Udang galah lagi. Yer...dah warning dah last week rasanya, minggu ni banyak cerita udang galah...hehehehehe.
Disebabkan minat sedang membuak2 dalam diri hubby terhadap makanan berkolesterol tiingggiiiiiiiii ni iaitu udang galah, hubby berpakat dengan kawan sekerjanya untuk memburu udang galah. Seperti yang semua sedia maklum, Kuantan baru surut daripada banjir besar awal bulan ini kan. Biasanya bila banjir mula surut, udang galah banyak keluar dari sarang mereka. Mabuk katanya.
So, nak merasa memancing udang galah, hubby sanggup ambil cuti dan mengharung sungai. Sungai ni namanya Sungai Belat. Sewa bot harganya tak pasti, tapi tak cecah RM50.00. Bot, enjin bot selama sehari. Umpan, boleh minta tukang bot cari, atau boleh bawa sendiri. Tapi, paling best jadi umpan ialah anak udang atau udang yang kecil2 halus2 tu. Biasanya udang macam tu kita buat rencah sayur jer.
Pertama kali hubby memancing. Bila dapat udang pertama, gembira tak terkata.
Udang pertama yang berjaya di naikkan oleh hubby. Besar kan.. Ini, kalau kat Temerloh, siap masak sekor ni boleh cecah harga RM50.00 nie. Kat temerloh la, kat Leban Chondong tu murah seh.
Malam tu, hubby tiba di KL dah hampir jam 9.00 malam. Kita masaaaakkkkk.............
sambung esoklah.
Esok datang lagi yer, nengok kita masak apa.
.
16 thoughts..
orang kata kat lubuk udang ada buaya. betul ke kak..
bestnya dpt masak lemak..
besarnya udang tuhhhh, sedap masak tu, mesti manis rasanya
wahhhhhhhhhhhhhh!! ER tu pandai mancing kat pasar jer Ziela, hehehhehe..
tak sabar nak tengok Ziela masak apa.. org nogori, masak lemak cili padi tak???
Time saya komen ni mesti udang tu dah selamat masuk ke dalam sewer kan kak? hahaha
bab makan udang ni dak Kakak paling suka.. babah dia sampai sanggup pergi memancing (kolam udang jelah) untuk anak2.. ni kes masa mengandungkan dak Kakak, ciklan cukup suka memancing udang, tu yang anaknya gilakan udang.. hehehe..
Wohoooo.. udang fresh tu.. masak lemak cili api boh daun kunyit.. buat pedas sikit.. perghhh..
jeng jeng jeng
@Rai Ourkizuna Betullll sangat. Hehehehe
@Salmi Khairil Pun sodap kan. Salmi apa khabar?
@elly nadyra Uish manissss Elly
@Seri Kandi Tanah Jauhar Mancing kat pasar lebih banyak hasil kak...hahahahaha
@t.a.t.a Dahhhh....dah recycle balik dah kot...hahahhaha.
@aizamia3 Ooo...macam tu kisahnya.....
@Shamsiah Abdul Rahman Tambah santan...pekat sikit.. Pengsan kakk... Sodap eh!
@Wan Ahmad Izudean Yer...teruskan...hehehehe
Catat Ulasan