Makan di Jerteh

32 comments
Assalamualaikum.....

Sunyi pula blog kita semalam kan. Maaflah, sibuk di HQ. Balik office pun dah petang sangat. So, ingat hari ni nak cerita tentang sebuah restoran di Jerteh, Terengganu.

Sebenarnya, dah 2 kali singgah di sini. First time singgah dulu dah rasa sedap sangat makanannya, so singgah lagi kali ke-2. Dan juga kita pun tak berapa pasti lokasi yang sebenarnya. Dulu masa mula2, kita tertidur, hubby stop kat sini. So, ingatkan di Pasir Mas lagi. Tapi, 2nd time cari ianya di kawasan Jerteh rupanya. Tak pasti dalam Besut ke, atau Jerteh, tapi lebih kurang la kan.

Oleh kerana masa ke RP tu kami tak berapa makan sangat sebab tak pandai lagi cari kedai makan yang best, so perut masing2 memangs angat laparlah masa tu. Rancangan azal, nak makan di KT, tapi on the way tu, nampak pula kedai nie macam meriah sikit.

Inilah kedainya. Gelapp jer kan, sebab malam. Hehehehe. Tapi kedai nie macam kawasan rehat. Ada signboard besar Keropok Losong kat depan kedai tu. Kedai nie pula, attached dengan sebuah surau.



 Ini bahagian dalam kedai. Semuaaaa meja batu tau. Set 8 orang punya meja. Kerusi kayu semuanya. Ha, kat hujung tu, suraunya. Ada ceramah agama kat situ. Ramai juga jemaahnya. Syukur...


 Ini, masa datang berdua dengan hubby. Tomyam, udang black pepper dengan sotong celup tepung. Semuanya sangat sedap. Tom yam dia memang sedappp, melekat! Tengok kaler pun dah tahu kan? Sotongnya pula memang exactly seperti amna yang kita idamkan. Cruncy but yet soft and a bit chewy. Langsung tak mcm cekodok. Sedappp....


 Kami order ikan juga. Stim asam rasanya nie. Sedappp sangat. Kuahnya tu bila dihirup memang sangat menyegarkan. Rasa macam masam2, tapi mild jer dengan broth ikan yang soothing sangat bila masuk ke mulut. Ikan pun fresh...isinya kental dan segala rempah stim tu meresap ke dalam isi ikan.



Oleh kerana rasa sedap, kami singgah lagi. This time dengan Adam pula. Tapi this time, kami kan dah kenyang, makan kat Cafe Maraschino di Rantau Panjang tu kan. So, singgah di sini sekadar berehat dan untuk solat jer. Adam dia ikut jemaah sekali sebab dia tak berapa confident nak buat solat jamak. Bukan main seronok lagi dia dapat berjemaah kat sini. Owh, lagi satu, Adam sangat seronok berjemaah di Masjid Besar Kuala Terengganu tu. Tapi masa tu dia belum berkhatan lagi, so kena la diri di saf belakang. Hahahahaha. Bila dah berkhatan, dia lebih seronok ke masjid untuk berjemaah. Haih..Adam...Adam.

Since, dah kenyang, maka kami order simple food jer. Just alas perut sebab perjalanan masih jauh lagi.


Kuey Tiaw Tomyam kita

Mee Goreng Adam

Hubby pun makan bihun goreng jer. Cuma, kami teringin nak rasa ikan bakar Indonesia yang ada di jual di situ. Orderlah satu, tapi rasanya sangat so and so jer. Nak snap gambar pun tak selera. Order lagi stong goreng tepung, sebab terkenangkan yang hari tu, tapi yang datangnya cekodok sotong. Keciwaaa sangat. Cook dah bertukarkah? Sebab kuey tiaw tomyam kita tu pun cair bair jer... Eishh, ralat sangat rasanya. Hubby dok cemuh kita...dia kata dah tau sotong tu dia goreng mcm cekodok, buat apa order lagi? Masalahnya, kita bertekak2 dengan hubby kata yang dulu punya sedap. Hubby jer yang dah tertukar dengan kedai lain punya kot. Mujur ada bukti.... tu, gambar kat atas tu.

So, dalam masa beberapa bulan, restoran yang sama, dish yang sama, rasa yang berbeza?



.




32 thoughts..

nurhuda berkata...

tetiba jadi lapar tengok gamba gambaa nii sumee . nak turun jerteh la :P

Mrs Velentine berkata...

menggoda tomyam tue

Dr K berkata...

rasa rasanya, tukang masak yg lama dah berhenti kot? atau MC? hahahah..atau mmg ada 2 org tukang masak...

Ayu Ayunie berkata...

yg ikan stim tu ayu suka.. tula.. mmg kecewa kalau order udang ke, sotong ke, dia jadik bulat-bulat cam cekodok.. sgt tak best.

Izwa Kamaruddin berkata...

telan air liur tgk!

sudipVSsenduk berkata...

cara awak mengexpresikan setiap makanan tu buat saya mengelupur... apa nama kedai tu ek?

Aziela berkata...

hananhadila : Dekat ke dengan Jerteh.

Aziela berkata...

MV : Tomyam yang mana?

Aziela berkata...

DaddyZiyad : Harap2 bukan berhenti lah, Doc.

Aziela berkata...

aYu : Kann...sangat kecewa

Aziela berkata...

Mrs Eady : Alahai Izwa, jauh la pulak kan.

Aziela berkata...

sudipVSsenduk : Tak pasti nama kedai..memang x ada nama la rasanya..hehehehehehe

Unknown berkata...

hai miztia datang :D
wahh dari malaysia ya.. datang kesini tiba-tba ada postingan kuliner, ikut makan boleh ya ^_^

TiranaAduka berkata...

salam sis Aziela...
mengoda selera TA ni.....
By the Way sis..
Terima kasih sudi lapangkan masa di tempat TiranaAduka...

Hanie berkata...

Wah .. Bestnya .. Terliur pulak rasa :)

Unknown berkata...

sedap menu..jemput makan..hihi

Unknown berkata...

eda dtg follow semula :)))
wah, cam best jew restoran tu, nak pegi lah nanti.heee

sailaaf berkata...

ni kira regular customer..tokey dia knal x? haha.

mselim3 berkata...

wah...sedapnyer makan ....suasana tpt makan pn tenang aje kan...

mselim3

mselim3 berkata...

saya datang dari segmen yang sama...

http://mselim3.blogspot.com/2012/12/segmen-tambah-follower-di-hujung-tahun.html

are_lin@yu berkata...

alahai pg2 tgk makan la...dh lapar ni..hehe

Cho Zila berkata...

tu yang kadang2 kita dok review sedap bagai datang orang kata tak sedap.. ingatkan tekak lain2 kita datang lagi sekalipun dah rasa lain ... tuler pasal kenapa yerk.. takder yang sapapun tukang masak rasanya sama...

Aziela berkata...

Miz Tia : Wah, makasih mampir ke sini ya mbak. Ya kan...posting kulinernya akeh iki. Ngences orak? Hehehehehehe

Aziela berkata...

Tirana Aduka : Terima kasih kembali ya kang.

Aziela berkata...

Hanie : Haah...ada yang best, ada yang tak best.

Aziela berkata...

izan mama mia : Sila..sila..jemputlah yer.

Aziela berkata...

Eda eri : Dekat ker Eda?

Aziela berkata...

mselim : terima kasih singgah yer.

Aziela berkata...

are_lin@yu : Dah breakfast ke blom tu?

Aziela berkata...

Cho Zila : Setuju sangat3 dengan akak...

Unknown berkata...

hehe.....keciwa akak nak makan sotong goreng tepung tu hehe...first time dengar term cekodok sotong haha, lepas ni saya nak gunakan la haha....copy paste ayat akak heheh

Tanpa Nama berkata...

@Aziela

tu restoran pendatang indonesia kat kg gerai jerteh depan pejabat ketara, aku kenal sgat indon tu.