Cekodok pisang....

6 comments
Assalamualaikum.....


Nama bukan main cantik lagi kan? Cekodok pisang. Dengar jer pun dah membuak2 rasa. Bila tengok gambar.... alahiiii. Putus selera...hahahah!!!

Sebenarnya, lighting x cukup. Maklumlah, pukul 4 pagi masa nie. Awal pagi hari Isnin beberapa minggu yang sudah. Sebagai 'sarapan' sebelum hubby bertolak balik ke Kuantan untuk kerja. Gila kan... Nak masuk kerja pukul 8.00 pagi. Pukul 4.30 pagi baru bertolak dari Melaka.

Pisang ialah pemberian dari emak di Port Dickson. Sebaik hubby selesai bersiap, cekodok pun siap terhidang di iringi secawan nescafe panas. Kita masukkan juga dalam tupperware supaya dia boleh mengunyah sepanjang perjalanan untuk menghalau rasa mengantuk masa memandu. Kita siapkan juga satu tumbler kopi 'o' panas untuk di minum di dalam kereta.

Walaupun rupanya legam dan kematu sini sana, tak bolat2 dan cantik tersusun, namun bila masukkk jer mulut untuk dikunyah, serasa tak nak telan sebab sedapnya rasa pisang yang dijadikan penganan nie...

Resipi cekodok?

Alahai..belum berjaya lagi sukat bahan cekodok. Rasanya anda semua lebih mahir dari kita....

So, apa sarapan anda hari ini...?

6 thoughts..

Kamalia berkata...

saya suka cekodok pisang,ermmm saya suka cekodok..apa-apa jenis cekodok saya makan je..
walaupun rupa paras mcm tu tetap saya terliur..

hajar berkata...

sedapnyeee..... da lama x buat... kang petang ni balik keje harus g cari pisang wat cekodok... hehe..
pagi ni sarapan roti sardin goreng.. dah lama teringin harini baru terlaksana... :)

RamRamCute berkata...

erm...cekodok pisang....sedap tu. Apa-apa yang berkaitan dengan cekodok semuanya mesti sedap tak kiralah cekodok bawang ke cekodok ikan bilis ke cekodok udang ke ...SEDAP (terliur dah)

Cik Bambam berkata...

sy suka cekodok bilis lagi.. :P

NzA berkata...

ptg2 camni sedap jugak layan tenet smbil mengunyah cekodok nie.....

Aziela berkata...

Kamalia : terliur juga yer...syukur...rasa mmg kaw tim dah...

hajar : Dah buat cekodok ke...?

Rahmah : Termasuk mengenang memori dedolu, bertambah sedap cekodok jadinya...

CB : Garing2 sket goreng...memamng mantap la cekodok bilis kan...


NzA : Ptg, pagi, malam pun ok lagi kalau layan cekodok kan kak...