Taktik Perompak Ke Atas Orang Berkhemah

25 comments
Assalamualaikum.....

Baru2 ini, ada seorang sahabat (XY) yang menceritakan kepada kita tentang bahaya di rompak ketika berkhemah. Asalnya, kita borak2 kosong dengan beliau. Konon teringin nak camping di kawasan sungai. Selalu camping di pantai...panas. Kalau tepi sungai, mesti malam2 sejuk jer.

Beliau nasihatkan, kalau nak camping, eloklah pergi beramai2 dalam satu kumpulan besar. Beliau pernah mendapat cerita bahawa kawannya, A mempunyai seorang kenalan B yang selalu merompak dan mencuri. B kata, orang yang berkhemah jauh dari tempat umum untuk dapatkan privasi adalah mangsa mudah mereka, especially kalau tak ramai.

Modus operandinya ialah mengendap penghuni khemah itu. Especially couple. Tak kiralah suami isteri atau tak, Melayu atau tidak, rakyat Malaysia atau orang luar. Dia dan gengnya (ada geng tau) akan merakamkan perbuatan dan gambar2 privasi penghuni khemah. Kemudian mereka ugut, berikan mereka duit sekian2 jumlahnya atau gambar/video itu akan diedarkan merata2. Upload internet, jual pada kedai telefon dan sebagainya. Sekiranya tiada cash money, apa sahaja akan diambilnya. Telefon canggih, barang kemas, jam tangan atau apa sahaja.

Bukan itu sahaja, ada juga yang berkhemah dalam kumpulan yang besar, tapi tak sedar kereta mereka tiada pengawasan. So, sama ada kereta itu hilang (especially Hilux dan seangkatan dengannya), atau dirosakkan agar mereka boleh dapat komisen dari workshop berhampiran.

So, bila dapat cerita ini, kita teringat untuk kongsikan di sini. Mungkin ramai lagi yang tak tahu tentang bahayanya atau boleh disampaikan kepada kenalan lain.

Berhati2lah yer....


25 thoughts..

Unknown berkata...

Jahatnya...merompak orang...bahaya gak mana tau geng2 ni merogol sekali huhuhu....

yg pasal rosakkan kereta org utk dapatkan komisen tu lg kejam....tak halal duet yang dia dapat tu! geram nih...

Unknown berkata...

macam macam cara orang nak dapatkan duit skang kan kak..desperate sungguh..

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

sekarang ni macam2, semua orang dah nak jadi beruang agaknya... grrrrrrrrr!!

wakgelas berkata...

hati2 dijalan ye mbakyu.. ehHHe

Dr K berkata...

saya mmg tak berani nak berkhemah kalau tak ramai2 ni..

zoul dahan™ berkata...

Jahatnya manusia zaman sekarang.

azieazah berkata...

Thanks berkongsi info dan pesanan. Bimbang juga kan? Memang elok jika pergi berkumpulan.

Kakzakie Purvit berkata...

Dahsyat betul kan Aziela. Kakak terbaca juga kisah ini. Tapi itulah kata index jenayah negara dah kurang tapi hakikatnya sana-sini ada aje kejadian yg tak diingini.

Mimie berkata...

eee....mcm2 cara lak diorang buat kan..teruknya....

ummiross berkata...

Terima kasih ye Aziela, perkongsian info yang sangat berguna ni, kalau tak bagitau memang tak terfikir perbuatan jahat mereka tu kan..

Mrs Velentine berkata...

bahaya ni..so kena berhati2 lepas ni

Aziela berkata...

Azham : Yang merompak tu lagilah terang tak halal kan. Tapi part rogol, culik, jual kat sempadan..tu yg paling serem tu dik.

Aziela berkata...

Rai : Orang lain penat2 bersengkang mata, dia senang2 jer rampok kan.

Aziela berkata...

Seri Kandi : beruang pun kadang2 ada lagi kasih sayangnya kak...

Aziela berkata...

Wak Gelas : Iyolah Kang Gelas (up sket, muda lagi kan?)

Aziela berkata...

Daddy Ziyad : Pernah dengar story mory ke Doc?

Aziela berkata...

zouldahan : Tak sangka kan Doc?

Aziela berkata...

azieazah : Mujur ada blog, boleh berkongsi, kan kak.

Aziela berkata...

Kakzakie : Index manalah yg diorang dapat tu kan kak...? Makin creative jenayah nie, adalah..

Aziela berkata...

azam : Bahaya nie ayah su. Eh, bukan kita dah lama kenal ke? Ha, mesti dah lama x masuk nie...hihihi

Aziela berkata...

Mimie : Creative dan brutal kan?

Aziela berkata...

ummiross : Saya pun terkedu masa dengar story nie kak.

Aziela berkata...

Mrs Valentine : Berhati2 yer...terutama MV ada anak kecil.

NzA berkata...

tiba rasa seram lak...kejadian mcm ni boleh brlaku tnpa kita duga.....

TiranaAduka berkata...

salam sis aziela
Dunia sekarang'