RSMY Naan dan Beriyani

13 comments
Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, dah dapat rehat dah malam tadi. Tapi of course belum betul2 bertenaga semula. Biasanya selepas 2 malam tidur cukup dan berehat, barulah kembali normal.

Pagi ni dah meredah kesesakan jalan raya di KL untuk ke beberapa tempat untuk urusan syarikat. Ada kes besar yang sedang kami hadapi. Mungkin petugas yang bermasalah ni terpaksa ditamatkan perkhidmatannya. Nanti kalau dah lega, kita akan share. Insya Allah.

Hari ni nak review naan cheese yang terkenal di Restoran RSMY yang terletak di Jalan Medan Tunku di KL ni. Senang jer nak cari kan. Masuk simpang nak menghala jalan TAR, tapi cepat2 masuk simpang kecil sebelah kiri. Restoran ni di belakang bangunan Jobstreet.

Kita ajak hubby try food kat sini. Kebetulan hubby cuti masa tu.

Kami order naan cheese sekeping dan lauk apa entah, dah lupa. 

Nampak cheesenya yang tebal melekat?


Nampak ketebalan cheese?

Nampak tali2 cheese?

Kena makan masa panas. Kalau dah sejuk, macam makan getah. Minta maaf, bukan taste kami. Memang cheesenya tebal, tapi cheesenya bukan jenis yang kami suka. Tak rasa susunya, tapi lebih kepada rasa getah chewing gum.

However, lauk yang kami order untuk cicah naan tu menyelamatkan rezeki kami malam tu. Sedappp sangat. Bila ada lauk cicah tu, barulah rasa lancar jer nak mengunyah dan menelan.

Ini ruang dalaman restoran. Bukan main ramai lagi yang makan naan cheese. 

Hubby pilih nasi beriyani kambing...

Patutlah nama restoran nie, Beriyani House. Beriyani dia memang sangat sedap. Sangat lembut, beras panjang yang tak patah2, telur rebus sebiji, kambingnya sangat lembut dan penuh perisa.

Akhirnya, tinggal tulang dan pinggan yang licin. 

Akhirnya, kami buat keputusan yang kami akan datang lagi, tapi untuk makan beriyani dia yang marbeles....


.

13 thoughts..

hajar berkata...

cheese naannn... ermmmm sedap3...

Kakzakie Purvit berkata...

Nampak nasi dia memang tip-top Ziela. Kakak pun suka kalau beras panjang macma ini - rasa puas makan:)

Unknown berkata...

macam magic.. pinggan penuh nasik tinggal tulang je.. hahaha..

Anum berkata...

sedapnya

Dr K berkata...

nak jugak try....cuma membayangakan mesti susah nak dpt parking area tu...huhuhuh...

kalau nak sedap, tabur mozarella cheese..hahahah...sekeping cheese nan tu berapa RM?

lieyalatif berkata...

wahhh akak dah try yeak....lieya ni dok teliur2 tgk cheese tu kak bile bace entry org lain...dahbukak kat danau kota...mmg nak sgt2 pergi....tapi tu laa dok pkir bileeee laa masa nak pi ni heheheeheh

seb baik akak ckp nasi beriani die sedap...kalo kesana nanti harus lieya try beriani kambing...

:: CIKVIVA :: berkata...

bestnya cheese nan tu, kat sini tak dpt dpt der cheese nan yg kaya dngan cheese gitu.

aby berkata...

salam aziela ..
terkebil kebil mata aby memandang ..
tk dapat nak rasa sama ..

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Amaaaaaaaaa... itu beriyani nampat sgt delicous.. tapiii.. kenapa itu cheese ada rasa chewing gum juga???

NzA berkata...

huwaaaaaa....laparrrr....sedapnya. kambing feveret akak.

Aziela berkata...

@Daddy Ziyyad Parking memang susah sikit la dik.. Kami tunggu kereta keluar, kami masuk. Harga sekeping 8 hengget tauuu...hahahahaha

Aziela berkata...

@Seri Kandi Tanah Jauhar Bila dah sejuk jer rasa chewing gum...heheheheh.

IndaMarya berkata...

asyik makan ja ni..tapi tk pa lpas ni kita posa ye?