Makan di NS : Gemas

1 comment
Assalamualaikum...

Ok, meh kita bercerita pasal makanan lagi. Err..bukan nak buat apa pun..kalau tekak kita rasa sedap, maybe u all boleh la nak try, tapi kalau kita kata sebaliknya, pun u all boleh try gak. Eh...apa purpose? Ermm.. terpulang pada interpretasi individulah yer...

Ada one fine day, kita dan hubby pulang ke Kuantan dari Melaka ikut route yang lain. This time :

Alor Gajah--> Selandar ---> Btg Melaka ---> Gemencheh ---> Gemas ----> Buluh Kasap ----> Segamat -----> Kuantan : Masuk simpang ke Kuantan sebelum tiba di Bandar Segamat.

So, kami berhenti Maghrib dan makan di Gemas. Oleh kerana 1st time ikut route tu, maka tak tau apa lagi yg akan ditempuh dan berapa jauh lagi. Tak pasti ada tempat makan lagi ke tak, maka kami singgah di sini.



Antara deretan gerai, kami pilih yang ini sebab nampak konon macam happening sikit.



Kami order makanan2 ini :




Yang atas sekali tu nasi goreng apa..x tahu. Tp asalnya hubby order mee goreng mamak. Bila dtg pinggan, ada nasi goreng. Malas nak cerita bnyk. Telan jer la... Kita pula order char koay teow sbb bnyk signage dia promot. Maybe itu yg popular. Appetizer, kami order cendawan goreng tepung tu.

Ok...cendawan goreng tu jer yg betul2 boleh diterima. Yang lagi dua tu, setakat boleh dimakan jer la. Bukan tak bersyukur, tapi tak ada kepuasan atas duit yang dilaburkan. Nasi goreng mcm gaul dgn kicap, char koay teow banjir tapi cair bair...

Next time x dtg sini lagi kot....
Allahu'alam...

1 thoughts..:

nabila faryzza berkata...

tgk char kuew tiaw dia pun macam ergh!! cairnyaa. haha! sabar je la kan. nasib cendawan tu sedap. hee