Jumaat, 3 Januari 2014

Lauk Kantin Kilang

Assalamualaikum.....

Kita dengan hubby walaupun jauh, tapi kami sering berbual. Berbual sampai detail, makan apa lunch, minum air apa dan sebagainya. Kadang2 hubby keluar dengan kawan2nya dan makan di kedai pilihan mereka. Kadang2 bila tak sempat keluar, hubby makan di kantin kilang jer. Ish, lauk2nya memang sedap2 la kan.

Gulai ikan pari


Pajeri nenas

Pucuk manis dan labu masak lemak

Tak pasti pula. Macam ayam masak merah jer

Ikan goreng berlada

Telur masin, ikan goreng, kentang dan akcang tanah bercili, ikan masin goreng bercili.

Sambal belacan

Singgang ikan tongkol


Biasanya kantin di kilang2 memang menunya sedap2. Kilang tak ada kroni. Kalau tak sedap, tak bersih, kontrak dihentikan. Tapi selepas 2 tahun, kenaaaa tukar orang lain. Tapi kadang2 kantin di pejabat2 kerajaan, di sekolah2, dok laaa orang yang sama berpuluh tahun. Menu yang sama, kualiti makanan yang menyedihkan dan kebersihan yang ala kadar. Aduhaiiii.....

.

21 thoughts..:

:: Mrs.Eady :: berkata...

bab kroni tu yg masalah besar....T__T

Rai Ourkizuna berkata...

bestnya masakan dia.. kilang saya dulu alakadar je masakannya..kadang saya boring, bawak bekal.. tapi skang ni opis da takde kafe.. layankan ajelah masakan kedai makan atau bawak bekal sendiri..

msredcheesecake berkata...

tempat keje sy takde kantin...hhee... co kecik je... sedap je nampak lauk...

t.a.t.a berkata...

Labu dengan pucukmanis tu memang sedap. Masalah kroni memang tak leh nak kata apa la kan.

KakNi Sihat Cantik berkata...

sempat lagi amik gambar lauk pauk tu... heheheh

Pizli Mat Wazip berkata...

Memang nampak sedap betul dan baguslah idea tu dua tahun tukar tu.

Daddy Ziyyad berkata...

Dan selalunya, harga makanan di kantin kilang adalah murah!

iboo berkata...

huhu...kecur air liur tgk sambal belacan tu.mesti power! hihi

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

sedap-sedapnya lauk kantin tu...

Aziela berkata...

@:: Mrs.Eady :: Menjadikan orang ramai sebagai mangsa

Aziela berkata...

@Rai Ourkizuna Kilang dulu2, orang tak pantau macam sekarang kot

Aziela berkata...

@msredcheesecake Biasanya kilang atau company besar jer yg ada kan

Aziela berkata...

@t.a.t.a Nyampah kenkadang dengan kroni ni

Aziela berkata...

@KakNi Sihat Cantik Hubby saya memang support saya jadi blogger...hehehehehe

Aziela berkata...

@Pizli Mat Wazip Sepatutnya memang macam tu

Aziela berkata...

@Daddy Ziyyad True, sebab itu salah satu benefit kepada pekerja. Operator kilang tak perlu bayar sewa kantin, dan air serta elektrik adalah free. Di tanggung kilang

Aziela berkata...

@Seri Kandi Tanah Jauhar Kannn...saya pun teringin rasanya

Aziela berkata...

@iboo Farahhhh! apa mimpi masuk blog akak? Wahh...tengkiu...tengkiu. Tengah ngidam ke sekarang?

aizamia3 berkata...

eemm.. kat tempat saya orang yang sama sejak 10 tahun lalu.. tapi terbuka untuk staff dari company swasta pun ada kat bangunan saya ni..

Sukma Haron berkata...

sedap jugak lauk kat kilang...nampak sedap..apa nama kilangnya...dulu pernah keje kilang kekadang lauk nan hadoo...

dzul fazdli berkata...

Hrga mcmne plan? Boleh bgtau die Kira mcmne?

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink