"Dia Tu Muallaf Jer.." - Bahagian 1

22 comments
Assalamualaikum.....

Pertama sekali, kita minta maaf sebab dah lama sangat rasanya tak menjenguk. Tapi sebenarnya baru seminggu jer kan...hehehehehe. Alasan biasa lah...busy.

Oh yer, just a short note today to all friends.

Sepanjang minggu lepas, ada 2 kisah yang menyentuh tentang statement di tajuk entry ni. Kita teringin untuk berkongsi.


Kisah Pertama

Statement di atas...di tajuk entry ni ialah apa yang kita dengar pada minggu lepas daripada seorang makhluk Allah nie. Dan makhluk Allah yang mengeluarkan statement itu ialah seorang Melayu Islam.

Yang sebenarnya, minggu lepas kami menghadiri kursus management. Trainernya adalah seorang muallaf berbangsa Cina. Walaupun tak fasih bahasa melayu dan pelat menyebut Allah, namun kita patut bersyukur bahawa aqidahnya terpelihara.

Tapi kasihannya apabila beliau di panggil oleh petugas kami sendiri dengan nama Cina Muallaf. Kita terfikir, apakah mereka yang berkata2 ini tidak rasa bersalah? Tidakkah mereka ingin memikirkan yang hakikatnya bahawa trainer itu bukan sekadar muallaf, tetapi adalah seorang saudara baru, seorang abang atau adik yang memerlukan bimbingan dan kasih sayang kita selain Allah?

Yer, kita sentap bila Islam sekarang masih kolot pemikirannya.

Sila baca novel Melur Jelita yang bertajuk 'Awak Suka Saya Tak?'. Itu adalah kupasan terperinci tentang muallaf yang lebih jauh cemerlang dari muslim yang Islam sejak lahirnya.




Kisah kedua kita akan sambung esok, Insya Allah....

.




22 thoughts..

Anum berkata...

salam singgah pagi...:)
sory minggu nie bz sangat2

t.a.t.a berkata...

Kita sepatutnya rasa bangga dengan saudara baru kita tu. Masa sekolah menengah dulu ada sorang kawan ni, mixed Chinese dan Malay. Tapi muka memang purely chinese ikut abah dia. Seronok berkawan dengan dia. Nampak yang kita ni majmuk.

Acik Erna berkata...

acik ada juga kenal..dan Alhmdulillah tak tersebut pun gitu..ada sorang jadi anak angkat arwah bapak dulu masa mula2 dia Islam

Rozita Ceritaita berkata...

sangat tak suka dengan perkataan tu kak.. sensitif tapi orang masih suka gunakan..

Islam tak membezakan umat mengikut bangsanya..yang penting jaga amalan..

Tanpa Nama berkata...

Kita melayu pun muallaf,baca buku sejarah..asal hindu n masih ada lagi tinggalan kat bali bagi sesapa yg suka sgt kebangsaan.

aku lagi suka pepatah..biar mampus adat,jgn mati anak .. sbb kalu islam anak tu tanggungjwb.

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

akk selalu terfikir kenapa orang kita suka 'memualaf' dan meng'kafir' kan orang lain...

Lulu Caldina berkata...

salam kak :)

Novel KUD tu takde jual kat pasaran. hanya boleh didapatkan dari penulisnya di FB. Boleh tengok FB nya 'Sarah Marissa'..

buku tu mmg recommended tau kak :)

aby berkata...

kurang faham nama china muallaf mcm mana ..
melayu islam ada namanya,
china ada nama dia ..
china muallaf, mana islam campur cina ke?
mcm Ridhuan Tee tu !!

Dr K berkata...

Jangan mendabik dada dengan " Islam secara keturunan" kita ni...sebab ada kalanya, mereka yg baru memeluk Islam(kembali ke fitrah) lebih bagus amalannya...dan dosa2 lampau nya semasa sebelum Islam, dah terhapus..Kita, bagaimana?

Saya sarankan, kalau akak mampu, tegurlah petugas tu dengan cara yg lembut/berhemah...betapa saudara baru kita ni, perlukan sokongan kita..bukan dipandang serong..bukannya ada stigma..

Tanpa Nama berkata...

Salam, mhon maaf sekiranya komen ini menganggu saudara puan blogger.
Pada saya muallaf hanya perkataan arab yang bermaksud saudara baru. Ia hanya term untuk individu yang revert islam. Term ini penting supaya kita yg sedia islam menyambut mereka sdbahai sebahagian komuniti kita dan memberi perhatian, sokongan dan bimbingan yang sewajarnya.
Saya rasa takde masalah pun dengan term tu.kita tak perlu terasa pun.
Makcik saya seorang cina muallaf dan dia langsung takder masalah dengan perkataan tu, sebab dja tahu di malaysia melayu majoritinya muslim dan bangsa cina di sini bukan.
Sama-samalah kita berdakwah kepada semua termasuk melayu yang hanya pada nama.
Cina muallaf india muallaf anda pun dah bersaudara dengan orang islam, jangan segan2 menegur melayu yang hanya pada nama.

NzA berkata...

akak pn bz sgt2 skrg...

patutnya kita sbgai org Islam tunjukkn adab yg baik utk dijadikan contoh oleh bangsa lain....emmmm, entahlah kan...

Aziela berkata...

@t.a.t.a Seronok juga kawen dengan mix Chinese Malay ni. Seronok pening kepala dengan pelat dia..hahahaha

Aziela berkata...

@Acik Erna Tak salah menyebutnya kan Acik, masalahnya, intonasi dia menyebut tu adalah dengan nada yang mengejek... Aduhaiii

Aziela berkata...

@Rozita Muallaf tu bukan perkataan menghina, tapi semacam ada satu boundary pula. Itu yg tak bestnya.

Aziela berkata...

@Anonymous Setujuuuuu....

Aziela berkata...

@Seri Kandi Tanah Jauhar Ha kan... kriteria apa yang digariskan? Siapa yang menggariskan?

Aziela berkata...

@Lulu Caldina Luluuuuuu, akak x der FB..!!! Uwaaa....!!!

Aziela berkata...

@Diana Rashid Dan kitalah yang sepatutnya bantu untuk menerangkan dan memberi aspek yang betul.

Aziela berkata...

@aby Yer, macam tu. Tapi intonasinya adalah seolah2 menghina dan merendahkan. Tu yang buat rasa tak sedap

Aziela berkata...

@Daddy Ziyyad Betul tu.... Nak tegur petugas dalam hal dan isu ini, umpama menarik rambut dalam tepung. Tepung tak boleh berterabur, rambut tak boleh putus. Pelan2, lembut2...

Aziela berkata...

@Anonymous Kebanyakan kami pun tiada masalah dengan perkataan muallaf. Nak berdakwah, kita mulakan dengan diri sendiri. Saya hargai teguran itu, tetapi kan lebih manis sekiranya perkenalkan diri dan tidak berselindung di sebalik nama Anonymous? Yang menjadi isu ini ialah cara panggilan muallaf itu dilontarkan adalah dengan intonasi dan body language yang amat tidak manis.

Saya tak rasa perlunya ada boundary sesama umat Islam, yang senior atau junior, yang mewarisi atau dihadiahkan hidayahnya.

Aziela berkata...

@NzA Kalau busy tu, memang tak menang tangan dibuatnya kan kak...