Dinner di Sri Chengmai, Lepas Tu Baru Boleh Shopping...

11 comments
Assalamualaikum.....

Lepas Isya', kami keluar semula. Memang sengaja keluar lewat sikit sebab nak shopping tengah malam di Wakaf Che Yeh tu. Lagipun dah rehat cukup2, dah fresh semula. Kaki pun dah rehat, dah boleh pulun semula untuk shopping di malam hari. Tapi, sebelum tu mestilah makan dulu kan. Isi tangki perut dulu deh...

Kita dengan hubby daripada hotel lagi dok memilih2 nak makan di mana pula... Sampai dah masuk kereta dok berbincang lagi nak pilih yang mana. Lama2, buka google map dan kami jumpa juga Sri Chengmai ni.

10 tahun yang lepas, kami pernah makan di sini dengan family kita. Mak ayah dan adik beradik semua ada. Tapi masa tu di bawa oleh kawan syarikat yang bekerja di cawangan KB. Selepas 10 tahun, baruuu dapat jumpa semula. Kami tiba di restoran tu pun dah pukul 9.00 lebih. Tapi, sempat lagi la....

Inilah restorannya. 

Mommy dengan SIL. Riang gembira kan..sebab dah rehat cukup2 dan nak shopping lagi. 

Buku Menu nya...


Ada peta kalau ada sesiapa yang nak pergi....


Of courselah order Tom Yam kan. Tom Yam seafood. Memang sedaplah tom yam dia. Standard tom yam yang sedap, memang lulus cemerlang dish ni. Seafoodnya pun fresh2 belaka. Menyegarkan... Tapi, sejak duduk Kuantan ni, kami pernah merasa tom yam yang sedikiiiit lebih sedap dari yang ini.


Tauhu telur dengan vegies. Sedap juga la. Tapi ini yang habis last sekali. Sebab, lauk macam ni kalau makan dengan nasi kurang kick sikit. Kena ratah on its own, barulah boleh menikmati segala rasa sedap dia.


Sayur wajib ada yer. Kita dengan Mommy wajib ada sayur dalam dish....so, kami jerlah yang tukang makannya. Tapi sedap. Terasa segar. Masak sekata, so takder rasa daun mentah. Tapi tak masuk sangat sampai benyek. Crunchy.


Ini air memang tak elok minum. Tak ada apa yang menyihatkan pun. Tapi, hubby suka betul air nie sejak dulu. Itupun, sejak usia meningkat ni, dah kurang banyak dah. Sekali sekala...ok lah. Upah sebab bawa kami ke short trip ni. Bukan setakat bawa dan drive, tapi main sponsor juga...hehehehe


Ini adalah udang, tapi kita dah lupa la apa nama masakan ni. Tapi sedap. Memang sedap. Rasa di dominasi oleh rasa daun limau purut, serai dan lemak dari santan kelapa.

Ikan kukus rebung. Ha, caya tak? Rebung madu tau. Mak oii...sedapnya...rangup, lemak, manis.....


Memang kekenyangan betul lah kami malam tu. Nasi pun makan sikit jer sebab nak kena habiskan lauk pauk tu. Lagipun, esoknya dah nak balik Melaka. So, makanlah dengan penuh emosi kat sini. 

Lepas makan, dah kenyang santak, mesti kena bakar semula intake calories kan. So, mari bersenam. Senamannya ialah walking di malam hari. Shopping timee....!!!

Kami ke Wakaf Che Yeh semula. Dengan penuh semangat. Masing2 bawa diri sendiri...seronok. Kita ada lah beli telekung yang warna warni tu dengan beberapa helai baju. Beli kain pelekat saiz kanak2 untuk Adam solat dan beli baju dan seluar untuk Adam juga. 

Mommy beli baju dan baju dan telekung. Ain pun.... Dan diorang seronok tengok orang melelong barang. Ada la juga mereka terrrbeli barang...hehehehehhe. Pukul 1.30 pagi baru kami balik ke hotel. Penat, tapi puas hati sangat.....

Ok, balik rehat. Esoknya nak check-out dan shopping lagi untuk final stop. 





.

11 thoughts..

Unknown berkata...

kenyang tengok gambar makanan.. huhhh~~ masuk sini tak sah kalau tak terliur kan kak.. hahaha..

Unknown berkata...

Comel la SIL..

Dr K berkata...

lauk sayur tu mmg nampak fresh...
yg lauk udang tu, nampak kuahnya macam jenis tomyam yg dicampur santan..

IndaMarya berkata...

hello dear, ish sedapnya tengok makanan.panas2 msti kenyang tergolek2 kan?

Lee berkata...

Hello Aziela, wow! I love that tom yam seafood. Can practically get the lovely scent too. You all sure know your food, dimana makan best.

I suka tu rebung with ikan kukus. Have not eaten that more than 30 years! All the foods here look very spicy...tentu longgar kan dua tali pinggang lobang, ha ha ha. Lepas tu nak tidur.
Have fun Aziela, simpan satu lagu dalam hati.
Lee.

Bunda_nora berkata...

Alhamdulillah....selesai dah...

Kakzakie Purvit berkata...

Kalau dh kata jenjalan tak sah kalau tak shopping dan makan-makan..

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

insyaAllah, sampai Kelate nanti akk nak teroka tempat2 yg Ziela rekomen nih, hehehe

kakrose berkata...

menu tahu telur vagie tu nmpk segar dan sedap..

ellynadyra berkata...

napelah nampak lauk pauknya sungguh menyelerakan
terliur saya
kak ikan stim ngan rebung madu
gabungan yang best tu, sure sedap kan!
bila akak sebut rangup2 leh imagine tau

Sukma berkata...

baut lapar jer tengok gambar nie...