan carbonara kita. Dia tanya resipi walaupun dia nampak kita curah kuah dari tin..hahahahha. Bukan apa, kita tumis sedikit bawang, dan campurkan susu cair di samping sosej sikit. So, ada rasa oriental lah sikit kan...

Semalam, Mak Su kita call, tanya lagi resipi carbonara instant. Dia cuba buat sendiri di rumah. Dah berkenan dengan cara kita. Pantas, mudah, dan sedap.

Alhamdulillah, selesai raya ketiga. Harap2nya, tetamu kita semua berpuas hatilah.

Raya ke-4, kami jer yang pergi beraya. Isnin tu, kita dah mula kerja, so dengan ini...habislah kisah raya kita pada tahun ini.

Sekian terima kasih...hehehehehe.


.

28 thoughts..

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

tentu air tangan Ziela memasak memang dah semulajadi sedap. Happening sungguh raya Ziela, boelh tertanggal tulang temulang dibuatnya, hahaha

IndaMarya berkata...

Dear, ha ha karbonara tu pabourite anak lelaki saya tu...
so dah kerja la hri ni..slamat rasa boring ..ha ha.hari mula krja memang rasa cm tu kan? or happy giler jmpa kawan2 balik.bnyak crita pulak tu.and for me ada mjlis on scnd day of school.mjlis raya la apa lagi...adoi, baru tringat..bju apa la nk pakai ni..jum nk selongkaq almari sat.bye2 dear..

Unknown berkata...

aduh kak..baca pun saya dah rasa letih satu badan.. hahaha.. nanti nak beraya ngan akak jugak lah.. jemput la datang rumah kalau ada masa ya kak..

Unknown berkata...

Alhamdulillah! Meriah sambutan raya akak sekeluarga dengan tetamu yang datang hehe......

Kakzakie Purvit berkata...

Ohh... Nuha boleh beraya sana ye.. Adam dan Nuha sama-sama montel comel memang padanlah bila berdua bergambar sama...

Acik Erna berkata...

untung aziela dah jumpa dah Nuha yang comel..yang acik biasa tengok gambar dia

Unknown berkata...

ramainya.. asik banget kumpul bareng keluarga.

Cho Zila berkata...

syukurlah kita memasak ada yang sudi makankan.. terasa nak masak banyak2 laigkan.. takkan ler dah habis rayanyer.. mingguni tentuler ada oh lakkan...

Aziela berkata...

@Seri Kandi Tanah Jauhar Ishh...saya tak pandai kak. Selalu gagal. Cuma bila ada tetamu, saya sangat berdoa agar tetamu saya tak keciwa. Orang jarang masak ni, memang hancur kalau masuk dapur sekali sekala...hahahahaha

Aziela berkata...

@IndaMarya Yeap, my son's fav too...hahahaha. Kerja start on Monday lagi dah IM. Tak sempat nak rasa apa sebab kejar deadline. I brought my son to the office sebab nak spend more time with him. Seronoknya majlis raya kat sekolah kan. Buat peringkat sekolah ke, peringkat kelas jer?

Happy days for you.

Aziela berkata...

@Rai Ourkizuna Uish Rai... kalau ikutkan memang letih. Tapi hilang letih sebab gembira ramai yang datang. Rasa berbesar hati sangat. Rai sekarang dok kat mana? Tapi weekdays memang susahlah. Akak cuma berharap dapat join gathering blogger tahun nie jer.

Aziela berkata...

@Azham Vsvc Alhamdulillah.... meriah. Bila adik nak datang pula?

Aziela berkata...

@Kakzakie Iyerlah kak...saya pun x sangka dapat peluk cium Nuha. Sweet kan Adam dengan Nuha tu.

Aziela berkata...

@Acik Erna Saya langsung tak sangka dapat jumpa Nuha kak. Saya ingatkan saya blogger picisan, tak berpeluang jumpa Nuha...hahahaha. Alhamdulillah. Acik, bilo nak bertandang kek Alor Gajah?

Aziela berkata...

@Miz Tia Ya, iyalah Miz Tia. Asik banget ya. Kapan Miz Tia bisa kumpul bareng kakak?

Aziela berkata...

@Cho Zila Alhamdulillah. Kalau cukup masa, cukup tangan dan kaki, memang hati nak masak banyak lagi. Bagi puas hati. Tapi saya terdaya setakat itu saja. Minggu nie balik Kuantan. In Sha Allah minggu depan adik beradik pula nak datang...hehehehe

aby berkata...

salam aziela ..
dalam melayan tetamu ni ..
wlupun meletihkan, tetap puas hati dan enjoy kan .. apatah kwn yg datang tu pun hepi sama ..

Azizah Zainudin berkata...

Datang follow blog biru ni..
Jom singgah baca Bangkok, Thailand-Part 2 Pulak..

Salmi Khairil berkata...

bestnya..tak de buat open house ker kak..hehehe

aizamia3 berkata...

Wah... lagi menarik cite dak Nuha kat sini kak.. ;)
Moga jalinan yg baru dibina subur mekarlah hendakNYA..

Unknown berkata...

saya duk shah alam je kak.. nanti email saya no telefon akak ya.. kesoma.rai@gmail.com

ellynadyra berkata...

tu la kan, tetamu dtg tak best lak jamu kuih raya aje, nak gak masak2 kan.....tapi kelas akak, sempat masak gak kan

Aziela berkata...

@aby Salam kang...melayan tetamu, tidak meletihkan pada saya. Tapi persiapannya sebab perasaan gembira tu yang meletihkan. Letih kerana excited gitu...haahahaha

Aziela berkata...

@Azizah a.k.a N.a.z TQ. akak dah terjah dah. menarik

Aziela berkata...

@Salmi Khairil Open house, belum terdaya lagi setakat nie. Melainkan kami dah tinggal serumah dan betul2 ramai yang sudi datang, Ins Sha Allah.

Aziela berkata...

@EZAN IDMA Selamat kembali. Terima kasih.

Aziela berkata...

@elly nadyra Dah tua2 ni Elly, kalau tak masak, apa pulak rupanya. Dulu masa mula2, zasss beli jer kat kedai..hahahaha.

Aziela berkata...

@Rai Ourkizuna Shah Alam consider dekatlah tu dengan akak Rai.