Luar Rumah Dah Cun

29 comments
Assalamualaikum.....

Dah nak raya kan. Pasti semua orang pun sibuk mengemaskan dan membersihkan rumah. Rumah kami di Melaka tu lagiiilah parahnya. Dah jadi macam rumah hinggap. Balik untuk basuh baju dan tidur jer. Selain daripada tu bergegas ke sana ke mari. Dalam seminggu, walaupun konon weekend balik rumah di Melaka, tapi sebenarnya kami berada di rumah tu agaknya tak sampai 12 jam.

Sebab tu lah, bila tengok rumput dah memanjang sampai dah nak jadi lalang, kami pejam mata jer sebab memanggg tak ada masa. Biasanya pun, bukan kami buat sendiri, tapi memang hubby panggil ada sorang abang tu yang tinggal berdekatan untuk tolong potongkan rumput.

Mengenangkan nak raya, kami panggil juga abang tu. Minta tolong selesaikan masalah kami. Abang tu selalu datang dengan anak bongsu dia yang berusia 13 tahun. Dia mesin rumput, anaknya akan sapu dan kemaskan segala rumput2 yang dipotong tu.


Tengoklah halaman kami yang dah siap di tarah. Memang puas hati sungguh. Halal sungguh bayaran yang diberi. Dia memang tak kedekut. Jujur. Maksudnya, kalau potong tu, rapat ke tanah. Sampai hampir gondol. Kiranya, lewatlah kalau nak tunggu panjang lagi kan. Tahan lama sikit. Tapi setiap kali selesai dia kerjakan halaman rumah kami, pasti kami suami isteri sengih lebar.



Halaman tepi rumah yang lebih kecik dari sekangkang kera nie pun dia godekkan. Bukan tu jer, pasu2 bunga hubby, semua dia gemburkan juga. Seronok jer nampak.

Dulu kat hujung dapur tu ada 2 pokok. Pokok jambu air dan mangga. Malangnya ke 2-2 pokok tu harus di mansuhkan sebab jadi sarang burung yang merosakkan rumah kami. Gondol jerlah nampaknya. Tapi kita suka sebenarnya sebab nampak macam kemas jer.... Kami hanya tinggalkan beberapa pokok kecik jer.



Antaranya ialah pokok limau kasturi nie lah. Alhamdulillah, lebat buahnya sekarang. Ada pokok limau purut sebelahnya, tapi belum ada buah. Nampak tak bangku batu di tepi dinding tu? Hubby suruh orang buat dulu sebab katanya seronok nak lepak2 kat belakang rumah. Selain untuk duduk2 sambil tumbuk cili atau kupas bawang, kita kadang2 berdiri kat atas bangku tu dan bergosip dengan jiran2..hahahahhaha. Bukan bergosip, saja tegur menegur... Dahlah jarang ada kat rumah kan. Rumah kita ni, belakang rumah bersambung terus dengan rumah lain. Tak ada jalan pemisah. So, memang boleh sangatlah nak buat mesyuarat tembok...hehehhehe.



Ini pokok kari. Sampai kuning2 daunnya sebab terabai lama sangat. Tapi, memang senang sangat. Pagi2 buta nak memasak untuk sahur ker, capai jer tangan, petih daun kari...hehehehehe. Dulu sebelah daun kari nie kami tanam daun pandan, tapi meriah sangat pembiakannya, terpaksa kami let go juga. Lagipun akarnya menjalar, takut pecah tembok. Kalau setakat nak pakai 2-3 helai daun pandan, kita minta dengan Mommy jer.



Ini pokok limau purut, Dah ada bunga kan.... Seronok. Kita sebenarnya jarang guna daun limau purut dalam masakan, tapi lepas nie nak cubalah juga. Masak ikan 3 rasa, masak tomyam udang, masak rendang ayam...semua boleh masukkan daun nie kan.



Ha, ini pula adalah pokok yang merunsingkan kami. Pokok ni adalah pokok Majlis Perbandaran, tapi kami seram sebab anytime boleh tumbang dan robohkan pagar kami. Longkang pecah, paip air pecah sampai pihak syarikat air kena datang untuk baikinya.

Hubby kata, kena buat laporan lengkap bergambar kalau nak buat aduan. Cuma itulah, masa kami tak ada. Tak boleh pos, nanti pergi kat orang yang salah. Kena serah bu hand pada pengarahnya sendiri baru cepat sikit tindakannya nanti.

Apa-apa pun, selesai luar rumah. Nanti malam raya baru pulun dalam rumah pula. Anda semua dah siap kemas ker?








.

29 thoughts..

Unknown berkata...

cantik kawasan rumahnya..

selamat hari raya jugak...


jom kita kenal2 dan berfollow2..hehehe..
http://www.jutawanshaklee.com

Unknown berkata...

nice..huhu sejuk mata memandang :) Salam Ramadhan ya..

Qashmere berkata...

Cantiknya laman rumah...kemas dan simple. Suka!!!!!

lieyalatif berkata...

cantik umah...tanaman pun segar2 hah...mesti sejuk tangan ni ...lieya tanam semua pokok kari laa pandan la limau laa tapi satu2 kulai layu ditasik madu ekekeekek..tangan panas kot...

**selamat hari raye buat ...mohon ampun maaf zahir dan batin...moga2 kite mendapat keberkatan di syawal yg mulia .....

hati2 pulang ke kg yeak...

Rozita Ceritaita berkata...

ala kak...jelesnya... rumah lebih dari tongkang pecah dah ni...waaa...

Dr K berkata...

Betul la...mmg tip top hasil potongan rumputnya..gondol...tu makan 2-3 bulan nak tunggu panjang...:) Berapa dia charge tu?

Saya kemas ala kadar je rumah..
Sebab mmg tak raya kat rumah sendiri pun...sejak kawin, raya either kat rumah parents saya, or my in laws ( ikut giliran tahunan) :)

diari farisha berkata...

kemas :)

RamRamCute berkata...

dah kemas dha rumah awak...rumah saya mcm tongkang pecah lagi..tak done nak berkemas...

sudipVSsenduk berkata...

cantik kawasan sekitar rumah Aziela... kemas je

sekadar satu coretan berkata...

cantik dan kemas..halaman rumah kita masih berserabut lagi..

Kakzakie Purvit berkata...

Banyak ruang tanah memang seronok Ziela. Macam kakak depan rumah aje ada sikit...

Selamat Hari Raya dan maaf dari kakak ye..

JunAina berkata...

Halaman rumah yang ada tanah memang best, boleh nampak hijau ja...cantik.

NzA berkata...

wah dh mengancam prsekitaran rumah aziela tu...akak ni xde mood nk berkemas bagai.....

aby berkata...

salam aziela ..
selalu nay, umah seng tembok pager ray kebek karo dhuwur... umah2 wong koyo .. pasal emok wong luar weroh opo seng neng ngomah ..
hu ..hu...
apapun selamat hari raya kt ziela ..
lopot ku seng okeh2 dingapuro yor ..

Aziela berkata...

@nuyunbiz (001873431-W) terima kasih..terima kasih...

Aziela berkata...

@NURSHAKIRA ABDUL HALIM simple2 jer dik...

Aziela berkata...

@Qashmere Simple sebab tak larat nak maintain..hehehehe

Aziela berkata...

@lieyalatif Hubby akak yang tanam. Kalau akak, jahanam juga...hahahahahaha

Aziela berkata...

@Rozita Akak tak ada cuti...tu yg buat sikit2 tu Ita.

Aziela berkata...

@Daddy Ziyyad Masa mula2 dia charge RM30 jer. Now dah 3 tahun. Rasanya dia nak naikkan tapi dia segan. Sebab kitorang pun kadang2 saja bagi extra kat dia.

Aziela berkata...

@DIARI FARISHA Tq

Aziela berkata...

@RamRamCute Dalam rumah say lebih terus dari tongkang pecah wak. Macam Titanic terbelah 2 dah rasanya...hahahaha

Aziela berkata...

@sudipVSsenduk Simple jer kak. Tak pandai nak deco and x ada masa nak maintain.

Aziela berkata...

@ainnoraini Orang yang kemaskan...bukan kita sendiri..hahahaha

Aziela berkata...

@Kakzakie Sama2lah kita yer kak... Tak ada laman pun. Cuma ada tanah nak bagi hijau sikit jer.

Aziela berkata...

@JunAina Mana nak sama dengan buat rumah atas tanah sendiri kan. Jadilah..walaupun sikit jer tanah nya

Aziela berkata...

@NzA Takper kak...akak balik kampung...jauhhhh... Itu lebih penting tu...hihihi

Aziela berkata...

@aby Uish kakang...oranklah kang.. Wong marhaien iki...hihihihi.

Unknown berkata...

Akak...dari segi gambar, rumah akak nampak luas dan kemas kawasannya.....mesti mahal harganya kan, tambah pula kat area Melaka? saja bertanya hehe ;)