Kenapa Bukan Aku..? - Istidraj

4 comments
Assalamualaikum.....


Kita baru sahaja membaca posting di blog The Plain Yard. Thank you Yazid kerana beri permission untuk akak sharekan di sini.

Kita rasa ini adalah satu pengetahuan yang perlu diketahui oleh setiap umat. Tak banyak ceramah2 agama menjelaskan tentang perkara ini. Mungkin kerana pertanyaan tentang isu ini tersimpan di dalam hati saja. Malu nak tanya depan orang ramai :

Kenapa aku selalu buat baik, tapi hidup susah. Tapi orang yg melakukakn kemungkaran dan maksiat tu lah yang nampaknya hidup dengan senang...?

Kalaulah tiada bimbingan kepada yang bertanya soalan ini, ia akan membawa si penanya kepada jalan yang salah. Dia mungkin akan berfikiran :

Alaahh...pergi enjoy pun boleh hidup senang lenang. Let's party...!

Haa...dahhhhh terpesong akidah seorang umat kan...

Makanya, artikel di bawah ini merupakan sumbangan kepada motivasi diri kita sekalian dalam menjalankan ibadah...

Semoga kita semua mendapat kebaikan daripadanya...





ISTIDRAJ
Ada yang mungkin tertanya-tanya, "Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dan lain-lain nikmat dunia sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?".
- Jawapannya senang je, kadang kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.

Ada yang bertanya, "Kenapa kadang2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan?".
- Itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita TAKSUB dan RIAK, dan terus lupa utk bersyukur pd yg Esa.

Apakah dia ISTIDRAJ itu?
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.
Rasullulah s.a.w.  bersabda :
"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah sayangkannya dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga.
Kenapa?

Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.
Kenapa?

Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka. Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan.
Walaupun berbuat maksiat,dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku.", katanya sombong. Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s.a.w bersabda:
"Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api.

Begitulah juga manusia!!!
Bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya : 
1 - Firaun.
Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.
2 - Namrud
Cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.
3 - Qarun.
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya,akhirnya binasa juga.

Jadi........
Jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita.
Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah? Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?
Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat. Wallahualam.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."


Read more: http://theplainyard.blogspot.com/2012/05/plain-ilmu-istidraj.html#ixzz1vZksZsIx

4 thoughts..

alin berkata...

bagus benar info ni.. selama ni pun mmg persoalan ni selalu bermain dalam kepala. skrg dah tau jawapannya..

Izwa Kamaruddin berkata...

nice kak :)

che mid berkata...

Salam, lama tak baca ttg istidraj ni.. t kasih kerana mengingatkan semula..

Unknown berkata...

seronoknya baca kisah-kisah dalam ini....dah lama tak baca benda2 yg menginsafkan mcm ni...thanks akak!