Banjir Hujung Tahun 2012 di Kuantan

22 comments
Assalamualaikum.....

Alhamdulillah. Hari ni dapat bersiaran kembali.

Hujung minggu lepas, kami berada di Kuantan. Sabtu gerak dari Melaka ke Temerloh untuk menghadiri jemputan kahwin officemate di Temerloh. Perjalanan lebih kurang 5 jam sebab sangat banyak gangguan lori di tengah jalan. Explore jalan kampung jer.

Alor Gajah --> Rembau --> Bukit Miku --->Senaling --> Kuala Pilah --> Batu Kikir --> Simpang Durian --> Mancis --> Telemong --> Karak --> Lanchang --> Temerloh.

Kemudian, teruskan perjalanan tanpa highway ke Kuantan. Tiba di Kuantan, dah Maghrib dan lepas Maghrib dah mula hujan.

Adik kita datang dengan familynya dari Seremban sebab anaknya merengek2 ajak ayahnya datang rumah Mak Longnya nie di Kuantan. So, esok paginya, Alhamdulillah, matahari muncul, tapi macam segan2. Syukur tak hujan. After lunch, adik kita pulang ke Seremban.

Kami pula teruskan perjalanan ke Tanjung Selangor, Pekan sebab hubby nak lepaskan gian memancing. 3 jam hubby berdiri atas jeti dan dapat seekor anak ikan duri, hujan mula beri introduction kepada bumi dan isinya. Bergegas kami pulang ke Kuantan.

Sepanjang malam hujan lebat sampaikan nak keluar dinner pun tak sanggup. Maka hari Ahad berakhir dengan keselesaan tepat tidur di dalam rumah sendiri sambil mendengar dendangan bunyi hujan di luar.

Subuh Isnin terjaga dan terkejut sebab hujan masih mengganas. 8.00 pagi hujan sedikit reda walaupun tak berhenti langsung. Sekadar memudahkan kami menyelesaikan urusan pagi. Sarapan bersama di Alif Curry House dan terus hantar hubby kerja di Padang Lalang / Tg. Api.

Kita dan Adam konon nak ke EC Mall. Masih belum beli kasut sekolah Adam. Tapi, tengok hujan lebat sangat, takder mood pula. Nak selesaikan urusan2 bank pun sangat tak selesa dalam hujan lebat tu. Maka kami pulang ke rumah sementara tiba lunch hour untuk lunch dengan hubby nanti. Tapi, jam 12.00 tgh hari, hubby sms dan mms gambar kilangnya yang dah banjir. Jangan datang dulu katanya...

Wah, jenguk luar tingkap, longkang di hadapan dah hampir penuh air. Panik juga. So, kami pantau closely water level.

By 3pm, hujan sedikit reda dan kita keluar juga rumah. Cuba2 nak pantau boleh kidnap hubby tak...

Sebelum tu, hantar laundry di bandar. Jalan di area KPJ hospital semua dah tenggelam. Bot dan cruiser Pertahanan Awam penuh dan orang ramai mengharung air di situ. Kita bersimpati pada yang rosak harta bendanya.

Syukur, bila sampai di padang Lalang, air dah surut kembali. Tapi sungai dan laut memang garang dan ganas. Takut sangat melihatnya.

Kami lunch sekejap, dan kemudian hubby kemas barang2nya dan kami mula bergerak untuk balik Melaka. Macam biasa, ikut jalan pintas di Sg. Soi untuk ke Gambang. Malangnya, jalan tutup sebab air dah naik. Patah semula. Sangat berharap Sg Isap tak banjir atau dimana2 tak banjir. Alhamdulillah, semuanya masih berfungsi seperti biasa.

So, kami selamat dari banjir. Alhamdulillah.

Tapi, perasaan panik dan bimbang dilanda banjir tu memang satu pengalaman baru. Dengan siren polis, bomba dan Pertahanan Awam merata2, dengan bot penyelamat dan orang ramai di tepi jalan dengan payung yang berbagai corak... Sesuatu yang tak dapat di beli...

.

22 thoughts..

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Salam, Aziela..

Dua hari sebelum Kuantan dilanda bah akak berada di sana. alhamdulillah, masa kat sana cuaca sangat merestui tapi air laut dan ombak memang keruh, nak mandi pun tak berani.. Mula ingatkan nak makan ikan patin tempoyak macam yg Ziela cete dlm MyRainbow ni tapi tak brkesempatan pulak, sedihnyaaaaaaaa

Unknown berkata...

saya belum pernah merasa suasana banjir.. tapi macam ngeri je.. mujur mak ayah dan pil tak tinggal di kawasan yg mudah naik air..kalau tak kesian juga..

Unknown berkata...

mmg satu kenangan yg sukar dilupakan jg banjir di Kuantan yek..
alhamdulillah hanya sekejap,namapun banjir kilat..dan hanya di kwsn tertentu saja dinaiki air..Sg isap yg selalu banjir pun thn ni alhamdulillah setakat ni lah..:)

Intan Akma berkata...

tau tak saya tengok berita banjir kat Kuantan keter sampai tenggelam terus teringat akak haha...

Ahmad Sabree berkata...

banjir ...
aaarrrgggghhhhhh ~

Dr K berkata...

mencabar betul route jalan kampung tu...saya pernah lalu area Mancis- Telemong tu....mmg sunyi jalannya kan..

azieazah berkata...

Wahhh cemas jugak tu ya? Sangkut sana sangkut sini. Kalu yg terlibat tu, sayang banyak barang basah dan rosak.

Unknown berkata...

haah ada tgk..mmg dasyat sungguh la..

Nora Shahaira berkata...

Huk..huk..da selalubsgt merasa banjir...sampai kan perasaan hepi bila hujan jadi trauma hujan pulak..

Salam kak..lama tak jenguk akak

Nora Shahaira berkata...

Alhamdulillah sihat kak...

Kak..nora jamin suplement ni lain..dan doktor pun galakkan. Ini bukan suoplemwnt yg byk jual skrg ni...suplement ni dah diuji keberkesanan..di pantau. Bertahun2 baru keluar kak..dan ia makanan hijau. Jadi tiada ganggu dgn rawatan doktor. Ibarat akak makan nasi dan sayur..perlu mintak approval doktor ke? Ha kira macam tu la...

Menjadi makanan pilihan angkasawan di china da lama dah baru masuk malaysia tahun 2008 dan angkasawan kita yg dah amalkannya menjadi duta kesihatan SNE.

Xpe..nanti nora kongsi info lagi ye..slow2

Tanpa Nama berkata...

Seronok jg dengar cerita pasal banjir tp kesian jg pada mangsa2nya, hospital KPJ rasanya tak kena rasanya hari tu, hospital KMC dan persekitarannya yg terjejas teruk

Kamalia berkata...

alhamdulillah..memnag takut kalau tengok banjir ni kan.bila baca berita pun memang kwsn pantai timur teruk ye kena banjir..

Aziela berkata...

Seri Kandi : Wah, ada reason la untuk datang Kuantan lagi tu Kak Sari kan..

Aziela berkata...

Rai : Ye tak yer...PIL Rai di Terengganu kan.

Aziela berkata...

Zana Ariana : Betul. Ingatkan Sg Isap confirm naik air.

Aziela berkata...

Intan Akma : Owh..terharunya atas ingatan itu..

Aziela berkata...

sabry oppa : banjir kilat. Datang sekejap, surutnya cepat.

Aziela berkata...

Daddy Ziyad : Sunyi dari kereta. Tapiii penuhhh dengan lori. Letih jadinya Doc.

Aziela berkata...

azieazah : Saya paling takut kereta rosak kak. Kalau enjin masuk air, memang terduduk jawapnya.

Aziela berkata...

Deqla Manjew : Akak pun terperanjattt tau.

Aziela berkata...

Nora : Serik kan Nora.

Unknown berkata...

Akak, saya baru balik dari Pantai Timur menyelesaikan satu urusan kerja....hujan sangat lebat di Kelantan dan kat Terengganu pulak banjir....syukur sangat masa on the way balik tu banjir dah mula surut dan jalan sudah dibuka...