Western Gombak : Hard Rockers..Yeaaghhhh!!!

17 comments
Assalamualaikum.....


Minggu nie, cerita2 pasal makan jer lah kan. Nak cuti panjang sempena CNY ni, mesti ramai yang ambil kesempatan untuk bercuti. Time2 bercuti, semua gantung kuali dan periuk. Maka entry yang paling sesuai ialah entry tempat2 makan. Iya lah...sebagai perkongsian maklumat. Kita pun kalau nak pergi ke tempat orang, memang google dulu tempat2 makan. Tak berapa best pula kalau melancong tapi makan asal perut berisi pula. Kalau tengah rushing, tak per lah...tapi kalau nak kan kelainan untuk family, mesti kita nak yang terbaik, kan?


Tempat makan ni adalah di Gombak jer. Gombak yang di Kuala Lumpur yer. Kita tak pasti kalau ada tempat lain nama Gombak di Malaysia.

Anyway, lokasi warung ni adalah di Petronas dan Shell dari Sri Gombak sebelum masuk ke simpang Kuantan / Karak Highway. Ianya hanyalah sebuah warung di tepi jalan jer. Adalah 3-4 biji meja lipat dan bangku simple kalau2 ada yang nak makan di situ.

Kita dengan hubby singgah di stesyen minyak untuk isi minyak sebelum meneruskan perjalanan ke Kuantan. Kebetulan, kami belum dinner lagi sebab kita pun baru lepas habis kerja. Untuk tidak membuang banyak masa lagi di perjalanan, maka kami ambil jalan mudah untuk makan di situ jer.

Menunya adalah western dishes. Harganya pun tak lah sampai nak cekik darah. So, kami cuba lah dulu....


Hubby pilih kesukaannya iaitu lamb chop. Lihatlah.....
Lambchopnya ada 2 keping isi yang boleh tahan juga mengenyangkan. Ada fries. Ada capsicum. Ada coleslaw yang elok diletakkan dalam sekeping daun kobis yang nipis dan segar dan rangup. Sosnya ialah blackpepper. Ada juga sos pudina yang hijau tercalit cantik atas pinggan tu.

Rasanya memang sedap. Hubby macam tak boleh berhenti makan. Dagingnya wangi, garing di luar, moist dan lembut di dalam. Ada rasa rempah campuran. Maknanya ada rasa Asia dan Barat juga dalam daging tu. Perapannya memang istimewa. Nampak daging tu macam hitam, macam hangus, tapi bila masuk dalam mulut, langsunggg tak rasa pahit rentung. Hitam tu adalah hasil daripada bahan2 perapannya.

Kita rasa sehiris jer. Tak berapa gemar kambing masa tu. Oh, mood selera kita berubah2. Kadang2 suka yang itu malam ini, tapi malam esok, nak makan yang ini pulak....

 Kita pula order burger bakar. Hubby mencebik masa kita order. Kami pernah makan burger bakar sekaliiii jer masa di JB. Di dataran van steamboat tu, ada salah satu stall yang jual burger bakar. Oh, ada dalam salah satu entry kita tahun lepas. Entry tu di SINI. Punyalaahhhh tak sedapnya. Keras rentung di bakarnya daging burger tu. Tapi, kita nak juga rasa burger bakar yang lain. Kalau tak sedap, takkanlah begitu meletop orang cari burger bakar kan....

Tapi, kita bungkus jer lah. Konon belum berapa lapar. Nak makan dalam kereta jer nanti. Tu yang burgernya berbungkus dan side dishesnya dalam tupperware. Cantik kan dia letak dalam tupperware macam tu. Nampak kemas dan tak cincai.

Tapi, lepas hubby habis makan kambengnya tu, hubby kata makan jer lah. Nanti senang. Elehhh...yang sebenarnya dia pun teruja tu. Kita tau sangat. Lagipun, kalau makan dalam kereta, kita kena suapkan burger kat dia sebab dia driving kan. Mesti feel tu kurengg sikit. Dah hubby buka mulut, isteri mithali mesti kena taat kan...hehehehehe. Iyerlah, buka lah...makan terus kat situ.

Guna pinggan kambeng yang dah licin lincau tu.... Hubby potong 4 agar memudahkan kami nak masuk mulut dan ngap. Kita pula sengaja mintak hubby tunjukkan isinya untuk di potretkan. Pergh...burger ada potret. Dasyat kan...! Tapi segan lah pula nak close-up beriya-iya.

Burgernya.... Memang sedap!!! Terbaiklah. Tak menyesal langsung membelinya. Patty burger tu teballl dan lembuttt. Bila kunyah, terasa daging tu berjus. Ada rempah2 yang tak berapa strong. Mild rasanya, tapi sesuai dengan hidangan tu. Sayur adalah banyaakkkkkkkk. Kita suka!!

Kami puas hati sangat.....


Inilah warungnya. Order kat tingkap tu jer....

Presentable...dari warungnya, ke peniaganya sehinggalah ke hidangannya. Memang bagus. Tak cincai!

So, boring2 tak tau nak makan apa.... apa kata cuba di sini. Parking senang...tak perlu beratur sampai putus kaki....

.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

17 thoughts..

Suria Amanda berkata...

tgok macam sedap jer kak oii....terliur dah SA ni...

Chik Att berkata...

sama ngan Ca .... makan ni tak kisah sangat . gerai tepi jalan pun jadi ...

Tanpa Nama berkata...

baru semalam makan lamb chop di hulu langat. murah, big portion dan sedap :)

pB berkata...

akak ...

kat mana nie....??
Apa nama kedai nie???

t.a.t.a berkata...

Kena makan masa cheat day ni.

Kakzakie Purvit berkata...

Kalau pack cantik kita nak makan pun selera Ziela. Burgernya besar bolehlah kongsi ye:)

Unknown berkata...

Boleh dipertimbangkan.. boleh masuk wishlist makan-makan cuti ni nanti.

Dr K berkata...

dekat area Gombak nak menuju highway ke Kuantan? hmmm..boleh try..before R&R Genting Sempah ke?

Aziela berkata...

@Amanda Suria Gombak tu dik.... Heheheh...dating kat sana jom!

Aziela berkata...

@Chik Att Kalau pandai pilih, gerai dan warung pun sedap..Jimat pun jimat...

Aziela berkata...

@Wan Ahmad Izudean Wah..jangan lupa share tau nanti

Aziela berkata...

@pB Gombak dik...lokasi..dah cerita dalam entry. Hehehehe. Simpang sebelum masuk ke tol Karak/Gombak nak menghala ke Kuantan. Di antara stesyen minyak Shell dan Petronas

Aziela berkata...

@t.a.t.a Alaa...tengah diet ke? Apsal akak sorang jer tak diet lagi nie...uwaaa!

Aziela berkata...

@Kakzakie Iyer kak...teruja rasanya. Burger tu memang besar. Share berdua pun kenyang jadinya.

Aziela berkata...

@Shamsiah Abdul Rahman Sempat ke nanti Kak Sham? Akak kalau balik Mesia, mesti penuhhh jer jadual..hehehehe

Aziela berkata...

@Daddy Ziyyad Before masuk bayar tol Gombak/Karak yang RM5.00 tu. In between Shell dan Petronas sebelum masuk UIA.

aizamia3 berkata...

dah lama tak pergi arah situ.. nanti nak cubalah.. ;)