Movie Review : Tai Chi Hero

13 comments
Assalamualaikum.....

Yer...memang betul lah sangkaan anda semua. Tai Chi Zero tu memang ada sambungannya. Cheh...buat suspen jer. Bila tengok dalam Astro First dia keluarkan sambungannya, kami terus purchased. This time, baru puas hati tengok endingnya. Tapi macammm akan ada sambungan juga.

Hero yang nak belajar kung fu taichi tu kahwin dengan anak Master Chen. So, dia jadi ahli keluarga Chen dan ianya tiket yang selamat untuk dia belajar kungfu tu. Walaupun bini dia tak suka dia, tapi sebab dia nie memang jujur dan lurus, akhirnya bini dia falling for him juga.


3 heroes

Pasangan misteri
 Pada wedding day dia, ada satu couple yang misteri datang. Siapa, dan untuk apa...semua orang tak tau. Sampailah ke saat dia nak masuk dewan mesyuarat, baru semua orang tahu dia tu anak sulung Master Chen yang dah lama merantau. Tapi banyak betul tindakan dia yang misteri. Isterinya pula adalah seorang wanita yang pekak dan bisu, tapi handal berkungfu.


The bad guys
Segala onar dan kacau bilau di kampung Chen tu ialah kerana dendam Fang ni. Girlfriend dah terkorban, muka dah calar balar pun masih nak balas dendam juga. Balas dendam sebab apa? Sebab sejak kecil lagi, dia selalu sangat kena buli dengan teruk di kampung Chen tu sebab dia tak pandai kung fu. Kira konon macam budak bebal la. Padahal dia expert bab2 mekanikal sampai akhirnya dapat jadi engineer. So, konon nak berlagak dengan orang kampung, dia dah ada pangkat besar. Tapi everytime dia nak berlagak, everytimelah dia kena buli balik.

Yang jelas dan nyata :

- Setiap manusia ada kelebihan dan skills masing2. Jangan perkecilkan kelemahan orang lain hanya kerana kita tak nampak kelebihan dia.

- Tak semestinya kena jatuh cinta pada orang yang romantik dan jiwang jer...

- Sentiasa beri peluang kepada orang lain untuk berubah kerana ianya akan membawa kebahagiaan kepada kita juga.

Ada lagi..nanti tengok yer.

13 thoughts..

Kamalia berkata...

salam kaK..
dah lama tak datang sini..hehe.sowiii

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

suka bila baca review Ziela... walaupun kita tak tengok sendiri tapi kita dpt membayangkannya..

Kakcik Seroja berkata...

Kelebihan dan kekurangan dijadikan untuk saling melengkapi... :)

Unknown berkata...

kemain lg taichi

ermm

jatuh cinta xsmstinye jiwang tu iffh ske kak

TiranaAduka berkata...

salam sis..
nak alamat sis....
Tahniah atas jawapan tempoh hari...hehehhehe

E-mailkan alamat surat menyurat sis pada TA

tiranaaduka@gmail.com

per: pantun nasihat bahasa jawa...

Unknown berkata...

da sambungan? maksudnya ada yg siri 1 la eh..heheh..adess..tatau pun..

Aziela berkata...

Kamalia : Liaaa....rinduuu....

Aziela berkata...

Seri Kandi : Ye ker Kak Sari..? Hehehehhehe

Aziela berkata...

Kakcik Nur : Tepat sekali, kakcik.

Aziela berkata...

Iffah Afeefah : Cinta tak semestinya romantik dan romantik tak semestinya cinta, kan?

Aziela berkata...

Tirana Aduka : Ye ker TA? Wah, seronoknya. Tengkiu.

Aziela berkata...

Rai : Ini sambungan Tai Chi Zero yang akak review hari tu, Rai. Tapi ini pun macam ada sambungan.

aku HaniAsyira berkata...

tak tengok lagi citer ni..