Dinner UPKK Adam di Kampachi

21 comments
Assalamualaikum.....


Esoknya, semasa sedang menunggu kereta di servis di pusat servis, sempat lagi Adam buka buku dan buat sedikit latihan English. Dia memang lemah betul lah bab2 bahasa ni.... English pun, so and so jer... Jadi, kenalah usaha sikit.

Adam sambil2 buat tu, dia sambil2 relax. Tak pulun pun. Kejap2 mengelamun, kejap2 nak main game, kejap2 borak entah apa2. So, masa borak2, kita tanya lagi...nak makan apa? Dah semua pun tak nak, abis, nak pergi makan kat mana? Dia angkat2 bahu tanda tak tahu..sambil buat muka bosan. Hehehehe, anak manja sorang nie. Save the best and expensive for last. Lastly tanya dia, nak makan Japanese food ke? Dia pandang kita, menyengihhh jer. Tapi malu2 kucing gitu. Dia kata, "I don't know".

Kita usik2 dia, ok..tak nak Japanese, kita pergi makan steamboat jer la....

Cepat2 dia pandang kita, muka dia serious jer. Dia cakap, " I said I don't know..". Hahahahahahaha...kita gelak macam nak rak... Sajer usik dia. Mana pernah dia tolak Japanese meal. Then kita kata, kalau nak makan Japanese, kena siapkan latihan. Kalau tak siap sampai kereta habis servis, tak payah pergi. Wah, dengan pantas dan fokus dan tekunnya dia menyiapkan latihan dia. Hahahahhahaa.

So, cakap dekat hubby, nanti ajak Mommy semua pergi JJ. Makan kat Sushi King la for dinner.

Lepas Asar, kami gerak dari rumah. Kebetulan Along, abang ipar kita ada. Ain pun dah habis belajar...so semua ada. Dalam kereta, hubby congak2, katanya better makan buffet. Kalau makan di Sushi King, order sashimi 3-4 plate pun dapat sikit. Harga pun dah boleh cecah ratus2. Lagi puas hati makan Japanese buffet. Kat Melaka, nak sedap Japanese Buffet, hanyalah di Kampachi Restaurant di Equatorial Hotel. Kelam kabut call Kampachi  untuk booking bilik. Nasib baik sempat lagi.

Hubby bermurah hati dan senang hati belanja besar....

Thank you hubby....

Ini gambar masa mereka berumur 9 tahun. Gambar sama macam di SINI
Tahun ni tak ambil gambar depan pintu. 

Tak banyak gambar di buffet counter yang kita snap sebab segan.. Ramai sangat orang. Syukurlah kami sempat booking satu private room. So, selesa sikit. Lagipun ramai Japanese family kat sini. So, bila buat perangai macam kita2 nie, kadang2 kena jeling semacam. Japanese bila mereka di Malaysia, sangat defensive..and sangat sombong. Melainkan kalau kita ada apa2 urusan dengan mereka, barulahhh nak polite. Tapi kalau setakat di tempat awam dengan strangers, senyum pun dapat jelingan tajam tau. Masalah jiwa betul lah diorang nie... Oh, ada sekali tu, masa Adam nak ambil salmon bakar, sorang old Japanese lady tunggu sebelah turn sebelah Adam. Bila Adam dah sudah, dia hulurlah penyepit tu pada makcik nie sambil tersenyum. Tapi makcik ni tak balas pun senyum, muka masam adalah, lepas tu tak cakap tengkiu, terus grab jer penyepit tu. Hubby bukan main marah lagi. "Nihon zaru. Ahok des!"  Hahahahah...kannn, ambik! Tapi takderlah cakap kat makcik tu.

So, kita sempat ambil beberapa dishes jer lah selain yang dari apa yang kami makan.

Bakar2. Udang bakar dan kekapis (scallop) bakar


Stesyen goreng2. Kiri sekali adalah takoyaki, lepas tu kaki age (tiram goreng) dan berbagai2 tempura

Hubby dan yang lain2 terus attack sushi steshen. Most of the customers pun sama. Mommy dan yang lain2 pun ikut jer hubby. Kita jer yang terus ke stesyen bakar2, goreng2 nie...hehehehe.


Ini first plate Adam. Menyengih jer dia sepanjang masa. Minum air teh hijau sejuk.


Ini pula first plate kita. Scallop bakar dengan cheese, dan 3 biji takoyaki. Bestnyaaa dapat makan takoyaki puas2 kat sini. Kalau beli kat AEON tu, 3 biji jer dah beringgit2 kan. Takoyaki kat sini, dia lebih kenyal, lebih keras sebab cruncy dan isinya taklah penuh dengan kobiss jer ka. Memang sedap betul lah... Scallop is so and so. Kita tak repeat pun... Tapi tiram goreng tu memang sedap betul. Rangup dan garing salutannya, isinya pula lembutt sangat. Sedapppp! Macam ada rasa krim pun ada dalam ketulan tu. 

Dekat sashimi kaunter, hubby borong yang mentah punya. Bila yang bakar dengan cheese kita rasa tak best, maka yang mentah nie, kita tak teringin nak makan. 



Ok, ini baru my dish. Sebenarnya sashimi tu hubby yang ambik. Makan ramai2. Salmon dia...aduh makk....sedap gilerrrrr!! Sangatttttt lembut. Sangat manis, sangat fresh. Bila masuk mulut, terus rasa macam cair dalam mulut jer. Macam makan puding yang lembut tu. Aduhh...kecur betul. Kalau kat sushi king atau order ala carte, 5 keping jer dah berpuluh2 ringgit. Kat sini, boleh makan sepuas2nya. 

Oh, ada kad pink tu, nampak tak? Itu kad untuk ambik oyster. Oyster fresh, seorang dewasa hanya boleh ambik 5 ketul jer. Since kami ada 5 orang dewasa, so dapatlah 5 keping kad tu.


Antara dishes yang kami ambil. Shoyu (kicap) ada seteko kecikkkk tu jer untuk kami semua. Kejap2 kami suruh diorang top up...naik penat waiter tu ulang alik. Oh, ada yang special. Nampak tak kaki ketam tu? Itu adalah king crab. Susah nak dapat. Entah macam mana, banyak pula masa nie. Even Japanese semua pun attack benda ni jer. Tengah musim sejuk kan, so memang musim ketam nie lah. And, King Crab nie bukan murah tau. Nak tangkapnya sangat susah. Kita ada tengok dokumentari. Hubby yang enjoy sangat makan ketam nie. Kita makan sikit jer.. Maniss...sedap tapi isinya dah sedikit kering. Yerlah...jauh perjalanan dia dari Hokkaido (harap2nya dari Hokkaido lah) tu kan. And I'm very sure yang fresh baru sampai dari laut tu mesti marvelous giler kan.


Oyster... Yeay! Tapi kita makan 2 jer. Tak sedap lah oyster dia. Tak gemuk, tak juicy and rasa pun tak berapa fresh. So, kami semua pun tak makan banyak. Hanya 2 keping kad yang digunakan, so ada sepuluh ketul. Mommy dan Firdaus tak makan oyster nie. Mommy memang langsung tak boleh telan semuaaa jenis sashimi...heheheheh.

Udang bakar, Mommy makan lah... Udang nie memang sedaplah kan. Walaupun tak berapa fresh, tapi masih sedap lagi. Cara ianya di bakar pun just nice. Tak garing sangat...so masih moist. 


Mommy dan Ain. Ain baru habis study nursing dia. Sekarang tunggu keputusan posting. Kalau dapat hospital dekat2, ok lah...buat nya dapat hospital jauh2 nun di utara atau pantai timur....susah juga. Mommy nampak macam ok sikit. Tapi, dalam hati dia, manalah kita tahu kan. Yang penting, untuk masa sekarang, anak2 cuba sentiasa bersama dia. 

Ini final plate kita. Bukan pinggan tu tau, piring kecik jer tu. Beberapa helai udon, satu sudu nasi goreng, isi ikan salmon bakar dan sedikit isi lobster. Uish, rugi tak ambil gambar salmon dan lobster tu. Besarrrrrrr sangat. Salmon tu adalah lebih kurang 1 meter panjangnya. Di bakar se ekor, dengan sosnya yang sangattttt menarik. Giler mabuk salmon lah kitorang. 

 Lebih kurang macam nie lah, tapi kat Kampachi ni, ikannya di bakar, dah oren dah kaler. Lepas tu sosnya...yummmy!


Gambar dari dalam lif di Shahzan Inn, Kuantan.
Lebih kurang macam ni lobster tu, tapi besarrrr  lagi. Ada kepala dengan ekor jer.

Lobster pun besar... Pendek sikit dari setengah meter. Dibakar juga. Kepala dengan ekor nya ada. Badannya dah tak ada. Isi badannya dah diambil, dicampur dengan mayonis, ubi kentang dan disusun atas pinggan besaaaar. Kepala kat depan, ekor kat belakang. Tapi bila makan, rasa macam makan ubi kentang jer lah.


Adam memang sukaaaaaa sangat. Riang gembira sungguh dia. Adam order carrot juice. Dia ingatkan dapat carrot susu. Sekali sampai, pure carrot juice. No sugar, no milk. Hahahahhaha. terus dia tolak gelas tu kat mama dia nie. Si Firdaus pun sama. Minta orange jus. Sekali dapat orange yang masam giler. Tak tertelan dia...hahahahhahaha. Last2 budak berdua ni setia kepada air teh hijau diorang. Katanya teh hijau lagi sedap...hahahahahha. Bagus..bagus...!


Hubby action, makan brocoli. Gambar ni, dummy. Nak buat cantik nak tunjuk kat doktor yang dia dah makan sayur banyak sekarang. Takder maknanya dikkkk. Ingat ketam2 King Crab kat atas tu? Nampak oyster tu? Nampak salmon, scallop, udang dan lobster? Ha....semua dah selamatttt! Walau bagaimanapun, jangan kutuk banyak2. Hubby yang belanja ok...dia bermurah hati. Masalahnya, lepas nie, sama2 makan ikan kering sampai cukup bulan yer...hahahahahaha.

Sedap yer Adam? Makan lah... Nanti kalau ada rezeki untuk cemerlang UPSR, minta lagi yer...hehehehe. Mama nak tumpang makan sini lagi. 


Ini lah dia.... Sos yang menyelimutkan salmon seekor tu. Ada telur ikan salmon...ada black berry, ada blue berry, ada salmon... Perghhh... telur ikan tu kita dapat sikit jer...sedappp lah pula. Firdaus offer nak pergi ambikkan lagi untuk kita.... Yess...sayanggg Firdaus. 

Ha, ambikkk! Sepiringggg! Isi ikan salmon, campur telur salmon. Eh, sepiring ni bukan kita makan sorang tau. Sepiring nie kami share sekeluarga. Sedapppp... Kena makan dengan chopstick kayu tu. Dengan sudu, memang kurang sedap betul. Telur ikan nie, bila masuk dalam mulut, dia pecah. Pup..meletup. Rasa macam masin2 lemak macam tu. Campur pulak dengan rasa mayonies yang berkrim tu...aduhai... Boleh mimpi tak habis la pasal telur salmon nie. Ala...dia macam biji2 pearl dalam air cool blog tu. Bezanya, rasa dia lemak masin sikittttt jer...



Abang ipar kita, Along kebetulan balik Melaka. Eh, memang kami tahu dia nak balik Melaka, sebab tu lah planning nak makan satu family. Sayangnya dia tak bawa anak isterinya pula... Pagi tu, wife dia kerja, so anak2 hantar baby sitter. Tapi bestlah, Along ada. 3 tahun lepas Along takder, tapi Arwah Ba ada. Now, Along ganti tempat Arwah Ba. 

Desert. Fruits yang bersalut chocolate. Ada chocolate fountain. Ini, budak berdua nie punya kerja lah. Susah nak tukar habit kan. Konon table manners dari kecik is desert after main course. Means fruits. Tapi sepatutnya fruits sebelum makan, not after makan. Takper, lepas nie tukar sikit2. 

He is very happy, very satisfied....


Last but not least. Mama love you so much...!



Per adult : RM68.00++
Per child : RM28.00++

Buffet Dinner only for Saturdays.
Buffet Lunch only for Sundays.
.

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

21 thoughts..

Unknown berkata...

kampachi memang one of the best japanese rest kat malaysia ni tau.. memang puas hati kalau makan kat sana..kalau nak makan banyak mmg recommended ambik buffet terus sebab kalau makan set pun dah berapa ringgit kan satu set.. kami kat sini biasa pegi rakuzen je.. husband tak minat makan buffet..

Abil Fikri Ahmad berkata...

Oyster mentah, perah lemon sikit..Perghh!!

t.a.t.a berkata...

Kak, ada jugak eh mama udang, papa udang, kakak udang, adik udang dan udang-udang tu semua. Hahahaha.


Tahniah Adam dapat makan your fav food.

Dr K berkata...

Saya kan....seumur hidup tak pernah masuk restoren Sushi King tu...ooo..mahal juga ya...

Saya tak makan sushi...hihih..saya loya..
Tapi ada satu makana jepun dulu, saya selalu makan kat food court Mid Valley...tepanyaki namanya kalau tak silap...yg tu saya boleh la makan sebab bergoreng

aby berkata...

wah ... banyak makan tu ..
bila tengok oyster , teringat Mr Bean makan oyster dengan lucu ..
picit kan limau nipis ..
sedap oyster tu

msredcheesecake berkata...

saya memang tak pandai makan sushi...

Al-Manar berkata...

Involved in human resource you seem to have learnt to acquire foreign tastes as well. Looked good but I prefer to see them well on the stove!

Al-Manar berkata...

Involved in human resource you seem to have learnt to acquire foreign tastes as well. Looked good but I prefer to see them well on the stove!

NzA berkata...

Murahnyaaaaaa...boleh mkn sebyk itu. Mmg berbaloi n puas hatilh. Akak mkn kt sushi king tu ank branak pn dh ratusan. Itupun mkn ciput je....
Meleleh2 airliur xrenti2 ni....

aizamia3 berkata...

Nampak semua menarik.. nak pulak yang ada cheese.. tapi sekalipun tak pernah try makan.. hehehe..

Sukma berkata...

ohhh...makan japanese food..saya tekak melayu...hihi

Aziela berkata...

@Rai Ourkizuna Akak kalau pergi rakuzen tu agaknya terkulat2 kot. Atau, kempis wallet tebal jadinya...hahahahaha

Aziela berkata...

@Abil Fikri Ahmad Perah lemon, lepas tu sudukan sedikit sos thousand island.. Lagi perrghhh!!

Aziela berkata...

@t.a.t.a Hahahah...ada juga rupanya. Tapi Adam x makan udang langsung pun...papanya jer yang makan. Oh, raja udang (King Crab) pun ada. Up sikit this time.

Aziela berkata...

@Daddy Ziyyad Kalau masuk sushi king pun kami jarang order yang mentah sebab mahal. Lepas nie, masuk jer sushi king tu Doc. Makan yang goreng2...rebus2...Bakar2. Sodapp! Healthy as well sebab surely minum dengan green tea.

Aziela berkata...

@aby Aduh kang...yang Mr Bean tu...jadi loya la pulak...hahahahha. Memang sedap kalau dapat yang bagus.

Aziela berkata...

@msredcheesecake Ok, makan benda lain. Yang goreng2 banyakkk. Yang bakar2, rebus2 pun ada.

Aziela berkata...

@Al-Manar Oh, Pak Hassan. This particular foreign taste is from my hubby. He studied there for a few years. Yeap, they have variety of delicacies here, including on the grill, not only on the stove. :)

Aziela berkata...

@NzA Kak, akak kan selalu datang Melaka. Bila nak datang tu, akak call and booking siap2. Lepas makan, boleh jalan2 dah di Mahkota. Dekat jer. Jalan kaki jer...

Aziela berkata...

@aizamia3 Menarikkkk....try lah nanti Ai.

Aziela berkata...

@Sukma Haron Kak, namanya Japanese. Tapi masakan nya, kita pun selalu makan. Setakat goreng celup tepung, ikan bakar, sup2 tauhu.... Lebih kurang sama menu dengan Melayu. :)