Banyakkan Bersabar

16 comments
Assalamualaikum.....




Sekadar berkongsi bila terkenangkan luahan perasaan adik kita. Dia yang seorang staffnurse di hospital daripada dulu lagi di aniaya oleh pihak atasan dan rakan sekerjanya dek kerana pihak pengurusannya menghargai komitmen beliau. Sampai ada satu ketika dia rasa macam nak tarik diri. Tapi berjaya diselesaikan masalah tu melalui perbincangan.

Dia kemudiannya di tukarkan ke jabatan baru. Ok sikit kerjanya, tapi pendapatannya memang jauh berkurangan. Beliau terima juga dengan redha. Baru dia rasa aman sikit, mungkin kerana orang lain berpuas hati. Tapi mestilah dia ada perancangan untuk masa depan. Maka selepas post-basic diplomanya, beliau sekarang menyambung pengajian untuk degree pula di dalam bidang management. Itupun secara part-time, senyap2.

Entah macam mana, salah seorang sister yang 'ehem2' sebelum ini terserempak dengan dia di kampus. Secara tiba2, markah untuk performancenya diturunkan dengan mendadak, dan increment tahunan dia pun tahap2 kakak cleaner jer. Frust sangat dia.

So, apa sangatlah yang boleh dilakukan. Timun dengan durian, kena gelek pun berlubang, menggelek pun cedera parah juga.

Sabarlah adik.... Allah Maha Mengetahui....



Nota Entry Semalam :

- Munduk memang di Thailand, sempadan di Rantau Panjang, Kelantan
- Kita kaitkan dengan Kuantan sebab bila hubby di Kuantan, kami selalu jer terjah Kota Bharu sesuka hati bila hujung minggu.
- Tolong jangan cari laksa siam di Kuantan sebab kami pun sanggup memandu ke Kota Bharu untuk cari laksa siam.

Sekian, terima kasih. Heheheheh
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

16 thoughts..

Anum berkata...

SINGGAH PAGI JUMAAT

Montana berkata...

ya betul

Putri berkata...

Biasalah perasaan iri hati sentiasa ada dlm diri manusia.bila bekerja saya selalu igtkan diri biar gaji 1000 tapi buat keje mcm gaji 3000. bos xnampak tapi Allah lebih mengetahui.insyaAllah ada rezeki lebih yg akan Allah bg utk kita.kalo bkn.dlm bntk duit..dlm bentuk ketenangan jiwa pun rezeki juga

Unknown berkata...

kesian nyer adik..

Nora Karim berkata...

Alahai... kesiannya... kenapa jadi macam tu?!

Kakzakie Purvit berkata...

Bahagia melihat org lain susah dan berlaku zalim didunia mungkin dia rasa puas tapi di akhirat kelak tak mampu nak mencari org yg dianiaya.. menyesal waktu itu tak berguna lagi..

JunAina berkata...

Doa orang teraniya itu makbul, pegangglah kepada janji Allah s.w.t yang satu ini.

Al-Manar berkata...

Kalau tida pilihan terpaksalah sabar. Ini saja cara selamat. Ada lagi yant lebihy susah, yang tidak bertangan/kaki, mata dan sebagainya.

Al-Manar berkata...

Tertindas dan ditindas adalah adat kita didunia. Cuma kitaa terpaksa sedar ada yang kudung tangan/kaki, yang buta dan sebagainya. Mereka lebih kuat sabarnya.

Al-Manar berkata...

Kesabaranlah senjata yyang halal ada pada kita

Ujie Othman berkata...

Jangan risau, ada yg lebih baik menanti di hadapan. Percayalah! Yg penting, kita tak buat salah.

Acik Erna berkata...

Srmoga adik berjaya dan dapat kerja yang lebih baik

Dr K berkata...

Besar betul dugaan adik akak tu...
Macam komen kak JunAina, mmg kena rajin doa....doa org yg teraniaya + di bulan Ramadan == Sangat makbul, Insya ALlah

Al-Manar berkata...

Kalau kenangkan mereka yang lebih daif kita sedarlah nilai apa yang ada pada kita. Usaha sudah wajib. Balasannya munkin tidak sewajar yang kita harap. Selamat berpuasa

NzA berkata...

moga kesabaran dan ketabahan sentiasa bersama "adik"....begitulah lumrah hidup, ada saja ujian dan dugaan.

Sukma berkata...

Kita umpama mentimun dorang umpama durian....