Selasa, 21 Januari 2014

Spaghetti Ala Carbonara

Assalamualaikum.....


Ini namanya masak ekspress. Bila tiba2 ada tetamu yang datang mengejut, tuan rumah pula tengah mamai terpisat2 baru bangun tidur, ini lah menu penyelamat.

Ada spaghetti angel hair, rebus dan toskan. Sekejap jer. Tak sampai setengah jam dah masak. Masa spaghetti sedang di rebus, bolehlah sediakan sosnya.

Tumis bawang putih dan sedikit bawang besar cincang sehingga wangi. Masukkan isi ayam dan sosej yang dipotong kecil ikut kesesuaian diri masing2. Lepas tu tuangkan jer sos carbonara dalam tin. Kat supermarket kan banyak. Nak banyakkan sikit, campurkan dengan susu cair atau susu segar. Masukkan bay leaf atau pun oregano kering dan didihkan. Siap! Boleh hidang.

Masa raya tahun lepas, kita spare kan menu nie sebagai penyelamat kalau keadaan terdesak. Wah, laku betul masa tu. Maklumlah, raya2 kan banyak makan rendang dan makanan berat yang berempah, maka bila ada rumah yang hidangkan spaghetti nie, cepat jer lah lakunya.

Sejak lepas tu, kita makin rajin simpan stok bahan2 instant ni.

Rasanya? Mestilah yummmyyyyyy....!


19 thoughts..:

pB berkata...

simple tapi menyelerakan ....

Cho Zila berkata...

ooo memang mudah... tetamu makan bertambah lagi ler seronokkan...

Mira Adzlia berkata...

mudah je kan..dan nmpk sedap nih :)

Kakzakie berkata...

Kalau rumah kakak memang macam-macam jenis speghetti kena ada Ziela sebab anak dara kakak boleh buat sendiri. Senang kan.. tapi macam bay leaf kering tu biasa kakak tak simpan. Oregano tu adalah..

Rai Ourkizuna berkata...

saya kalau bab tetamu mengejut ni mmg risau kak.. tang masak memasak tu boleh diuruskan lagi.. tapi tang bersepahnya tu.. maklumlah..ada anak kecik..

Wak Gelas berkata...

rajinnyer makkk., ehHHEee

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

teringat pulak masa raya lepas ke lepas, member dtg umah akak masakkan spaghetti bolognese, smpi tpaksa ulang masak tiga kali, laku bebeno!!

msredcheesecake berkata...

carbonara cheese memang peberet sy...waa... dap...

t.a.t.a berkata...

Pepagi lagi akak dah jamu dengan mee omputeh?

Ujie berkata...

Carbonara...blm pernah try lagi ni..

Daddy Ziyyad berkata...

minum pulak dengan air oren...wau!!!

:)

:: Cik Viva :: berkata...

Alamak..feberet lah carbonara sos nih..slurrpp

Irfa berkata...

as salam
dr blog cikviva ;)
sedapnya tgk cabonara
lama dah tak buat

NzA berkata...

cepat dimasak, sedap dimakan.....
Tiba2 teringin nak mkan. lama dah xbuat.

Aiza Hamdan berkata...

sangat simple..n menyelerakan..biasa aiza panas kan je yang dalam tin tuh..nak tambah lelaen x reti..(nak jdikan banyak) hehehe..

aizamia3 berkata...

tak pernah cuba buat lagi kak sebab en. suami tak suka tapi satu hari nanti pasti saya akan buat dan saya akan pastikan semua ahli dalam rumah tu suka.. hehehe..

aizamia3 berkata...

tak pernah cuba buat lagi kak sebab en. suami tak suka tapi satu hari nanti pasti saya akan buat dan saya akan pastikan semua ahli dalam rumah tu suka.. hehehe..

Zamani Abe berkata...

bestnya!!!

gadisBunga™ berkata...

kat umah saya rajin buat spageti ni. sebab mudah. tapi biasanya lepas makan spageti ayah saya mesti minta nasik jugak. huwaaaa!!!!

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink