Kitalah Pembela Anak Kita...

16 comments
Assalamualaikum.....

Entry ini, kita mohon ampun dan maaf awal2 lagi. Bukan untuk menghentam guru2. In fact, kita sangatttt hormatkan guru2. Kita percaya guru2 semuanya orang baik. Kawan karib, kawan blog, adik kandung, sepupu2 kita ramaiii sangat yang jadi guru. Guru tadika, guru pra-sekolah, guru sekolah rendah, guru sekolah menengah, guru besar, lecturer pun ada. So, bukan semberono isi entry ini.

Tapi, kena ikut keadaan. Bila anak kecil yang baru mula bersekolah, atau pun dah lama bersekolah trauma dengan guru, pasti ada sesuatu yang berlaku.

Entry ini adalah berkenaan dengan salah seorang sahabat blog kita semua iaitu Rai dari blog Ourkizuna.

Yang pertama, selidiklah dulu. Pastikan apa masalahnya.... Cuba anggap itu adalah kelemahan anak kita dan kita sendiri dulu. Cuba baiki. Kalau kita dah puas baiki diri dan anak kita, tapi keadaan tetap tak berubah, maka perlulah kita pergi ke stage yang berikutnya. Berbincang pula dengan pihak sekolah.

Secara jujurnya, kami pernah mengalami situasi ini masa Adam darjah 1. Adam dah mula bersekolah sejak umurnya 4 tahun. Umur 4 tahun, Adam dah masuk pra-sekolah kerana mengikut sepupu kita yang merupakan guru pra-sekolah. Secara tak rasmi, dengan kebenaran guru besar, Adam berupaya mengatasi rakan2 sekelas yang berumur 6 tahun.

Umur 5-6 tahun, kami laburkan sedikit duit untuk dia ke tadika swasta. Maka perkembangannya baik sehinggalah sekarang. Alhamdulillah.

Maka bila dia dalam darjah satu sangat trauma ke sekolah kerana kononnya tak dapat catch-up dalam kelas, we smell something fishy there.

Pengalaman panjang lebar kita dalam entry ADAM TRAUMA ini 6 tahun lepas. Bahasa blog pun agak kasar kerana masa tu pembaca blog hanyalah rakan2 rapat kita sahaja. Cuma, ambil lah iktibar yer.... Bukan semuanya salah anak kita, bukan semuanya salah cikgu. Kena halusi setiap situasi dengan sebaiknya...


16 thoughts..

Unknown berkata...

saya dah baca entry tu kak.. memang teruk sangat lah cikgu tu.. over betul..dengan budak kecik je kot..

jadi orang dewasa kenalah belajar toleransi dan berani mengaku kesalahan..dah salah tapi tak mengaku memang teruk..

alhamdulillah kes aqil agak teruk bagi saya..maklumlah first time anak masuk sekolah.. tapi semalam tengok ada perubahan dah.. saya mmg nekad.. lepas ni berlaku kes lagi saya bagi shujin pulak lepas geram. lepas tu kami tukarkan sekolah aqil.. harap ok..

kesian adam.. nasib baik dia tak trauma berpanjangan..

Abil Fikri Ahmad berkata...

Ada kalanya gitu la citer student n teacher

Izwa Kamaruddin berkata...

dah rase..dah handle..now dah ok :)

t.a.t.a berkata...

baca balik kisah Adam trauma tu, tang Adam dan beberapa orang rakan kena rotan sebab hilang kan buku, saya terdetik, kalau murid yang hilang kan buku, takkan la terus beberapa orang dalam satu masa hilangkan buku?

Bila baca seterusnya baru tahu yang fishy itu kesalahan cikgu. Tak nak minta maaf, memang tinggi benor la kak ego cikgu tu.

Irfa berkata...

DAH BACA :)

lieyalatif berkata...

aduh kak...alkisahnyeeeee...lieya dah bace kisah adam tu...ya Allah kesihannye die...trauma abis hah....siannye lahai....cikgu2 ni pun satu kan kak...budak darjah 1 so bagi laa kelonggaran....budak baru nak belajar kehidupan besekolah di momok2kan dgn bende2 gini...

mujur anak2 lieya okey jek....hope tak terjadi laa perkara mcm nie...

Zam berkata...

erm.. zam kena ambil iktibar ni..

aby berkata...

awal minggu ni, anak aby yg farish tu, ngadu dia kena buli di skolah, minta aby datang jumpa budak tu utk bg warning .. sebaliknya aby jumpa guru displin minta dia settelkan masaalah buli tu sbb aby tk nak melibatkan bapa tentang hal anak diskolah .. nanti blh jd panjang crita .. jumaat semalam jumpa balik cik gu .. cikgu kata dah setel .. siap budak2 tu bersalam salamn ..
stuju .. kita kena defend anak kita

Aziela berkata...

@Rai Ourkizuna Right...Adam agak cepat matang berbanding usianya.. Mujur dia pun ambil iktibar dan jadikan pengalaman pahit tu sebagai motivasi.

Aziela berkata...

@Abil Fikri Ahmad Bila dikongsikan, mungkin boleh jadi panduan kepada yang lain.

Aziela berkata...

@:: Mrs.Eady :: Lega rasanya kan..

Aziela berkata...

@t.a.t.a Kannnn...tapi kita yang rasional nie tak nak tuduh melulu dulu. Bila dah confirm, memang perang habis la...

Aziela berkata...

@Irfa Terima kasih

Aziela berkata...

@lieyalatif Kadang2, tengok pimpinannya juga Lieya. Kalau Guru Besarnya bijak, takkan jumpa kes2 macam nie.

Aziela berkata...

@Zamani Abe Tapi Zam memang seorang guru yang baik. Keep it up yer Zam...

Aziela berkata...

@aby Yeap...kita kena bertegas kang. Memang ada parents yang selesaikan sendiri tanpa penglibatan pihak sekolah, tapi jadi panjang cerita dan tak ada rekod untuk rujukan nanti.