Udang Galah Sedap di Laban Chondong

33 comments
Assalamualaikum.....


Laban Chondong terletak di antara Muadzam dan Rompin, atau dari Pekan/Nenasi menghala ke Rompin. Yang menarik di sini ialah terdapat banyak pembekal dan penternak udang galah.

Selain daripada Temerloh dan Chini, kami sering mendengar bahawa udang galah di Laban Chondong ni di sukai ramai dan murah. Jadi, kami suami isteri pun cubalah. Kali pertama mencuba, hanya kami berdua. Ambil udang galah saiz XL sorang seekor bersama nasi putih dan sayur. Mencecah lebih daripada RM50.00. Pada kami, rasa biasa2 saja.

Tapi, bila birthday mak yang lepas mak teringin nak makan udang galah, maka tiada tempat lain yang kami tuju selain Laban Chondong. Temerloh jauh sangat dari PD dan Chini pula, kedainya tutup hari Ahad.


Yana bersama anak2 buahnya. Adam the penghulu of cucu. 

Yang tiada hanyalah adik ipar bongsu kita jer... Dia terpaksa kerja masa tu.

Kami tiba dah pukul 5.00 petang. Makanya makan2 nie adalah untuk dinner. Kedai nie sebenarnya adalah kawasan R&R Laban Chondong. Semua gerai ada menu udang galah. Tapi, ramai yang mencadangkan gerai paling tepi sebelah kiri ni.

Rupa2nya selain daripada yang ada di tray nasi campur tu, kami juga boleh order dan mereka masak panas2 mengikut order kita. So, kami order 3kg, di masak dengan 3 jenis masakan.

Seronok menjamu selera.

Danish the new member in family pun ikut sekali. 

Antara hidangan. Udang masak lemak, udang goreng kunyit dan udang sambal tomato. Ada telur dadar dan sayur campur juga. 


Udang masak lemak cili padi. Bukan style N.9. Pada kami, so and so jer lah rasanya. Kalau mak masak laieee sodap, kan mak. 

Ini istimewa sikit. Udang galah bersambal tomato. Tak ada tomato chunks pun. Rasanya tomato tu dia blend sekali dengan cili dan bawang. Dan, masakan ni memang betul2 compliment rasa udang galah tu. Memang layan asyik masyuklaaaa makannya. Tak pedas sangat, tak masam sangat. Memang sedap. Terkenang2.

Gerai Makan Mak Ngah

Deretan kedai2 lain. Ada yang tutup seawal jam 6.00 petang. 

Kami lepak kat situ sampai Maghrib. Tandas pun sangat bersih. Puas hati lah bayar 30sen pun. Oh, end up Abang Ngah yang belanja. Katanya dalam RM200++. Untuk udang galah 3 kg dan makan seramai berbelas orang tu, kami rasa berbaloi juga harganya. Oh yer, harga udang mengikut saiz. Kami ambil saiz XL, siap masak sekilo harganya RM75.00. Puas juga lah makannya....

Kedai nie pun ada jual udang mentah juga.

Oh, sekarang ni, tak yahlah ke situ dulu yer. Laluan banjir nie. Tunggu March nanti, selamat sikit lah.....

.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

33 thoughts..

t.a.t.a berkata...

Memang sangat berbaloi dengan harga tu kak. Makan macam tu tak boleh rushing. Kena slow and steady baru boleh enjoy.

pizli.mw berkata...

Yang penting udang tu memang besar gila. Nampak sedap.

harnidahussin berkata...

mak aih..best nya makan udang galah...sedapnyer nampak..

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

sekurang-kurangnya setahun sekali akak sekeluarga pasti melepaskan keinginan makan di Leban Condong ni Ziela.. sebenarnya kalau nak puas hati kita order makan yang kilo2 punya, kalau ambil yg sekor2 memang agak mahal.. dan betul, masak sambal tomato tu adalah masakan udang galah yang paling popular di sini dan cuma di sini jer boleh jumpa masakan yang sedap macam tu.. kalau masak cili padi kena cari kat N9 baru real, kannn...

Unknown berkata...

akakkkkk~~~~ saya dah la hantu udang.. memang telan air liur berkali kali sambil scroll gambar.. haishh...

Kakzakie Purvit berkata...

Makan-makan ni kalau dapat yg fresh walau harga mahal tapi puas hati Ziela.

lieyalatif berkata...

ooo baru tau port makan ni kak....menarik tu...penggemar udang mmg wajib ke sini....

eh pada lieya tak mahal tu...berbaloi laaa...3kg udang lak tu...yg penting besar2....lieya tgk plak telan ailiyo...terase2 sedut kepale udang tu heheheeh....lieya kalo makan udang mmg tang kepala tu lee sedut dulu.....

Cho Zila berkata...

sedaptu.. dulu udang galah makan seminggu sekali la ni susah nak dapat... mahal laktu.. ehm kalau dekat mau ku pergi...

PCL berkata...

salam singgah lg, ..citer pasal makan udang xxl ni memang best..lg best kalau dapat merasa menu2 tu..wah xleh tahan dibuatnya..ada sakit gaut pon tak ingat tu semua haha..

p/s ; ada org kata makan udg dgn kulit2 lembut dia boleh nyahkan kadar kolestrol ..fakta atau auta sy kurang pasti.

Al-Manar berkata...

Saya nampak Ziela ini memang pakarlah tentang makanan. Saya makan sedikit dan memilih pula kerana jaga badan!

aby berkata...

Salam aziela,
Kt sini@thailand udangnya 2 kali saiz laban chñndñng. Lñbsternya lebih besar dr lengan lg. Nnti aby buat N3 psl kémbara d negara gajah putih ni. Apapun mmang sedap makan udang galah d laban chondong tu

Dr K berkata...

Dah save dlm " List To Go "...hahahah


Nampak gambar udang galah masa sambal tomato tu pun dah sedap...

Takde ke mereka buat mee udang guna udang galah? hahaha

che mid berkata...

Uii..mengancam sungguh...memang teringin..tapi bila pergi nanti baru ternganga..tak tau mana satu. Smlm Che Mid singgah Temerloh dari hiway pantai timur, nak makan patin Temerloh, boleh nya tak jumpa medan selera yang selalu kami singgah dulu..sebabnya ikut jalan lain..terpaksa pusing balik dan makan di kedai tomyam tepi jalan je..

NzA berkata...

Berbaloi dgn harga tu aziela sbb mkn ramai2...boleh dikatakn agak murah jugak. Ttp mmg seronokkn dpt mkn ramai2 camtu. Tmbah brselera....
Akak pernah 2x singgah situ. Mkn udang goreng kunyit..mmg sedap sbb udg tu segarrrrr...nyum.nyum.nyum..

ellynadyra berkata...

besarnya udang2 tuh, baru tau ada port ni, bleh masuk dlm list bila mai area nih.....

aizamia3 berkata...

udang, saya cuma suka digoreng kunyit je kak.. selain dari tu tak berapa gemar..

Aziela berkata...

@t.a.t.a Betul.... seronok dengan family pun menambah rasa sedap kot.

Aziela berkata...

@Pizli Mat Wazip Memang besar dan memang sedap...

Aziela berkata...

@harnidahussin Uishh...memang sedap. Lain rasanya dengan udang laut tu

Aziela berkata...

@Seri Kandi Tanah Jauhar Betul lah kak. Masak tomato memang sedap betul. Saya pun ketagih la lepas nie jawabnya.

Aziela berkata...

@Rai Ourkizuna Laaa...hantu udang ker? Ish..ish.... hehehehehe

Aziela berkata...

@Kakzakie Betul kak.... tak boleh komplin sebab nak yang terbaik.

Aziela berkata...

@lieyalatif Lieya...serius... Kita boleh makan bersama tau. Taste sealiran gitu...

Aziela berkata...

@Cho Zila Betul kan kak. Dulu macam senang sikit nak dapat udang galah

Aziela berkata...

@PakcikLie PCL Yang pasti, makan udang nie, minum sekali air teh hijau atau black tea. Insya Allah, dapat balancekan semula. Nanti PCL cuba lah yer

Aziela berkata...

@Al-Manar Er, saya suka bab makan nie Pakcik Hassan. Hehehehe

Aziela berkata...

@aby antara sebab saya cari Leban Chondong nie pasal entry Aby la juga dulu...hahahahha. Ok..x sabar tunggu entry Thailand.

Aziela berkata...

@Daddy Ziyyad Masak sambal tomato tu menu wajib cuba tau Doc. Oh...beli udang fresh, Mommy ZZZ masak...confirm meletopssss!

Aziela berkata...

@che mid Tu kan Che Mid...tanda dia nak suruh Che Mid pergi lagi tu....hihihihihi

Aziela berkata...

@NzA Harganya pada saya memang murah kak...

Aziela berkata...

@elly nadyra Masuk...masuk...masukkkk...hehehehehe

Aziela berkata...

@aizamia3 Goreng kunyit pun sedap gak

Unknown berkata...

Tuan punya kedai sgt2 xdk bertimbang rasa dan cekik darah...
I will never stop and eat at this place ever ever and ever...
I'll wait the tauke kedai to contact me again,we have a lot of things to discuss...
the kedai was sooooo "cekik darah dan kaki pengetuk"...