Nasi Impit Goreng

20 comments
Assalamualaikum.....


Masak minggu lepas untuk dinner. Nak masak dan hidang untuk sarapan pun boleh, untuk lunch pun boleh. Takder hal..anytime, anyday.

Oh, ada balance beberapa ketul nasi impit dalam fridge. So, teringinlah nak masak sendiri. Dulu pernah buat sekali di Melaka, tapi tak berapa kena dengan tekak kita. So, sementara dok bujang di KL, kita belasah jer lah ikut selera sendiri. Hasilnya, sangattt best. Cuma sayur tu jadi layu sangat. Salah timing maaa....



Resipi Nasi Impit Goreng 

Bahan-bahan :

3-4 ketul nasi impit yang dipotong kiub
7 biji cili padi*
1 ulas biji merah kecil*
1 ulas bawang putih*
(tumbuk kasar bahan bertanda *)
1 sudu cili kering kisar
2 sudu daging cincang
2 batang sawi yang di potong
100ml air
2 sudu kicap
setengah kiub pati ayam
garam secukup rasa
Sedikit daun sup di hiris sebagai hiasan


Cara-cara :

1. Tumis bahan tumbuk sehingga wangi dengan api perlahan dan masukkan cili kisar.
2. Tunggu sehingga cili sedikit garing dan masukkan daging cincang.
3. Gaul rata dan masukkan sedikit air. Bila air mendidih, masukkan batang sawi.
4. Tunggu sehingga batang sawi sudah lembut, masukkan kicap dan pati ayam.
5. Kacau sehingga rata dan kuah jadi pekat.
6. Masukkan nasi impit dan daun sawi. Gaulkan rata2 dengan perlahan agar nasi impit tidak pecah.
7. Biarkan masak beberapa minit dan sehingga kuah menjadi pekat dan menyelaputi ketulan nasi impit.
8. Perasakan. Kalau perlu tambah garam.
9. Taburkan sedikit daun sup di atasnya dan boleh dihidang segera. 



Alhamdulillah, sedap rasanya. Ketulan nasi yang digoreng dalam kuah tu, sedikit sebanyak dah serap kuah tu. Jadi, nasi impit ni rasa lembut dan moist dengan kuah. Sambil2 kunyah nasi, tergigit sayur dan daging, menambahkan lagi kemeriahan perisa hidangan ni. Ada pula kuah kicap yang pekat menyaluti ketulan nasi dengan rasa pedas2, menyebabkan tak sedar tiba2 dah habis sepinggan. Hahahahaa.

 Sebenarnya, anda semua bolehlah nak sesuaikan mengikut citarasa masing2. Kalau tak makan pedas, tak perlu cili padi, hanya masukkan cili kisar saja. Kalau tak suka daging, bolehlah masukkan ayam hiris, atau udang atau sekadar ikan bilis sebagai perencah. Sayur juga begitu. Tak suka sawi, masukkanlah tauge atau lobak merah. Kobis dan terung serta tomato pun boleh.

Hidangan ni sebenarnya tak perlu kering2 sangat. Dia memang sedikit basah, tetapi tidak berkuah. Kalau ada anak kecil, bolehlah cuba. Tapi janganlah buat pedas yer. Bila dia nampak ketulan yang bersalut kuah macam mee goreng, pasti anak2 kecil suka nak mencubanya kan.

Oh, nak bawak bekal ke sekolah atau pejabat pun memang sesuai.

Cubalah nanti yer.

.


Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

20 thoughts..

msredcheesecake berkata...

tak pernah terpikir nak buat nasi impit goreng...hheee nice.

Unknown berkata...

menu glamer kat pasar ramadhan batu pahat ke kluang.. kawan saya penah cerita.sedap rasanya.. tapi sampai sekarang tak pernah cuba lagi.. tak berpeluang buat nasi impit untuk menu kat rumah..

lieyalatif berkata...

e'eh kak...kebetulan menu lieya pagi ni pun lontong goreng...semalam buat lontong ade laa lebih dlm 6-7 bungkus ketupat kecik2 tu...so buat lontong goreng...bekalkan miamija heheheeh....

lieya suke versi boh cili api...tapi ni nak bekalkan anak2 kene laa buat versi tak pedas sgt heheeheh

asyifamustaffa berkata...

Tetiba mcm nak mkn nasi impit kuah kacang je ni...huhuhu....
Nmpk sedap...:)

Izwa Kamaruddin berkata...

aih...terliur la pulok!

ellynadyra berkata...

kat johor panggil lontong goreng tau
letak telor banyak2, buah basah2 perghhhhhh sedap!

Unknown berkata...

Selalu dengar & nampak pics kenkawan post tapi tak penah try lagi.
Tp lepas ni mcm nak kena try je la pulak.

t.a.t.a berkata...

Mana akak dapat idea ni?

Tanpa Nama berkata...

tetiba teringat roti impit hehe

NzA berkata...

boleh cuba nie..anak2 akak suka nasi impit/ketupat w.pn si ibu xpndai makan...he3x.. TQSM 4sharing.

Aziela berkata...

@msredcheesecake Menu ni popular lepas raya...hehehehe.

Aziela berkata...

@Rai Ourkizuna Nasi impit tu kan rebus jer Rai..senang sangat..hehehe. Atauuuu, kalau makan sate ada nasi impit. Yang tak habis tu bolehlah di goreng.

Aziela berkata...

@lieyalatif Kannnn dah cakap. Selera kita serupa maaa....hahahahaha. Letak cili api tu yang kaw sikit kan Lieya. Eh..tapi Lieya diet..tak makan nasi...uwaaa!

Aziela berkata...

@asyifa mustaffa Ha..sesuai. Bila kuah kacang dah habis, nasi impit banyak lagi, transform jer jadikan menu ni.

Aziela berkata...

@:: Mrs.Eady :: Sila2....Jangan malu2 nak mencuba yer.

Aziela berkata...

@elly nadyra Ooo...telor banyak2 ekk? Nanti akak try pecah telor pula..

Aziela berkata...

@Shamsiah Abdul Rahman Ala-ala macam goreng mee jer kak...sonang yo

Aziela berkata...

@t.a.t.a Oooh...bukan idea, tapi mak mentua akak pernah buat sekali lamaaaa dulu. Tu yang cuba buat versi sendiri pulak.

Aziela berkata...

@Wan Ahmad Izudean Roti impit tu apa?

Aziela berkata...

@NzA Diorang dah dok Johor, kak...hehehehe. Tapi memang popular lontong goreng kat sana kan kak...