Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat

4 comments
Assalamualaikum.....

Berita tergempar yang kami terima Ahad malam lepas ialah bekas cikgu yang mengajar Adam semasa dia darjah satu meninggal dunia.

Walaupun Adam dan keluarga kami pernah ada kenangan pahit dengan beliau, namun jasanya tetap tidak terhitung. Ilmu yang dicurahkannya adalah saham pengetahuan untuk Adam kami. Dan syukurlah Adam seorang kanak2 yang bijak. Dia selalu minta maaf dan minta halal dihujung tahun dan hantar kad hari guru pada cikgunya ini. Kalau tidak...siksalah nak mencari di Padang Mahsyar untuk mohon maaf nanti.

Cikgu nie masih muda, belum cecah 40 pun umurnya. Beliau meninggal di dalam tidur di siang hari semasa baru saja balik dari program perkhemahan sekolah. Mungkin terlalu letih. Selepas tidur sejam dua agaknya, bapa atau suaminya (x pasti) kejutkan, tapi beliau dah 'pergi'.

Al-Fatihah....

4 thoughts..

fizafantagiro berkata...

al-fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat..amin..

DD berkata...

senangnye dia meninggal.

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata...

al fatihah
semoag roh arwah dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan org2 yg soleh

Unknown berkata...

Al-Fatihah...