TH Hotel, Kuala Terengganu

20 comments


Assalamualaikum.....

Beberapa bulan sebelum hubby tamat tugasnya di Kuantan, hanmpir setiap hujung minggu kami suami isteri akan menghabiskan masa di Kuala Terengganu. Selepas kemas barang rumah untuk dibawa pergi serba sedikit, kami pun biasanya akan terus bergerak ke sana.

Kadang2 dalam kereta jer buka Booking.com dan cari hotel yang bersesuaian. Kita terjumpa tentang TH Hotel ni. Bukan di pusat bandar, tapi dekat dengan lapangan terbang. Kami suka kawasan Unisza dan lapangan terbang tu. So, kami putuskan untuk mencubanya.

Untuk kali pertama tu, kami tiba lewat. Hampir pukul 2.00 pagi baru nak check-in. Dah la sepanjang jalan hujan lebat. Kami masuk hotel dengan rupa yang agak selekeh juga la dalam keadaan basah2 sebab sebelum tu meredah hujan untuk ke kedai makan la...pergi tandas la dan isi minyak kereta. Tapi, berbeza dengan sebahagian receptionist hotel besar yang kadang2 memandang kami dengan riak yang agak sombong, di TH hotel ni pula kami di sambut mesra. Di beri layanan mesra dan sangat menyenangkan walaupun masa telah menginjak pagi.


Bila masuk biliknya, lagi kami senang hati. Wah, katil besar...king size. Walaupun harga bilik murah saja... Ada bangku lagi di depan katil. Ada satu sofa....kami suka...



 Petunjuk arah kiblat pun jelas. Dibawah arah kiblat ni pula ialah sebuah meja kerja dan sebuah kerusi. Sangat kemas dan selesa. Bila buka wardrobe, ada sejadah tersidai di hanger. Memang kita sangatttt suka...


Kita masuk tandas. Tandasnya di asingkan bilik shower dan bilik untuk toilet bowl tu. Keduanya mempunyai pintu. Memang bagus. Di luar kedua tandas itu amcam biasalah, kawasan sinki. Tapi, bila kita masuk shower room untuk ambil wuduk, wah, dah sedia paip khas untuk ambil wuduk. Tengoklah.... Bagus kan?

TH hotel ialah hotel kepunyaan Tabung Haji. Terang-terangan tiada apa yang perlu diragui di hotel ini. Syariah compliance. Kita sangat gembira kerana TH menjalankan usaha ini. Consider fardhu kifayah untuk mereka ni. Di lobi hotel, ada satu kaunter bank kecil untuk Tabung Haji. Dan ada satu butik pakaian di lobi yang mana baju2 nya semua cantik2 belaka dan menutup aurat. Jubahnya juga cantik2.


Ini gambar dari google


Macam biasa, kami ke kolam renang. Sayangnya, kita tak ambil gambar di kolam renang. Kita kongsikan gambar dari google yer. Ada kawasan untuk kanak2, macam sungai kecil di sekelilingnya dan macam taman tema air yang ringkas. Sekadar nak beri anak2 bersukaria, memang boleh sangat2. Sebelah kanan tu adalah kolam dewasa. Adam memang di kolam dewasa jer lah...senang dia nak berenang. Siap lumba berenang lagi dengan papanya. Papa menang, Adam masih belum cukup ilmu. Hahahaha.

Anyway, di bahagian bawah gambar yang tidak kelihatan di atas adalah kolam renang khas untuk wanita. Bertutup, berbumbung. Kita tak masuk sebab kita sorang2 jer. Berendam jer dengan hubby dan Adam terus. Lagipun pengunjung tak ramai masa tu.

Sejak dari itu, kami memang suka ke sini. Plus pointnya, breakfast sangat sedap. Nanti kalau kita jumpa gambar2nya, kita kongsikan yer. Breakfast ialah makanan tradisi Terengganu. Ada nasi dagang, nasi berlauk atau nasi lemak, daging bakar yang super yummy, ada ketupat pulut palas dan bread and bun yang semuanya di bakar sendiri oleh chef di hadapan tetamu. Memang semerbak wangi bau roti baru keluar oven tu.

Ok...sesiapa yang nak ke Terengganu hujung tahun ni, apa kata cuba menginap di sini....


.

20 thoughts..

Farah Waheda Wahid berkata...

nampak baguslah hotel ni kak...great review...

Cho Zila berkata...

Tabung Haji mestilah baguih.. haraplah TH akan meluaskan perkhidmatan sebegini.. supaya mudah kitakan...

Kakzakie Purvit berkata...

Hotel TH ini memang memberikan penempatan kepada jemaah Haji yg transit sebelum penerbangan Ziela. Memang tip-top bukan saja tempat tapi termasuk layanan mereka...

Mereka bertugas bukan utk duniawi aje bahkah ukhrowi juga..

Ujie Othman berkata...

wah..ada kolam renang khas wanita! suka3 (walaupun tak pandai swim)

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

rindu Ganu!!

aizamia3 berkata...

tertarik hati dengan entry ni..
mana tau kot2 kami terlajak ke sana boleh cuba hotel ni.. ;)

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata...

TH hotel ni mmg semua near ngan airport ekk? Sebab Kat aloq staq pun tepi airport gak...ai x biasa masuk lg la...nice review blh dok sini if singgah ganu kiter....
Miss u kaka xoxo❤️💋😘

ellynadyra berkata...

syariah compliance!
bagus
boleh cuba

Yana Yani berkata...

berapa harga dia charge?
cam menarik juga tu kalau bercadang nak kesana

ANIM berkata...

noted..
kalau dekat dgn airport, boleh makan ikan celup tepung yg terkenal area situ kan?

Aziela berkata...

@Farah Waheda Wahid Tq

Aziela berkata...

@Cho Zila Kemudahan untuk kita semua

Aziela berkata...

@Kakzakie Semoga dapat menjadi ikutan syarikat korporat yang lain

Aziela berkata...

@Ujie Berendam2 pun best gak Ujie kan... Masa ni lah nak belajar berenang tanpa segan silu.

Aziela berkata...

@Seri Kandi Tanah Jauhar Saya puuuun....huaaaa....

Aziela berkata...

@aizamia3 Ha, pujuk2 sikit, goda2 sikit chef awak tu...ujung tahun dah boleh pergi. Sekarang sila tempah bilik online. Murah sket harga

Aziela berkata...

@☆♥L@dy @yU♥☆ Yer la kan...kat Penang pun dekat dengan airport gak. Miss Ayu chang juga...uwaaaa....

Aziela berkata...

@elly nadyra elly...breakfast dia sedaaaaapppp! Hehehehee

Aziela berkata...

@yana yani Harga ikut musim dik. Tapi cuba rajin2 intai agoda atau booking.com. Kadang2 murah giler harganya.

Aziela berkata...

@ANIM Aniiim...terbaik tau ikan celup tepung dia. Gi makan kat Mengabang Telipot, sotong tepun...dengan mee goreng panas2. Ais jagung jgn lupa...