Majlis Perpisahan Ringkas

19 comments
Assalamualaikum.....

Bulan ini, salah seorang sahabat baik kami semua akan meletakkan jawatan. Beliau harus meneruskan komitmennya kepada keluarga. Kami sangat sedih. Kita personally sangat sedih sebab beliau adalah salah seorang rakan yang karib dengan kita.

Seorang yang berhati baik, tidak pernah membezakan status dalam berkawan dan jujur. Kami semua, lelaki dan perempuan, tua dan muda sangat sayangkan beliau. Pada hari beliau menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada big boss kami, beberapa hari big boss kami moody dan bersedih.

Walaubagaimana pun, ianya tetap akan terjadi. Kami gembira kerana beliau sebenarnya pergi kepada tahap yang lebih baik. Selain daripada menguruskan keluarga, beliau juga membantu perniagaan suaminya yang sedang berkembang maju.

Jadi, sebagai tanda kasih kami yang terakhir di pejabat ini, kami buatlah collection sikit dan buat sedikit surprise farewell party untuk beliau. Majlis di adakan pada tengah hari semalam.



Nothing much. A simple dish. These dishes were meant for tea break, but due to our CEO's schedule in which she has to rush for another meeting, the tea party has to bring forward to lunch. So, our lunch yesterday was the tea break menu.

Well, as you can see, we have the famous Malaysian dish, sate.



Besides, we have fried mee hoon, kuih koci and karipap. Later, someone brought kuih akok and we top up fried rice.


The food were sooo nice. Everything was delicious. But I was not in the mood of food review. We were trying so hard to contain our tears. Thus food was the escape from our cries.

Ladies in the office. 

Kami semuanya selalu lunch berjemaah. Beli food di kantin dan makan beramai2 di bilik meeting. Lebih selesa dan juga mudah untuk memantau pejabat. Kadang2 ada panggilan telefon penting masa lunch hour ni.


Tears....

Selepas ucapan dari CEO, yang empunya diri pula memberikan ucapan. Bila beliau menangis, kami semua berusaha sedaya upaya untuk tidak turut menangis. Yerlah...ada 2 minggu lagi untuk kami menghabiskan masa dengan beliau. Save the tears...


The gift...


Sebagai kenang-kenangan, kami berikan hadiah saguhati kepada beliau. Tak tahu nak beri apa. Masa pula agak suntuk. Maka salah seorang rakan kami mencadangkan untuk buat seperti di atas. Sehelai t-shirt syarikat, kami sign beramai2 dengan melekatkan gambar2 kami sekalian. Kemudian kami hantar untuk di framekan....

Kami juga usahakan sedikit slide show untuk semua. Bermula dari tahun pertama beliau bersama kami 9 tahun lepas, sehingga ke sekarang..... Mengenang kembali memori lama. Part ini lah yang paling kami tak tahan. Air mata mengalir tanpa henti. Syukurlah lampu dipadamkan. Bolehlah cover2 sikit.

Kita belum nak beri ucapan lagi untuk beliau... Nanti lah....


19 thoughts..

t.a.t.a berkata...

Ada nyanyi lagu Auld Lang Syne tak?

lieyalatif berkata...

aduh kak....lieya yg bace ni pun sedey...takpe kak, dunia skrang dihujung jari...masih boleh keep in touch tru fb, wechat, wasap semua....selamat maju jaya pada kawan akak...moga terus sukses die tempat baru.....

Kakzakie Purvit berkata...

Masih ada masa utk bermesra. Hari akhir tu kelak yg selalu mengalir airmata sayu sebab berpisah...

Ujie Othman berkata...

saya yg baca pulak rasa sedih..

Aziela berkata...

@t.a.t.a errr...takder.

Aziela berkata...

@lieyalatifTrue, Lieya...

Aziela berkata...

@Kakzakie Saya pun rasa hari last tu akan banjir

Aziela berkata...

@Ujie Sedih kan...

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

bertemu dan berpisah sememangnya lumrah, kan.. sebak juga membaca entry ini tak sedar ada air bergenang di bibir mata... :'(

fardhila fawwazy blogspot berkata...

bgusnya ada buat mjlis prpisahan:)
jnguk blog dila jom:)

nak cantik x?

pB berkata...

pB yang baca ni pun dah rasa sayu jer

Sukma berkata...

touching jap baca nie....tu ler pasal masa saya last day keje factory dulu saya lari ke toilet....tak boleh doh...

Unknown berkata...

tu la kan kak.. sungguh pun ramai kata.. berhenti kerja je.. still boleh jumpa lagi.. tapi still tak sama.. dan yg tak best mungkin dah tak serapat masa sama sama bekerja sbb masa bekerja luang masa lebih 8 jam bersama.. bila da jauh ni susah sikit..lagi pun masing2 dah sibuk dengan komitmen masing masing..

saya doakan semoga persahabatan akak dengan dia berkekalan walau pun dia dah berhenti..

Dr K berkata...

Gift tu sangat bermakna..Dan cool!
Moga sahabat itu terus sukses..dan boleh selalu gi restoren husband nya :)

MulutPayau berkata...

Sayu jer baca..walau berpisah, semoga hubungan persahabatan itu terus berkekalan..

NzA berkata...

bila dh mesra umpama adik beradik mesti amat terasa kehilangan.....apapun didoakan agar beliau terus suksess dlm biz....

Unknown berkata...

Tak suka tul bab2 mcm ni..
Sng sgt nak "cair"..
Mujur saja masa K.Sham masih bekerja dulu tak berapa ramai sgt yg pencen awal or migrate to other company..

aby berkata...

setiap yg bermula pasti berakhir ..
setiap perjumpaan pasti ada perpisahan ..
anggap la ainya sebagai lumrah hidup .. jangan dibuai perasaan tu sangat...
apapun, bagus menjamu rakan bila nak berpisah tu

RamRamCute berkata...

ikut hati tak mau baca dan tengok....tak snggup nak say GOODBYE to all of you....sebak hati...

All the best to you and the rest of BESSAR staff. Am gonna miss you guys!