Nasi Bungkus Di Stesyen Bas Kuantan

8 comments
Assalamualaikum.....

Ini kisah lama....sebelum bulan puasa. Weekend terakhir kami di Kuantan. Dah siap bawak balik barang sikit2. Masa ni dah nak wrap up semua dan serahkan kunci rumah pada landlord. So, tak nak bawa 2 kereta bila balik ke Melaka. Kalau satu kereta, at least kita dengan hubby boleh tukar2 drive.

So, kita dengan Adam pun ke Kuantan dengan naik bas jer. Bertolak dari Terminal Seremban menaiki Transnasional. First time naik Transnasional dari Seremban ke Kuantan. Selalunya naik Bas SP Bumi. Tapi, seriknya kami naik Transnasional. Memang sangat selesa lagi naik SP Bumi.

Anyway, perjalanan kami bermula seawal jam 9.00 pagi di Seremban. Kami tiba di Terminal Bas Kuantan pada jam 3.00 petang lebih. Punyalah laparnya. Bas ada berhenti kat Keratong, tapi tak lalu lah pula nak makan. Sampai di Kuantan, sementara tunggu hubby jemput pukul 5.00 petang, kami lepak2 di food court.



 Food courtnya boleh tahan banyak dan bersih. Selesa sangat lah. Makanan semua jenis yang berbungkus dan dibuang selepas makan dan minum. Maka pelanggan sendiri boleh kemaskan meja. Ada berbagai2 stall. Ringan2 ada, nak berat2 sikit pun ada.


 Kebetulan masa kita sedang berfikir2 nak makan apa, gerai yang hujung sekali tu di datangi oleh pekerjanya yang mebawa 2 bakul besar makanan berbungkus. Wah, macam2 ada. Nasi putih lauk ayam, lauk ikan, nasi kerabu, nasi dagang, mee goreng dan berbagai2 lagi. Kita pilih nasi lauk ayam goreng. Bungkusannya seperti di atas. Klasik kan....

Dalamnya ada ayam goreng yang masa tu masih panas lagi, nasi putih yang elok masaknya dan sedap, sup kosong, timun beberapa hiris dan sedikit sambal belacan. Perghh...tengah lapar, dapat nasi dan ayam goreng panas, top up lagi dengan sup kosong dan sambal...memang layan habis la. Food court tu pula open space. Angin bukan main banyak lagi. Adam mula2 dah makan ayam goreng yang macam Uncle Bob tu, tapi bila tengok kita punya nasi, dia pun teringin. Yang kat gambar ni, nasi Adam la ni. Pertama, sedap. Kedua, memang dia lapar. Ketiga, tak rushing sebab kami terpaksa menunggu 2 jam di situ.

Alhamdulillah... keletihan dan rasa tak best naik Transnasional tu terubat juga dengan hidangan yang simple macam ni.

.

8 thoughts..

Ujie Othman berkata...

Masakan panas...lagi pulak ada ayam goreng lawan sambal belacan, mmg naik selera.

kakrose berkata...

Tengah lapar memang semuanya nmpk sedap. Tapi sesekali mkn nasi berbungkus memng sedap..

Izwa Kamaruddin berkata...

yg simple lagi sedap kan :)

Unknown berkata...

Bila perjalanan jauh, hidangan,mcm ni memang menyelerakan..

Kami dah lama tak suka sgt transnasional.. Bsnyak masalah..

PetakBunga berkata...

sedap jenis gulai ayam dn nasi lauk ayam goreng..
mcm pg kat kelntan.

aizamia3 berkata...

Kalau saya.. memang kenalah dengan selera time tengah lapar macam tu.. ;)

Acik Erna berkata...

memang sedap la tu ziela..tapi kalau masa lapar memang semua rasa sangat sedap kan..acik la tu

IndaMarya berkata...

dearest Aziela, dh lama I tk naik bas..sebab nya biasala org tua kan..bila turun sakit habih bdn..so travel la dgn keta and smtimes by plane.klau dgn keta snang nk bhnti dmana suka..besa my friend naik bas nk trberak tpi driver buat deek saja.last2 smpai mntah baru dia bhnti.tobat2..