Sabtu, 29 Januari 2011

Damping Malam



(Gambar cedok kat Google )

Gambar nie adalah antara pelakon utama cerita Damping Malam. Bebaru nie tengoklah cerita nie, walaupun aku x suka giler tgk cerita seram2 nie. Adoi hai. Mak ni lemah semangat dekkk non! Dari celah2 jari dan dari bucu2 bantal yang tutup muka, berjayalah juga aku nengok cerita nie lebih daripada separuh...hehehhe.
Pada pendapat aku, cerita nie takderla seram giler bangat ( cheh..berlagak lagi nie...hihihihi). Dia lebih kepada pengajaran. Suka sangat tgk Eizlan Yusof dalam citer nie. Dia jadik Ustaz yang high rank tuuuu..Masjid Putrajaya punya pentadbir youuuu...! Ai sukerr sangat sbb dia sgt cool and sangat smart dlm nie. Segala tindak tanduk dia, segala ayat2 dia untuk berkomunikasi, bertepatan dengan Islam is the way of life. Seorang alim yang blend well dengan peredaran zaman, tidak memandang hina kepada sesiapa dan tidak melemparkan sebarang tuduhan kepada sesiapa. Dia berhati2 agar tidak menyinggung dan tidak memusnahkan akidah.

Adik Eryna tu mcm biasalah..lakonan dia kalau dalam filem seram mmg menjadi betul. Pandai la dia nak buat muka hantu tu...pas tuh buat muka konpius..buat muka takut...muka mcm pandangan 'kosong' tu. Memang pandai. No issue on her.

Amy Mastura....yess.. artis kesayangan aku. Selain daripada citer Trauma...lakonan dia dalam nie boleh dikatakan bagus. Aku berpendapat mcm nie sebab masa part yang bahagian awal nie, dia punya lakonan agak kurang mantap. Bila dah middle story towards the end, baru nampak 'cantik' la lakonan dia. Umi Siah is Azizah Mahzan...mcm biasa..mmg pandai bawa watak. Tp mmg kita tertanya2. Ini, siapa pulak yang buat hal membela hantu2 bagai nie. Bila dah nak ending baru cerah pemandangan. Berjaya la buat aku anak beranak bertekak. First time kot tgk Amy berlakon jadik mak orang yang ada anak dah besar mcm nie. Something different and menyerlahkan kematangan dia.

Banyak nasihat daripada Eizlan dan juga penjelasan tentang alam ghaib nie. In which aku rasa masih ramai lagi umat Islam zaman sekarang yang masih ragu2 dengan fakta dan kebenarannya. Suggestion aku...bagus untuk tontonan sekeluarga. Tak ada unsur yang melampaui batas...

0 thoughts..:

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink